42

38 10 0
                                    

42 PERJUMPAAN SEMULA

Bunyi muzik yang melalaikan didalam kelab itu membuatkan gadis itu sedikit pening. Gadis itu menguntum senyuman mengoda apabila lelaki yang direnungnya dari tadi memandang kearahnya.

Lelaki yang berbadan sedikit besar itu melangkah mendekati gadis yang sudah tersenyum puas itu. "Hai, sorang je ke?" Gadis itu menjeling nakal sambil bibirnya tersenyum sumbing.

"Nak abang teman ke?" Gadis itu memandang sekilas sebelum menunduk dan mengangguk kecil. Sekali lihat, seperti gadis yang mahu dipinang. "Good girl, pastikan dia masuk perangkap."

Gadis itu menoleh apabila lelaki itu sudah duduk disebelahnya. "You nak minum apa? I belanja." Tangan lelaki itu sudah mulai mendekati paha gadis itu. Melihat perbuatan gatal itu, laju sahaja gadis itu menjauhkan dirinya.

"I tak nak apa-apa." Senyuman nakal tersunggih dibibirnya. Dia pula yang mendekat membuatkan lelaki itu tersenyum gatal. "I nak you je." Lelaki itu berdehem kecil. Tangan yang mahu menyambung perbuatannya tadi, dipukul perlahan.

"Bukan kat sini. I nak privasi you." Gadis itu tersenyum penuh makna apabila lelaki itu sudah mulai berdiri sambil memberi isyarat untuk mengikutinya. Satu pintu yang bernombor 259 dibuka.

"Bilik 259." Gadis itu memandang sekeliling. "Okay, got it." Gadis itu memandang sekeliling dan sekelip mata semua cctv yang merakam bilik itu mati. "Done." Gadis itu tersenyum.

Dia juga turut masuk kedalam bilik itu dan kelihatan lelaki tadi sudah terduduk dikatil. Didalam hatinya sudah berbakul sumpah seranah yang diberikan kepada lelaki itu. "Sinilah sayang. Takkan nak malu lagi?"

Katil empuk itu ditepuk-tepuknya membuatkan gadis itu tersenyum hambar. Perlahan-lahan dia melangkah dan berdiri tegak dihadapan lelaki itu. Tangannya sudah mula menjalar dibelakangnya.

Mengambil sesuatu yang diselit sejak awal lagi. Baru sahaja lelaki itu mahu menarik tubuhnya, tapi tangannya lebih pantas untuk mengacukan pistol dibawah dagu lelaki itu.

"Sorry to say, darling. Tapi, aku rasa umur kau ni patut pergi bertaubat. Dah nak mati dah pun." Lelaki itu mengetap bibirnya geram baru sahaja dia mahu menjawab, gadis itu menekan bawah dagunya menggunakan pistol.

Satu kertas dikeluarkan daripada bajunya. "Aku tak nak banyak, tapi aku nak kau sign je benda ni." Lelaki itu mengerutkan keningnya. Dia memandang satu kertas A4 yang penuh dengan tulisan itu.

Gadis itu merengus. "Dato' Farid. Tolong cepat, saya tak ada masa." Pen diberikan kepada lelaki itu. Farid mendengus geram tapi tetap sahaja tangannya mengambil pen.

Gadis itu tersenyum apabila melihat tanda tangan sudah ada didalam kertas itu. "Tak perlu nak risau. Duit kau tu bukannya untuk aku. Semua harta kau, aku dermakan untuk yang memerlukan. Bukankah itu perkara yang baik?"

Farid mendecit. "Aku takkan biarkan kau terlepas selepas ni perempuan. Aku ingat muka kau!" Gadis itu menjongketkan keningnya. Kertas itu diambil kemudian dimasukkan kedalam poket baju yang dipakainya.

"Kau yakin yang kau akan selamat ditangan aku?" Farid terdiam. Dia memandang gadis yang langsung tidak dikenalinya itu lama. Air liurnya ditelan kasar. "Kau! Aku tak ada masalah dengan kau, lepaskan lah aku. Aku biarkan kau lepas. Jangan lah bunuh aku."

Gadis itu ketawa. "Tadi, bukan main sombong." Picu pistol itu ditariknya membuatkan Farid semakin panik. Gadis itu tersenyum. "Memang di kehidupan ini kau tak ada masalah dengan aku."

"Tapi, kau ada masalah dengan aku di kehidupan kau yang lalu Dato' Farid." Dagu lelaki itu dicucuk-cucuknya menggunakan hujung pistol. "Naura! Jangan bunuh dia!" Panggilan di alat telekomunikasi itu hanya dibiarkan.

PLASTIC MEMORIES Where stories live. Discover now