Aku memandang kosong kearah telefon aku yang berada jauh dari aku. Telefon itu memaparkan whatsapp dari Papa. Ketika itu, aku mengeluh kecil. Tidak suka dengan apa yang bakal Papa lakukan.
Papa
-Rara, papa minta maaf.
-Papa tak sengaja.
-Walau apa pun, esok Rara balik ye. Kita urus pemindahan sekolah Rara. Sekolah dah nak buka kan.Aku mengeluh lagi membaca whatsapp itu. Kenapa kena pindah sekolah? Sekolah lama tu kan dah okay, kenapa kena pindah lagi. Kalau aku berdegil tak nak macam mana?
Aku mengeluh lagi. Telefon itu aku ambil kemudian aku turun kebawah. "Dam, aku pergi 7e dulu eh. Nak beli aiskrim." Aku beritahu kepada Adam yang sedang menonton filen seram ditelevisyen.
"Nak aku teman?" Laju sahaja aku geleng. "Tak yah, dekat je pun" Adam hanya membuat jari 'okay'. Aku pula terus sahaja keluar sambil menyauk selipar yang mengkin kepunyaam Mak Long. Hud yang ada pada baju yang aku pakai, aku letak dikepala.
Baju juga aku sudah tukar. Buat apa nak pakai dress tu sepanjang malam kan? Hoodie putih yang menjadi pilihan aku malam ni. Sebagai langkah keselamatan lerh.
Aku berjalan perlahan menuju ke 7 eleven yang tidak terlalu jauh dari rumah Mak Long. Entah kenapa, suasana pada malam tu kelihatan mendung. Tiada bulan atau bintang, mahu hujan mungkin.
Aku memandang kearah 7 eleven yang sudah berada didepan mata aku. Pintu itu aku buka membuatkan terhasilnya bunyi. Terus sahaja kaki aku melangkah kearah semua aiskrim diletak. Aiskrim kon perisa kitkat aku ambil.
Kemudian aku bergerak pula kearah dimana semua air yang sejuk diletak. Setin coca cola aku ambil kemudian aku bergerak kearah kaunter. Aiskrim dan cola itu aku letak dan dompet aku cari.
Mukaku berubah cuak apabila tiada kehadiran dompet kesayangan aku itu. Aku tersenyum pada kakak yang setia menunggu duit daripada aku. Dia juga membalas senyuman itu kemudian aku sambung mencari dompet aku semula.
Aku merengus bila teringat yang dompet aku ada dirumah Mak Long. Baru sahaja aku mahu memberitahu kepada kakak itu untuk tunggu sebentar agar aku boleh mangambil dompet semula, sekeping not merah diletak dihadapan aku.
Satu tin cola juga turut diletakkan diatas kaunter. "Kira sekali" kedengaran suara yang agak serak. Tanpa fikir masak-masak terus sahaja aku menoleh memandang kearahnya.
Seorang lelaki yang memakai cap 'cool' berwarna hitam, berbaju tshirt dark blue dan berseluar jeans menyapa kornea mata aku. Dia juga turut memandang kearah aku sekilas. Selepas dia mendapat baki, terus sahaja dia melangkah keluar.
Aku mengambil aiskrim dan cola aku kemudian tersenyum kearah kakak itu. Aku juga turut keluar dari kedai untuk mengejar lelaki itu. Mestilah kena ucap terima kasih kan. Dah dia tolong.
Dan, nasib menyebelahi aku apabila lelaki itu berdiri diluar sambil memandang hujan yang turun dengan lebatnya diluar. Aku berdehem kecil. "Terima kasih" ujarku sambil mengangkat plastik yang aku bawa.
Dia mengangguk sambil membuka tin minumannya. Aku berdehem kecil. Kon aiskrim itu aku buka kemudian aku nikmati dengan nikmatnya. Dengan hujan yang turun dengan lebat, dan aiskrim yang sejuk. Wow! Nikmat!
"Baru pindah?" Soalnya secara tiba-tiba membuatkan aku tersedak. Kejut sis. Selepas dapat mengawal nafas, aku mengeleng. "Tak lah, stay rumah makcik kat sini" jawabku tapi hanya dibiar sepi.
Baru sahaja aku mahu menanyakan namanya, bunyi hon kereta membuatkan aku tersentak sekali lagi. Terus sahaja aku menoleh kemudian ternampak Adam. Aku tersengih sambil menaikkan ibu jari aku.
"Nice to meet you" ujarku membuatkan dia menoleh. Aku tersenyum sambil mengangkat lagi aiskrim aku. "And, thank you for this" ujarku kemudian terus berlari kearah kereta. Adam memandang kearah aku sambil mengeluh.
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...