13

47 12 0
                                    

Naura duduk ditempatnya. Aryan yang berada disebelahnya masih lagi membaca buku membuatkan Naura merengus dan buku kamus yang dibawanya dihentak membuatkan Aryan menoleh.

Dia menjongketkan keningnya. "Ye tuan puteri? Ada apa yang boleh saya bantu?" Naura mengeluh kemudian dia memandang Aryan tepat dimatanya. Aryan juga turut membalas pandangan itu.

Tapi cuma pandangan kosong.

Aryan mengeluh. "Stop it, kau nak apa?" Naura memicit kepalanya perlahan kemudian memandang kearah Aryan. "Kau tak rasa bosan ke baca buku je?" Aryan memandang Naura lama sebelum dia menutup bukunya.

Duduknya diubah kepada menghadap Naura. "Why? Kau nak luangkan masa dengan aku ke?" Naura ketawa. Tapi lebih kepada ketawa sinis. "Aku? Tak ada masa." Aryan menjongketkan sebelah keningnya. "Jadi? Kau nak aku manjakan kau ke?"

Naura berwajah tidak percaya. Mulutnya terbuka. "Bagitahu aku sebab kau rajin betul baca buku. Now!" Aryan tersenyum kemudian bukunya dibukanya semula. "Ujian awal tahun tak lama lagi, baik lagi aku ulangkaji dari awal"

Membesar mata Naura dibuatnya. Terus sahaja dia berlari kearah meja Mira. Ditepuknya kuat meja. "Kenapa kau tak bagitahu ada exam huh?" Mira memandang kearah Naura dengan riak terkejutnya sambil tangan mengusap dadanya.

Dia tersengih sambil menaikkan jari telunjuk dan jari hantunya. "Bukan taknak, tapi lupa. Aku pun nervous gak ni, tetiba cikgu buat ujian mengejut matematik" Naura terdiam mendengar kata-kata Mira.

Dia duduk semula ditempatnya. "Lah, exam math je pun" laju sahaja Mira berputar ketempatnya. "Math je kau cakap" perlahan Naura angguk. "Weh, kalau kita gagal math, Cikgu Nurul tu boleh jadi singa tahu"

Naura tersenyum kecil kemudian telefonnya dibuka. Dia membuka twitternya kemudian hanya discroll kebawah. "Kalau gagal je kan? Asal atas 40, cukup lah tu." Mira memutarkan matanya kemudian dia turut putarkan kerusinya juga.

Telefonnya juga turut dibuka. "Kalau macam tu, aku sama dengan kau lah. Asal lulus." Naura ketawa kecil kemudian mereka bertepuk tangan. "Ni baru Mira yang aku kenal" Mira juga ketawa. Ikha yang tiba-tiba datang membuatkan mereka menoleh.

Wajahnya yang sedih membuatkan mereka mengerutkan dahi. "Kau kenapa?" Ikha mengeluh kemudian tangan Naura dan Mira diambilnya. "Aku nak minta maaf kat korang eh, rasa macam banyak dosa lak"

Mira ketawa kecil. "Kita nak exam math je pun, bukannya nak pergi berperang." Naura tersenyum kecil. "Yelah Ikha, aku maafkan kau" Ikha tersenyum kecil. Aryan dipandangnya. "Kau pun Aryan, aku nak minta maaf. Banyak tau aku ngumpat kau"

Aryan hanya menoleh kearahnya sebentar kemudian memandang semula kearah bukunya. Tiada tanda mahu memaafkan Ikha. "Kau tengok Aryan tu. Macam manalah dia boleh bercakap dengan kau."

Mira berwajah geram sambil menjeling kearah Aryan. Naura hanya memandang kearah Aryan yang langsung tiada riak. Dia juga pelik dengan lelaki ini. Dengannya selalu sahaja lelaki itu melayan.

Tapi bila dengan orang lain, perkataan 'ya' itu sudah cukup besar maknanya. "Okay, kalau macam tu, lepas exam kan cuti, so mari kita jalan" Mira sudah tersenyum riang. Tangannya ditepuk kuat membuatkan Syafiq yang ada disebelah menampar kuat kepalanya.

"Diam lah kau, bising je" Mira menjeling tajam kearahnya kemudian menoleh kearah rakannya kembali, dia tersenyum lebar. "Oh my god, serius? Bila ni? Cepat aku nak set tarikh" Ikha memutarkan matanya kemudian memeriksa telefonnya.

Lama dia termenung memandang telefonnya sehingga dia mendongak. "Aku free hari selasa minggu depan je" laju sahaja Mira mengangguk. "Okay, tiada bantahan. So, hari selasa." Naura ketawa kecil kemudian mengeleng.

PLASTIC MEMORIES Where stories live. Discover now