"Aku tanya kau sesuatu ni. Tapi, aku nak kau jujur kat aku. Aku betul-betul perlukan jawapan jujur dari kau ni." Aryan mengangguk. Sedikit sebanyak, hatinya dirundung rasa gementar. Takut juga soalan Naura ialah soalan yang tidak boleh dijawapnya jujur.
"Betul eh, janji kau jawap jujur." Aryan angguk. Sebelah tangannya diangkat. "Janji." Naura tersenyum. Nafasnya ditarik panjang. Kalau betullah Aryan ialah lelaki yang dicarinya, bermakna banyak yang perlu dia bincang dengan Aryan.
"Waktu kat kereta api hari itu, kau ada jerit satu nama." Aryan terdiam. Jantungnya berdegup pantas. Seperti dia dapat tahu apa yang Naura akan persoalkan. "Nama siapa aku sebut?" Naura memandang tepat dimata Aryan.
"Naureen."
Pum!
Terasa seperti ada bebanan besar yang menimpanya. Aryan tersenyum nipis. "Kenapa dengan dia?" Naura memandang kearah lain. Tangannya digenggam sendiri. Sebenarnya, dia juga resah mahu menanyakan soalan ini.
Tapi, nak tunggu buka sekolah lama lagi. Dan perasaan tertanya-tanya dalam dirinya sudah meletus. "Kau ada kena mengena dengan hikayat lama tu ke? Naureen dan Aiden?" Belum sempat Aryan mahu membalas, Naura menyoal lagi.
"Kau ke Aiden zaman ini? Lagipun, tak mustahil juga. Berdasarkan pemerhatian aku, kau pun keluarga diraja, begitu juga dengan Aiden." Aryan terdiam. Dia betul-betul tidak tahu mahu menjawap apa sekarang ini.
Identitinya itu wajib disorok, tapi dia sudah berjanji untuk jujur. Dengan Naura pula tu. Lama Aryan terdiam sebelum dia memandang tepat kearah mata Naura. Senyuman ikhlas dilemparkan kepada gadis itu.
Geleng.
Mendapat gelengan itu Naura mengangguk. Tapi dalam hatinya terselit sedikit rasa kecewa. "Ouh, bagus lah tu." Aryan terdiam. Rasa bersalah betul-betul bersarang didalam hatinya sekarang.
Kenapa kau tak jujur Aryan?
🖤
Naura menarik nafas panjang. Dadanya yang berasa gementar itu digosok perlahan. Tiga orang pengawal yang berdiri disitu dipandang. "Papa, macam mana diorang cek Rara ni?" Mukhriz juga berwajah risau. "Entah, Papa pun tak tahu. Selama ini, disini saja yang Papa selalu hantar korang."
Naura menarik lagi nafasnya. "Pak Lang ada ke kat sana? Papa kenal ke Pak Lang?" Mukhriz mengeleng. "Kenal tu memang, tapi rupa dia Papa lupa. Waktu Papa dengan Mama Rara nikah, itu lah pertama dan terakhir Papa jumpa dengan keluarga Mama."
Naura mengigit bibirnya. Tangan Mukhriz diambilnya kemudian disalam. "Tak apa, Papa. Biar Rara pergi je. Papa jangan risau okay." Mask yang berwarna hitam diambil kemudian dipakai. Cermin mata hitam juga turut diambil dan dipakai.
"Bye Papa!" Mukhriz mengangguk sambil tersenyum nipis. Dihatinya masih berasa risau. Naura membetulkan baju tshirt putih itu. Skirt kembang paras buku lali yang dipakainya itu dibetulkan. Dia berjalan menuju kearah pengawal yang berada disana.
Naura berdiri dihadapan pengawal itu. "Saya nak jumpa dengan Aki dan Opah saya." Pengawal itu memandang Naura sambil menjongketkan kening mereka. "Bukan itu caranya untuk masuk kesini cik." Naura terdiam.
"Maaf, kali terakhir sana kesini pun ketika berumur 7 tahun. Bagaimana caranya?" Pengawal itu mengeluh. "Nama cik?" Naura berdehem. "Naura Nabella binti Dato' Mukhriz." Pengawal itu seperti berbicara dengan pengawal yang berada didala pondok.
Seorang lagi pengawal membawa satu papan kemudian diserahkan dihadapan Naura. "Letak pergelangan tangan kanan disini. Kalau pakai jam, tanggalkan."
Naura mengangguk. Tangan kanannya diletakkan diatas papan itu. Salah seorang pengawal meletakkan tangannya diatas pergelangan Naura, tapi masih mempunyai jarak sedikit. Matanya ditutup. "Amoer roza tella zelly"
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...