Once upon a time, there a girl named Naura. She... ceh, gurau. Takdelah nak speaking bagai.
Bunyi jam yang berbunyi membuatkan aku menggeliat kecil. Jam yang sudah jatuh dilantai itu aku ambil. Jarum yang menunjuk kearah nombor yang ada disekitarnya itu aku lihat.
1130
Membesar mata aku melihatnya. Matilah aku oleh Papa. Terus sahaja aku berlari kedalam tandas untuk membersihkan tubuh.
Aku keluar dari tandas dengan tuala yang mengulung rambut panjangku. Semenjak cuti sekolah ni, aku selalu sangat bangun lambat. Dan disebabkan oleh itu juga, suara Papa selalu menyapa telinga aku.
Aku turun kebawah dan melihat Papa sudah duduk disofa sambil menelek tablet yang ada ditangannya. Mesti hal kerja la tu. Aku berdehem, siap sedia untuk apa-apa sahaja hal yang akan berlaku.
Papa memandang aku sambil mengeleng-geleng. Sejak ketiadaan Mama ni, Papa dah semakin kuat membebel. Dulu, kalau Mama ada, mesti Mama yang membebel. Tapi, sekarang Papa dah ambil alih tugas Mama.
"Anak dara jenis apa lah kamu ni, Naura. Tidur lambat, bangun lambat. Matahari dah tegak atas kepala kamu masih lagi atas katil. Tak bosan ke, setiap hari macam ni?" Soal Papa membuatkan aku tersengih.
Dato' Mukhriz. Antara salah seorang usahawan yang agak terkenal kerana usaha berterusannya yang membuatkan dirinya berjaya. Berkahwin dengan Mama pada usia yang agak muda.
Cinta dari zaman sekolah gais.
Tapi, jangka hayat Mama yang tidak lama membuatkan Papa menjadi duda terlajak laris. Tiberr. Ramai dah perempuan yang nak mengurat Papa ni, tapi entah lah. Papa yang jual mahal kot. Tapi, bagus lah tu. Aku memang taknak mak tiri pun.
Papa pun, masih muda gak. Baru je 35 tahun, aku dah kata, kahwin awal kann. Aku tersengih sambil membuat jari 'peace'. "Sebenarnya, bosan juga lah. Tapi apakan daya, mata ini terlalu berat untuk menahan kantuk yang dirasa."
Papa memutarkan matanya kemudian mencubit pipi aku. "Dah, pergi sarapan sana." Dia mengusap dagunya sambil memandang keluar tingkap. "Boleh ke cakap sarapan, ke makan tengah hari" fikirnya membuatkan aku mencebik.
"Tak yah fikir itu, Pa. Yang penting, dia dipanggil makan" jawabku kemudian berlari ke arah meja makan yang sejauh 7 meter dari tempat duduk Papa. Kedengaran gelak tawa dari Papa yang mungkin geli hati.
"Malam ni siap cantik-cantik ye. Kita pergi makan malam kat luar nanti. 7 malam, ingat!!" Jerit Papa dan aku hanya mengangguk kecil. Tak tahu lah yang Papa nampak ke tak.
🖤
Dress ungu terang bersama dengan diamond kecil yang menjadi perhiasan sudah cantik terletak ditubuh. Rambut aku yang berwarna coklat terang dan ikal itu aku biarkan terurai.
Untuk kali terakhir, aku memandang kearah cermin yang memantulkan imej aku. Aku tersenyum lebar. Okay, perfect.
Aku turun kebawah kemudian terlihat Papa yang segak memakai baju batiknya yang berwarna biru. Aku menjongketkan sebelah kening, macam ada sesuatu je ni.
Papa tersenyum memandang aku kemudian kami berjalan beriring kedalam kereta. Sampai sahaja disatu tempat, terus sahaja aku memandang disekitar. Restoran lah.
Aku memandang Papa agak musykil. "Kenapa rasa macam pelik je ni?" Soalku sendiri sambil melihat tubuh Papa yang berjalan dihadapanku.
Apabila Papa menoleh, terus sahaja aku melemparkan sengihan. "Kenapa Rara? There's something wrong?" Soalnya membuatkan aku melajukan langkah.
Kami duduk disalah satu meja yang sudah ditempat awal oleh Papa. "Yes. Absolutely. Rasa macam pelik betul hari ni, Pa"
Papa tersenyum penuh makna kearahku. "Nanti kamu tahu lah tu." Aku hanya memandang sangsi kearahnya. Kelihatan sungguh pelik disana. Sambil menunggu makanan, aku bermain dengan telefon aku.
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...