37

34 9 0
                                    

Aryan menarik tali lehernya. Rambutnya pula hanya dibiarkan jatuh menutup dahi. Berlainan dengan rakan sebiliknya, semua mereka mengurus rambut sendiri. Aryan membuka telefonnya untuk melihat jam. Tapi, gambar yang ada ditelefonnya pula dilihat.

Gambar dia dan Naura ketika berada di Seribu Satu Malam.

Aryan mengeluh perlahan. Sejak hari kamar Aiden diceroboh, gadis itu langsung tidak menegurnya. Apatah lagi berbual. Dan semua orang perasan akan perubahan itu. Biarpun orang tidak bertanya dengannya, tapi dia dengar.

Asal sahaja dia lalu, pasti ada yang berbisik. Dan wajib ada nama 'Aryan' dan 'Naura'. Tapi, dia langsung tak kisah tentang semua itu. Dari dulu lagi dia dapat bisikan dan pandangan sebegitu. Yang dia kisahkan, ialah Naura.

Sudah lima hari gadis itu mengelak daripadanya. Apabila dia cuba mendekati, Naura akan berbual dengan orang yang berdekatan. Ini semua kerana dia tahu, yang Aryan tidak akan mendekat apabila Naura bersama orang lain.

Ketiadaan gadis itu benar-benar membuatkan dia tidak tentu arah. Seperti kekosongan didalam hatinya yang sudah dipenuhi, kosong kembali. Dan dia, sudah seperti Aryan yang lama.

Tiada teman.

Berseorangan.

Diam.

Aryan mengeluh. Dia bangun dari kerusi yang diduduknya dan mengambil beg sandang. Dia keluar dari bilik itu tanpa suara membuatkan semua mereka memandang. Mikael memandang kearah Mirza. "Asal dia doh? Murung je aku tengok."

Mirza menjongketkan bahunya. "Entah. Aku rasa sebab Naura kot. Sekarang, dia orang dah tak macam dulu." Hairil mengangguk setuju. "Naura dah tak rehat dengan dia dah. Dia selalu rehat dengan Mira kan?" Mikael dan Mirza mengangguk setuju.

Hakim mengeluh. "Yang korang sibuk sangat hal dia ni kenapa? Dah macam pakcik bawang dah aku tengok. Itu masalah dia orang, biar je lah dia orang uruskan. Korang pun sibuk sangat." Mikael menjeling Hakim.

Ala-ala Abang Sajat gitueww.

Aryan mengeluh. Suara mereka didalam bilik itu betul-betul membuatkan dia sedikit geram. Nasib baik Hakim menghentikan perbualan tiga lelaki itu, kalau tidak sudah dia uruskan itu. Betul kata Hakim, tiga orang tu, dah macam pakcik bawang dah.

Aryan mengeluh. Kelas pengiraan itu dituju. Tempatnya dipandang dan Naura tiada disitu. Tapi, matanya terarah kepada gadis yang berada disebelah Luna. Naura bergelak tawa dengan Luna yang juga turut ketawa.

Matanya tajam memandang kearah Naura. Apabila gadis itu memandang kearahnya, mata mereka bertaut lama sehingga membuatkan Luna menoleh. Naura mengeluh kemudian dia melarikan pandangan. Jujur dia katakan, yang dia kasihan dengan Aryan.

Mata sayu lelaki itu membuatkan hatinya dipagut rasa sayu. Buka sahaja rasa sayu, tapi rindu didalam hatinya seperti mahu meletus. Tapi, kemarahan menetup segala perasaan. Dia masih tidak boleh terima tentang kebenaran itu.

Memang betul, kejujuran yang menyakitkan lebih baik daripada penipuan yang indah.

'Hurt truth is better than beautiful lie.'

Aryan mengeluh, dia duduk ditempatnya sendiri sambil merenung meja guru yang kosong dihadapan. Kosong seperti dirinya.

🖤

Naura berjalan laju, meninggalkan Aryan yang terjerit-jerit memanggilnya. Tangannya yang tiba-tiba ditarik itu membuatkan dia terhenti. Kelihatan Aryan mengatur nafasnya. Lengan Naura ditarik pergi kesuatu tempat yang lebih tertutup.

Mereka berhenti membuatkan Naura menepis tangan Aryan. "Apa tarik-tarik ni?" Naura menyilangkan tangannya didada. Aryan memandang Naura tepat dimatanya tapi gadis itu mengalihkan pandangan membuatkan Aryan mengeluh.

PLASTIC MEMORIES Where stories live. Discover now