47

28 11 0
                                    

Naura menyentuh dadanya lama. Biarpun lama dia tinggalkan Allah, tapi dia tidak pernah putus diberi rezeki. Tidak pernah dia berasa susah dimuka bumi ini. Tubuhnya yang tersarung telekung itu dipandang. Setitik air matanya menitis.

Apabila terasa sentuhan dibahu, cepat sahaja tangannya menyeka air mata kemudian berpaling. Satu senyuman dilakarkan kepada gadis yang membantunya itu. Biarpun lama dia tinggalkan, tapi tunjuk ajar dari mamanya itu tidak pernah hilang dari ingatan.

Terkejut juga dia, bila senang sahaja dia mengambil air wuduk dan membaca surah ketika solat. "Naura okay tak?" Dia angguk. "Saya cuma rasa berbeza. Sejak dari mama saya meninggal, saya tak pernah ingat tuhan, Ain."

"Tapi, hari ni Allah beri saya hidayah. Saya takut yang Allah tak terima ibadah saya, Ain. Saya ni layak ke berdiri diatas bumiNya ini?" Ain tersenyum nipis. Dia mendekati Naura. Tapak kekok, tangan Naura dianbilnya kemudian digenggam.

"Awak ingat je satu ni, Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hambanya selagi matahari belum terbit dari barat. Naura perlu istiqamah aje untuk berubah. Ain percaya, setiap orang akan diberikan hidayah oleh Allah."

Naura senyum. Wanita yang sebaya dengannya itu dipandang. "Terima kasih tau. Biarpun Ain cuma ajak Naura solat je, tapi benda ni bermakna untuk Naura." Ain tersenyum sambil mengangguk kecil. Apabila teringatkan Aryan dia tersengih.

Borak sampai lupa orang yang risaukan dia. "Ain, boleh tak Naura pinjam telefon? Telefon Naura tertinggal kat kereta waktu pergi sini." Ain ketawa tapi tetap sahaja dia menyeluk beg dan mengeluarkan telefon.

"Ni hah." Dia ketawa lagi. "Apa yang buat Naura kelam kabut ni? Sampai handphone tertinggal dalam kereta. Bukankah benda ni penting zaman sekarang." Naura tersengih sambil mengosok kepalanya yang masih berbalut dengan tudung.

"Saya lari dari orang yang kejar saya tadi." Naura semakin perlahan. "Nampaknya macam diorang nak bunuh saya." Naura ketawa kecil membuatkan Ain tergamam. Mulutnya yang terbuka besar ditutup. "Bu..bunuh?"

Naura berdehem. Perlahan dia mengangguk. "Perkara ni dah macam benda wajib dalam dunia saya. Dan semua ni pun disebabkan dendam." Naura diam. Apabila Ain turut diam dia ketawa kecil. "Jangan risau lah, Naura takkan bunuh Ain lah." Ain mengeleng.

Bahu Naura dipegangnya. "Tak. Ain tak risau pasal tu. Ain risau dengan Naura. Naura okay tak? Ada luka tak? Ya Allah, maafkan Ain sebab tak alert pasla benda ni." Naura tersenyum. "Tak ada apa lah. Naura okay aje. Sempat lari."

Ain meraup mukanya tanda syukur. "Alhamdullillah." Dia memandang Naura semula. Dia berdehem kecil. "Bukan Ain nak menyibuk atau masuk campur, tapi Naura pernah tak terfikir nak tinggalkan semua ni? Naura tahu kan apa hukum membunuh."

Naura diam. Secara jujurnya, dia tidak pernah terfikir pun mahu berhenti dari kerjanya sekarang ini. Bagi dirinya, membunuh orang ini kerja yang seronok. Lagi seronok apabila orang itu ada berbuat salah dengannya. Naura mengeleng.

"Tak pernah." Ain tersenyum nipis. "Tak apa. Naura boleh start tinggalkan benda tu dari sekarang. Dendam ni langsung tak beri faedah pun dekat diri kita sebagai muslim. Ianya hanya memberi musibah kepada kita."

Naura diam. Sebenarnya, benar juga apa yang Ain katakan itu. Dan sedikit sebanyak, hatinya sekarang mahu meninggalkan kerjanya itu. Tapi, bila fikirkan tentang dendam Naureen itu, dia keliru. "Erm, tapi Ain. Kalau apa yang Naura buat ni, untuk balaskan dendam orang lain, macam mana? Dan, boleh tak kalau Naura bertaubat lepas balas dendam?"

Ain hanya tersenyum. "Hukum dia tetap sama. Tetap menggunakan tangan Naura kan untuk bunuh orang tu? Macam yang Ain kata, dendam ni langsung tidak bawa sebarang manfaat kepada manusia." Naura hanya mendengar. Tiada tanda untuk menjawab.

PLASTIC MEMORIES Where stories live. Discover now