06

63 10 0
                                    

Aryan's POV

Aku memandang pantulan imej aku yang dipantulkan cermin yang ada didalam bilik air. Dari tadi, otak aku ligat berfikir tentang budak baru yang bagi aku tidak terlalu baru.

Aku penampar pipi kerana otak tetap terbayangkan wajah comel gadis itu. Aku merengus dan terus sahaja keluar dari bilik dengan tuala yang terlilit dipinggang. Selepas memakai baju, aku turun kebawah.

Kelihatan Abah yang sedang membuat air kopinya sendiri. Ni mesti Ummi belum balik dari butik. Aku hanya membuat seperti Abah tiada disana, tapi tangan aku laju sahaja membuat air nescafe untuk diriku sendiri.

Sambil aku menuangkan air panas, suara Abah membuatkan aku terhenti. "Masih tidak mahu berkawan?" Soalnya membuatkan aku mengeluh. Selepas mengacau air yang aku buat, aku menyisip sedikit air itu.

"Abah tahu benda tu, you have been stalking me since my first day" ujarku kemudian terus naik kedalam bilik. Yes, bagi aku tiada bezanya aku dirumah atau disekolah.

Aku masih bersendirian.

Aku baring diatas katil sambil memandang kearah siling putih rumah aku. Lama-kelamaan, siling putih itu bertukar kepada emas. Aku hanya membiarkan kerana aku tahu, aku sudah ke memori Aiden.

Aiden mundar-mandir didalam biliknya. Selepas kekiri, dia kekanan pula. Kepalanya masih tidak boleh berhenti berfikir tentang Naureen yang dijumpainya tiga hari lalu di hutan. Semua perkara tentang gadis itu kelihatan pelik.

Dia mengurut dadanya apabila Jeneral Agnar masuk tanpa mengetuk pintu. "Kumohon Jeneral, ketuk pintu sebelum masuk" Agnar pula memandang kebelakangnya, kearah pintu.

"Adakah pintu ini sudah diperbaik?" Soalnya membuatkan Aiden menjongketkan kening. "Mungkin kualiti yang digunakan untuk pintu ini lebih baik dari sebelumnya, kerana patik sudah banyak kali mengetuk pintu"

"Apabila tiada balasan, sebab itulah patik masuk kembali. Patik takut ada perkara berlaku kepada tuanku" sambungnya membuat Aiden ketawa kecil. Pintu yang disalahkan. "Tidak mengapa Jeneral. Dan apakah hajatmu kemari?"

Agnar berdehem apabila teringatkan sebab sebenar dia masuk kedalam kamar diraja ini. "Mohon ampun tuanku, Raja mahu berjumpa dengan tuanku pada petang ini" Aiden hanya terdiam kemudian berjalan menghampiri Agnar.

"Ayahanda sudah tahu tentang hal itu?" Bisiknya perlahan membuatkan Agnar tersenyum kecil. "Patik tidak tahu tuanku, apa kata tuanku sendiri bertanya tentangnya" Aiden menelan liurnya kemudian mengangguk.

"Sebentar lagi"

Aku membuka mataku. Bilik tidur aku. Agnar tiada. Perlahan aku mengucapkan istighfar. Dada yang berdegup kencang aku pegang. Ini ialah salah satu cara untuk aku menenangkan diri aku sendiri.

Aku mengeluh kecil, mimpi itu bagaikan sudah serasi dengan aku. Mimpi yang selalu berkunjung tiba sejak akhir-akhir ini. Mimpi yang akan mengganggu tidur lenaku. Yang membuatkan aku terjaga dikala purnama masih mengambang.

Aku terus bergerak kearah meja belajar. Situasi yang aku alami dialam mimpi itu aku tulis didalam suatu buku nota. Jikalau tentang mimpi, ingatan aku tidak terlalu kuat. Sebab itulah aku kena tulis semuanya.

Selepas menulis, aku mengeluh kecil. Aku harus cari punca mimpi yang aku alami sejak sebulan lalu ini. Aku tidak mahu lagi menghadapi mimpi ini. Tahukah anda, seorang pelajar memerlukan tidur yang cukup untuk sentiasa bertenaga disekolah?

Tapi, disebabkan mimpi ini aku jarang mendapat tidur yang cukup. Mesti aku akan terbangun seperti sekarang dan akan dapat tidur 3 jam kemudian. Aku mengeluh kecil, I need to know about your story Aiden.

PLASTIC MEMORIES Where stories live. Discover now