Naura memandang gaun yang tersarung ditubuhnya itu. Disebabkan kesuntukan masa, dia tidak dapat membeli gaun yang lain, dan sekarang dia memakai gaun ini untuk kali kedua. Gaun yang ditempah khas daripada butik Ibu Faira.
Gaun yang dipakainya ketika Seribu Satu Malam. Gaun yanh serupa dengan tuxedo Aryan pada malam itu. Naura menepuk dahinya. Kenapa Aryan lagi? Naura mengeluh. Bila teringatkan Aryan, terus saja dia teringatkan lamaran itu.
Naura mengeleng kecil. Sudah lah, tak patut dia fikir benda tu. Lagipun, dia sudah tolak kut. Telefon yang ada diatas meja diambil dan dia keluar dari bilik. Kelihatan Mukhriz, Sarah dan Nayla sudah bersedia dari tadi.
Mukhriz berdiri. "Dah jom pergi. Lambat dah ni." Jam yang terlilit ditangannya ditilik. Naura angguk kemudian laju sahaja dia turun kebawah dan masuk kedalam kereta. Nayla mencuit bahunya membuatkan dia menoleh.
"Dari mana akak dapat baju ni? Boyfriend belikan eh?" Naura memandang lama adiknya itu sebelum mencebik perlahan. "Tak ada masa nak ber'boyfriend' ni. Malas tahu tak?" Nayla tergelak kecil tapi tetap saja dia mengangguk.
Nanti tak pasal-pasal kepala kena hempuk.
Kereta yang dipandu Mukhriz itu berhenti membawa maksud mereka sudah sampai di destinasi yang dituju. Naura mengambil telefonnya dan pintu kereta dibuka. Serentak dengan itu, kereta yang berada disebelah mereka juga turut terbuka.
Naura memandang lelaki yang tersenyum kearahnya itu dengan mulut terbuka. Banyak-banyak tempat, kat sini juga muka dia tersadai. "Assalamualaikum, Papa!" Naura memutarkan matanya apabila Mukhriz kelihatan teruja apabila berjumpa dengan Aryan.
"Kak, siapa tu? Kenapa dia panggil Papa dengan nama Papa?" Naura menoleh kearah Nayla seketika sebelum bahunya dijongketkan. "Entah, anak angkat Papa kot." Nayla yang kelihatan lurus itu mengangguk kepalanya.
Mukhriz menepuk bahu Aryan. "Hah, kamu borak lah dulu dengan Rara. Papa nak masuk dalam dulu." Aryan mengangguk sambil mengukir satu senyuman lebar. Naura pula sudah tercengang. Sampai hati Papa tinggalkan anak daranya bersama seorang lelaki.
Aryan memandang Naura dengan satu senyuman tersunggih dibibirnya. Tangannya mengepung Naura dan pakaian Naura malam itu dipandang. "Matching pula kita hari ni. Sweet sangat." Naura memutar matanya kemudian kaki Aryan dipijak kuat.
Terus sahaja dia menjauhkan diri adabila dia sudah tidak dikepung lagi. "Kalau kau nak berdiri disitu, dipersilakan. Aku nak masuk." Kakinya melangkah meninggalkan Aryan yang masih tertunduk mengurut kakinya yang berada didalam kasut.
Naura memandang pintu besar yang ada dua orang pengawal dihadapan itu. "Ini majlis diraja? Kenapa tak buat kat istana?" Kaki melangkah mendekati pintu dan terus sahaja dia ditahan. "Kad jemputan?" Naura menepuk dahinya.
Kad jemputan ada kat Papa!
Naura tersengih. Telefonnya dikeluarkan. Baru sahaja dia bahu mendail, suara seseorang menyentakkannya. "Dia datang dengan saya." Kad jemputan diserahkan. Naura memandang tajam Aryan yang tersenyum mereng kearahnya itu.
Dua orang itu mengangguk. "Silakan masuk Tengku Aryan." Aryan mengangguk dan tangannya menyulam dijemari Naura. Akibat terkejut, Naura menarik tangannya tapi digenggam Aryan. Lelaki itu mendekatkan wajahnya kearah Naura.
"You look pretty tonight, sweetheart." Naura memutarkan matanya. "Aku selalu aje cantik." Dan disebabkan oleh itu, pintu terbuka dan memaparkan satu pasangan pengantin yang kelihatan menyerlah dihadapan.
Naura terdiam. Wajah pengantin lelaki itu dipandang lama. Dadanya sudah berdegup kencang. Aryan yang perasan akan perubahan Naura juga turut memandang kearah pengantin lelaki itu. "Ex kau ke?" Naura tidak melayan.
Matanya melekat diwajah itu. Naura menoleh memandang Aryan sebentar. Tangannya yang digenggam Aryan direngangkan. "Apa-apa pun jadi, hati-hati dengan dia Aryan. He's dangerous." Aryan menjongketkan keningnya.
"Takkanlah semua orang yang jadi Raja akan jadi watak antagonis? Relax Naura, semuanya akan okay." Naura mengeleng. Baru sahaja dia mahu membuka mulut lagi, dia memandang Aryan lama sebelum meninggalkan lelaki itu sendiri.
Dia masih terkejut sekarang ni.
🖤
Semua lampu yang ada didalam dewan itu mati. Langsung tiada apa-apa cahaya untuk menerangi keadaan itu. Tambahan lagi mereka mengadakan majlis persandingan itu pada waktu malam, memang dewan itu benar-benar gelap.
Naura mengerutkan keningnya. Tapi, tak ada pula suara orang untuk mengawal Raja baru mereka itu. Tak takut ke, kalau ada pembunuh upahan nak bunuh Raja tu? Dan secara tiba-tiba satu lampu menyala dan terarah kepada seseorang.
Naura tercegang. Aryan? Dia buat apa kat situ? Dadanya sudah berdegup pantas. Harap bukan benda yang pelik sudahlah. Aryan tersenyum manis kepada orang yang memandangnya. Atau lebih tepat kearah Naura. Nayla yang ada disebelah menyiku. "Lala rasa ada benda yang akan jadi lah Akak."
Naur angguk. Susah untuk dia katakan tapi dia juga turut merasakan sebegitu. Dan lebih teruk, dia rasa benda itu akan berkait dengannya. Aryan melangkah. Menuju kesatu arah. "Nama aku Tengku Aryan. Aku bukanlah seperti lelaki romantis diluar sana. Tapi aku cuma seorang lelaki yang bernama Aryan."
Kakinya melangkah lagi. "Maaf ku katakan, tapi tiasa puisi cinta mahupun lagu istimewa untukmu." Naura memegang dadanya. Jantung mulai berdegup tidak tentu arah. Peluh yang merenek didahi dilap menggunakan sapu tangan.
"Tapi perasaan ku ini cukup istimewa untuk mu." Satu lagi lampu menerangkan dewan itu. Dan lampu itu terarah kepada Naura. Aryan juga sudah berdiri dihadapannya. Manusia yang menghadiri majlis itu juga sudah mulai bising akibat teruja. "Maaf jika lamaran ini tidak seperti apa yang dimahukan."
Dia tersenyum kearah Naura. Gadis itu pula sudah berwajah pucat. Sejak bila Aryan pandai berkata-kata ni? "Kau lah penyebab senyuman hadir diwajahku. Kau lah bintang yang menyinari malamku." Naura menelan liurnya. Kenapa aku aje yang rasa benda ni seram?
"Naura Nabella, will you marry me?" Cincin yang pernah ditolaknya hari itu dihulurkan kembali. Naura terdiam. Wajah ikhlas Aryan dipandang lama. Dia mendongak, memandang manusia yang ada didalam dewan itu. Seketika, wajah Rayhan yang tersenyum manis itu dipandang.
Naura menarik nafasnya panjang. Mungkin, betul kata Aki, dia patut tamatkan cerita ini bersama dengan Aryan. Lagipun, hatinya sudah meronta-ronta untuk menjawab, ya. Satu senyuman manis diberikan kepada Aryan. Dan dia mengangguk perlahan membuatkan semua bertepuk riang.
Aryan juga turut berdiri. Wajahnya kelihatan tidak percaya dengan apa yang berlaku, tapi dia tetap tersenyum dan cincin disarungkan ke jari Naura. Sempat lagi Naura berbisik. "I hope thing will be okay."
Naura tersenyum dalam diam. Seriously, I hope everything will be okay.
🖤
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...