Tangan dipanjatkan untuk memohon pertolongan Allah. "Ya Allah, engkau berikanlah kesenangan kepada hambamu ini untuk melindungi isteriku dan anakku, Ya Allah." Air mata mengalir dari tubir matanya.
"Aku cuma mahukan hidup seperti biasa bersama keluarga kecilku, Ya Allah. Panjangkanlah umur kami, Ya Allah." Muka disapu perlahan. Bunyi deringan telefon membuatkan dia tersentak. Laju sahaja dia mengambil telefon itu dan dilekapkan ditelinga.
"Hello."
"Wah! Laju! Bersemangat sangat ni Aryan. Tapi, tak apa. Aku cuma nak bagitahu kau, kalau kau nak jumpa bini kau, kau kena ikut cakap aku. Kau faham ke tak?" Aryan mengetap bibirnya geram tapi tetap juga dia mengangguk.
"Ya. Aku akan ikut arahan kau, tapi pastikan isteri aku tak apa-apa." Suara gelakan dari dalam talian membuatkan dia mengetap bibirnya kuat. Panas pula dirinya bila diketawakan sebegitu. "Good. Jadi, aku nak kau ke location yang aku bagi. Jangan bagitahu sesiapa. Aku nak kau je."
"Kalau aku tahu kau ada bawa polis, kau boleh lihat mayat bini kau aje." Orang itu ketawa lagi dan terus sahaja panggilan dimatikan. Aryan menghempas telefonnya. Sejadah disangkut dan terus sahaja dia bertukar kepada pakaian yang lebih sesuai.
Apabila dirasakan tiada siapa menyedari kehilangannya, laju sahaja dia keluar dari rumah itu dan terus memandu ketempat yang dikatakan itu. Kereta itu laju membelah jalan, seolah berada ditrek lumba.
Sampai sahaja ditempat yang diberitahu, panggilan berbunyi lagi. "Seorang lelaki akan masuk dalam kereta kau, benarkan dia masuk." Aryan melihat sekeliling. Apabila mata tertancap pada seorang lelaki yang memakai topeng muka, dia membuka lock pintu.
Lelaki itu duduk disebelahnya dan dengan segala kurat yang ada, mulut Aryan ditutup dengan sapu tangan yang berbau pelik. Kaki cuba menendang lelaki itu tapi tidak berjaya apabila kepalanya sudah mulai pusing.
Perlahan-lahan, kelopak matanya tertutup.
🖤
Perlahan-lahan mata dibuka. Berkerut dahinya apabila rongga hidung dimasuki bau yang tidak menyenangkan. Aryan menoleh kesebelahnya. Seorang wanita yang digari dengan cara tergantung itu dipandang bersama air mata yang sudah bergenang.
"Naura? Sayang? Awak ke tu?" Naura yang sudah keletihan akibat selalu dipukul itu mendongak apabila suara lelaki yang dikenali, yang dirinduinya berjengah telinga. Apabila ternampak wajah penuh senyuman Aryan, dia juga turut mengukirkan senyuman.
Biarpun bibirnya yang pecah itu masih sakit, tetap juga dia memaksa untuk mengukirkan senyum. "Abang dah jumpa saya." Air mata mengalir dipipinya. Baru sahaja Aryan mahu menyeka, baru dia perasan tangannya juga turut digari seperti Naura.
Wajah Naura yang penuh kesan lebam itu dipandang sayu. "Kita akan keluar dari sini sayang. Baby kita, okay tak kat sana?" Perut kempis Naura dipandang membuatkan riak wajah naura benar-benar berubah. Air matanya mengalir deras.
"Baby dah tak ada bang.. baby dah tinggalkan kita.." teresak-esak dia memberitahu fakta itu kepada suaminya. Aryan yang tidak faham pada mulanya mengerutkan dahi. Matanya beralih pada skirt panjang Naur yang berdarah banyak.
Matanya membesar. Dia memandang kearah Nauda yang masih menangis. "Ba.. by... dah tak.. ada.." air matanya juga turut deras mengalir. Tertunduk lelaki itu sambil menangis teresak-esak. "Maafkan abang, sayang. Kalau abang tak leka, kita masih ada baby sekarang ni."
Suara esakan Naura masih kedengaran membuatkan hatinya bagaikan dihiris dengan pisau yang tajam. "Ya Allah, beratnya ujianmu ini." Dia tertunduk. Air mata menik dilantai. "Aku percaya semua ini ada hikmahnya, Ya Allah. Engkau berikanlah aku kekuatan untuk menempuh ujian darimu ini, Ya Allah."
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...