Naura memandang tempat duduk yang ada disebelahnya. Tempat duduk Ikha yang kosong. Dia mengeluh kemudian memandang kehadapan semula.
Mira yang duduk ditempatnya itu dipandang. Sejak hari itu, Mira sudah tidak memberi layanan seperti dulu. Yang dia dapat hanya satu pandangan yang tiada apa-apa reaksi sahaja.
Naura mengeluh kemudian mengangkat tangannya tinggi. "Ya, Naura? Kenapa?" Naura tersenyum kecil. "Saya nak ke tandas" Cikgu Maz hanya mengangguk membuatkan Naura berdiri.
Dia berjalan kearah pintu. Tempat duduk Mikael yang berada dipintu pula dia pandang. Kosong, sama seperti Ikha. Tanpa berlengah lagi, dia berjalan perlahan menuju ke tandas.
🖤
Naura mencuci mukanya mengguna air paip yang mengalir. Cermin yang memantulkan wajahnya itu dipandang. Bayangan peristiwa itu berlayar kembali.
"Ikha!!" Naura terduduk dihadapan Ikha yang sudah terbaring dijalan raya. Pemilik kenderaan yang melanggarnya itu sudah melarikan diri, meninggalkan keretanya disitu.
Naura mengelap air matanya yang sudah mengalir itu. Kepala Ikha diangkat kemudian diletak dipangkuannya. "Sesiapa!! Tolong call ambulans!!" Jeritnya kuat membuatkan orang yang berkumpul disekelilingnya mengeluarkan telefon masing-masing.
Mikael dan Mira yang baru sampai itu terduduk dihadapan Ikha. Ikha tersenyum perit. "Be.. tul.. apa.. yang.. a.. ku kata.."
Dia menutup matanya. Menahan sakit yang dirasa. "Ni.. first.. and.. last kita.." Ikha ketawa kecil. Naura mengeleng-geleng. "Tak, tak paya cakap apa-apa Ikha. Kau tunggu je ambulans sampai."
Ikha tersenyum kemudian dia memandang kearah Mira. "Mira.. lem.. butkan.. hati kau. Jangan.. lupakan.. aku.." Mira yang dari tadi kaku mengalir air matanya.
Deras sahaja air matanya keluar dari tubir mata. "Tak Ikha. Kau diam je, jangan cakap macam kau nak mati boleh tak." Ikha hanya memandang Mira kemudian tangannya diangkat, disambut oleh Mira.
Mira meletakkan tangan Ikha yang sudah penuh dengan darah itu dipipinya. "Kau janji dengan aku Ikha, kau jangan tinggalkan aku." Ikha mengeleng. "Tak baik.. buat janji.. aku takut.. tak.. dapat.. tunaikan.."
Mengalir air mata Mira. Hairil dan Aryan yang baru sampai itu hanya memandang dengan pandangan terkejut. Orang yang paling ceria tadi, sudah menjadi sebegitu.
Mikael merangkak menghampiri Ikha. "Ikha.." dia cuba menahan air matanya. "Kau boleh bertahan. Alah, kena sikit je pun." Tangannya mengusap pipi Ikha.
Ikha tersenyum. "Ye.. tak.. sakit.. pun.." Ikha terbatuk membuatkan banyak darah keluar dari mulutnya. "Ikha, stop. Tak yah cakap lagi. Kau tunggu je ambulans"
Naura hanya membiarkan air mata yang mengalir dipipinya hanya dibiarkan menitis dibadan Ikha. "Ikha.." Mikael memanggilnya lagi membuatkan Ikha menoleh.
"Aku sayang kau, Ikha." Air matanya mengalir dipipi. "Aku suka kau, please jangan tinggalkan aku. Aku sayang kau, Ikha." Ikha tersenyum kecil.
"Aku.. pun.. Mika.." dia tersenyum lebar. "Aku.. pun.. suka.. kan.. kau.."
Naura mengeluh kecil kemudian dia mencuci mukanya semula. Acap kali dia dihantui oleh memorinya sendiri. "Ye, kesian kat diorang weh. Aku dengar Ikha meninggal waktu diorang jalan sama-sama."
"Yang mengejutkan, Aryan pun jalan dengan diorang. Mestilah Naura yang bawa tu kan." Sayup-sayup suara itu kedengaran. "And aku dengar, kematian Ikha tu disebabkan oleh Naura. Waktu tu, Naura tiba-tiba kat jalan raya and masa tu Ikha nak selamatkan Naura"

ANDA SEDANG MEMBACA
PLASTIC MEMORIES
Fantasi[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...