(bonus chapter kat bawah tau, saya bukan scam. tapi, baca lah dulu bebelan saya yang tak seberapa ini. ciau!)
fuh, selepas lima tahun saya habis publish cerita ni, baru saya rasa nak baca balik dan sedar tentang kesalahan dalam penulisan cerita ni.
baru ja habis baca bab 49 atau bab 48 ka tu, baru perasan yang waktu Naura dan Aryan tahu diorang bakal jadi parents tu, doktor bagitahu yang Naura mengandung 8 bulan.
Serius terkejut. HAHAHAHAHA.
8 BULAN?!! Hadeyyy..
Jadi, saya putuskan untuk biarkan ja. Ikutkan sebenarnya, memang cerita ni banyak kesalahan dan kekurangan dari pelbagai aspek. Tatabahasa, jalan cerita yang terlalu cringe.
Cerita terlalu mengarut. Buat saya ingin mengeluarkan semua isi perut saya. Geli tahu.
Oh by the way, saya ingat lagi kawan-kawan saya merungut. Kata cerita ni tergantung dan diorang mengamuk sebab saya buat jadi sad ending.
Tapi, sekali lagi saya putuskan untuk abaikan sahaja. HAHAHAHAHA. Tak... Banyak sebenarnya nak betulkan kalau ikutkan. Jadi, saya malas.
Hashtag, diorang dah move on (kut).
Jadi, tujuan utama saya nak buat chapter ni untuk minta maaf atas kekurangan cerita ni. Dannnn, rasanya saya nak sambung lagi (kut). Tengok lah, ikut mood.
Lagipun, saya SPM tahun ni. Tsk tsk tsk. Kurang dari sebulan je nak SPM tapi saya masih lagi menaip disini.
Okay, tu je. Inshaallah, kalau saya rajin, saya nak sambung. Tapi, tengok lah hehehe. Nah, bonus chapter.
🌼
Mata Nayla tertancap pada tanah kuburan yang masih merah itu. Kali ini saja, sudah kali ke 10 dia datang untuk melawat kuburan Naura dan Aryan yang baru sahaja dikuburkan dua hari lepas.
Mata air menitis lagi.
Nayla pun tak pasti ini kali ke berapa dia menitiskan air mata. Asal dia teringat tentang Naura, air mata akan menitis secara automatik. Hatinya terasa pilu.
Biarpun orang yang bertanggungjawab untuk kematian Naura juga sudah menemui ajalnya tapi dia masih mahukan Naura.
Dia mahu Naura dengar bebelan dia.
Dia mahu Naura ada dikala dia sedih.
Dia mahu Naura sentiasa ada untuk dia.
Dia mahu...
"Nayla?"
Nayla menoleh. Danial yang berdiri di sebelahnya dipandang sekilas sebelum dia pandang kuburan Naura semula.
"Abang Dani. Ada apa?" soal Nayla serak. Tangan menyeka air mata sambil menyedut semula hingusnya. Dia berdehem perlahan, cuba untuk mengembalikan suaranya.
"Sebelum ni Naura ada bagi pendrive ni kat Dania. Dia minta Dania untuk bagi kamu. Tapi, sebab Dania masih terperap dalam bilik dan tak nak keluar dari rumah, dia minta Abang untuk bagi kat Nayla."
Nayla diam. Pendrive yang Danial hulur itu dia pandang lama. Perlahan-lahan tangan mencapai pendrive itu dan dia menoleh untuk memandang kuburan Naura.
Apa yang Naura rancangkan sebenarnya?
Nayla ukir senyum. "Thanks, Abang Dani. I owe you a lot."
Nayla memandang kuburan Naura untuk kali terakhir sebelum dia berpaling dan berjalan keluar dari tanah perkuburan itu. Pendrive ditangannya dipandang lama.
Ada benda yang perlu dia tahu.
Danial senyum. Nayla yang semakin jauh itu dipandang untuk memastikan keselamatannya, sebelum dia pandang kuburan Naura semula.
"Senyuman dia sama macam kau Naura." komen Danial pendek. Lama dia tenung kuburan Naura sebelum dia menunduk. Air mata jatuh diatas kuburan Naura.
"I miss you. I miss you so much Naura Nabella."
🌼
Nayla pandang lama satu video yang ada di dalam pendrive itu. Tak ada benda pelik-pelik kan? Naura dah lah suka sakat dia dengan benda yang mengejutkan.
Bismillah dibaca dan video itu ditekan.
"hai!! OMG, nervous sebenarnya nak buat video ni."
Nayla tersenyum hambar. Akhirnya, dia boleh lihat Naura berbual. Tersenyum lebar.
"So..." riak wajah Naura berubah. Suram.
"Waktu benda ni sampai kat Lala, mesti akak dah tak ada kan? I'm sorry. I'm so sorry, dear. Akak minta maaf sebab gagal nak tamatkan sumpahan itu."
"Akak minta maaf."
"Sebab tu akak nak ajar Lala sesuatu. Semua ni akak jumpa waktu selak buku kat Rozazel dulu. Rupanya, orang yang bukan kaum Rozazel pun boleh guna semua mantera yang kaum Rozazel guna!"
Wajahnya kembali ceria. Buku yang ada ditangannya diselak. Apabila tiba di muka surat yang dicarinya, dia tersenyum lebar.
"Dan, Akak nak ajar Lala. Tapi, pastikan Lala dah berlatih lama sebelum guna betul-betul tau. Ingat pesan akak ni sebab semua yang akak bakal ajar ni, semua mantera yang mengambil risiko besar."
Naura sengih. Kiri dan kanan dipandang sebelum dia pandang kamera semula. "Antaranya, teleport masa. Lala boleh ke masa lalu!"
Dia berdehem sebelum senyuman yang penuh dengan pelbagai isi tersirat diukir.
"Nayla Nabella, are you ready?"
🌼
![](https://img.wattpad.com/cover/227923879-288-k511777.jpg)
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasi[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...