Aryan menarik nafas panjang. Rakan sebiliknya sudah pergi kemajlis itu. Tinggal dia sahaja disitu. Topeng masquerade yang berwarna hitam itu bawa. Rambutnya yang sudah didandan oleh Mikael itu dibetulkan sedikit.
Entah kenapa tiba-tiba lelaki itu menjadi pendandan mereka. Rambutnya yang selalu hanya jatuh menutup dahi sudah tiada. Sekarang rambutnya digayakan mid fade with textured slicked back hair.
Ini bukan Aryan yang normal.
Telefon diatas meja diambil. Dia bergerak meninggalkan bilik. Dia menuju kearah bilik Naura. Dia menarik nafas panjang. Baru sahaja dia mahu mengetuk pintu itu, terpacul wajah Syafikah disana. "Eh nenek kau ketuk muka!"
Syafikah mengosok dadanya. Dia terdiam. Dia memandang Aryan kemudian memandang kedalam semula. Bibirnya menyunggih senyuman nakal. "Ehem, seorang putera lagi dah sampai." Dia keluar dari bilik itu kemudian ditutup.
Tanpa apa-apa kata kepada Aryan, dia melangkah meninggalkan lelaki itu disitu. Aryan terkedu. Amboi, dia lalu je macam tu. Kemunculan tiga lagi gadis membuatkan dia terkejut. Tapi, semua mereka sudah memakai topeng masquerade membuatkan Aryan tidak tahu sama ada Naura diantara mereka atau tidak.
Apabila melihat wajah bingung Aryan, Mira ketawa kecil. "Sabar kejap eh, Naura tengah pakai kasut kat dalam." Aryan mengangguk kemudian dia memandang pintu bilik itu semula. "Woi, korang tinggal aku sorang ke apa?" Jeritan itu sayup-sayup kedengaran membuatkan Aryan tersengih.
Apabila pintu terbuka, dia tersenyum. Tersenyum manis kepada Naura. Senyuman yamg tidak pernah diberikan kepada orang lain. Tapi, hanya kepada gadis ini. "No, you are not alone." Naura tergamam. Bukan sebab kehadiran Aryan, tapi sebab penampilannya.
He's sexy.
Melihat wajah itu Aryan terdiam. "Oi, hensem sangat ke aku malam ni?" Apabila tersedar, Naura mencebik. "Tak." Dia berjalan disisi Aryan, mereka berdua berjalan diantara taman bunga yang sudah terbentang karpet merah itu.
Aryan mengerutkan keningnya. Tak okay ke? Dia rasa okay je. Naura tersenyum. "Aku lagi suka rambut kau yang normal." Aryan tersenyum. Bunyi muzik didalam dewan itu menandakan majlis sudah bermula.
"Tapi, kau cantik malam ni." Pujian dari Aryan membuatkan gadis itu terdiam. Dalam diam, mukanya merah dibawah sinaran bulan. "Jap, kau stalk aku ke apa ni." Naura berdiri tegak. Penampilan Aryan diperiksanya.
"Kenapa kau pun pakai warna dark blue. Alah, leceh lah. Faira kata baju ni limited edition." Aryan tersenyum. Haih dia ni, pemurah betul senyuman malam ni. "Tak ada masa aku nak stalk kau. Tapi aku rasa, jodoh kot."
Naura terbatuk. Aryan ketawa kecil. Mereka berdiri dihadapan pintu dewan itu. "Kau partner aku kan?" Naura angguk. "So, kau kena duduk dekat aku." Ujarnya membuatkan Naura berkerut. Baru sahaja dia mahu menyoal, Aryan memberikan tangannya. "Ready?" Topeng masquerade dipakai.
Naura menarik nafas kemudian dia tersenyum. Topengnya juga turut dipakai kemudian tangan Aryan disambutnya. Gaunnya yang agak kembang kerana berlapis kain diangkat. Biarpun tebal, tapi jenis kain ini ringan. Mudah untuknya berjalan. Naura tersengih, macam Princess pula.
Pintu diketuk membuatkan pintu itu terbuka dari dalam. Bukan sihir ya, tapi ada penjaga pintu didalam. Pintu yang terbuka membuatkan semua memandang kepintu. Seakan ada aura yang meminta mereka untuk melihat.
Naura terdiam. Rambutnya yang hanya diikat separuh dan separuh dibiar lepas itu berterbangan oleh kipas yang berada dipintu itu. Sebenarnya, itu cadangan dari Faira. Katanya, supaya kelihatan seperti wayang romantis. Mereka berjalan dikarpet merah dengan kelajuan sederhana.
Naura ingin berjalan laju tapi Aryan pula mahu perlahan. Mira, Faira, Aisyah dan Syafikah yang memandang kearah pasangan itu tersenyum bahagia. "Oh my god, kenapa secocok sangat dua orang tu eh. Macam majlis kahwin diorang pula."
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...