Aku memandang kearah Aryan yang berdiri tegak disebelah aku. Dia juga memandang kearahku sambil tersenyum. "Good job" ujarnya membuatkan aku mengangguk. "Yeah, you too". Aku memandang kearah rakan sekelasku.
Mereka semua berbisik sesama sendiri sambil memandang kearah kami. Aku hanya menjongketkan bahu kemudian melihat Cikgu Nurul yang kelihatan fokus dengan jalan kerja kami.
2 minit kemudian, dia menoleh kearah kami. "Good job both of you, the answers correct" ujarnya membuatkan aku tersenyum kecil. "Well, cikgu tak harap pun kamu dapat jawap sebab soalan ni agak susah but you did it"
Kelihatan riak gembira diwajah wanita itu. Dia membuka begnya kemudian dua plastik kitkat diberikan kepada kami. Mata aku bersinar memandang coklat dibalut dengan plastik merah itu.
Seperti aku sudah menjumpai permata yang sangat berharga. "Hadiah kecil je, just enjoy it. Korang boleh makan sekarang." Ujar cikgu sambil menyerahkannya kepada kami. Perlahan-lahan aku ambil seakan segan.
Tapi didalam hati aku sudah mahu melompat riang. Kalau boleh, kitkat Aryan itu pun aku mahu. Ketika mahu duduk ditempat aku semua, panggilan dari Aryan membuatkan aku menoleh. Dan, ya aku boleh rasa semua orang memandang kearah kami.
"I know you love it. Kau tengok macam nak dua-dua, so take it." Ujarnya sambil menyerahkan kitkatnya itu. Mata aku bersinar memandang huluran itu. Wajahnya aku pandang dengan penuh rasa gembira.
"Betul ni?" Mendapat anggukan daripadanya aku tersenyum lebar. Huluran itu aku ambil dan selepas mengucapkan terima kasih, aku kembali ketempat duduk aku semula.
"Itu Aryan ke juga?"
🖤
Aku berjalan diantara Mira dan Ikha yang merenung aku dengan renungan yang seperti curiga dengan aku. "Kenapa korang tengok aku macam tu?" Soalku membuatkan mereka memandang kehadapan kembali.
Aku ketawa kecil melihat gelagat mereka. Ikha berdehem kecil. "Kau kenal Aryan dah lama ke?" Soalnya membuatkan aku tersenyum senget sambil menjongketkan sebelah kening. "Kenapa nak tahu?"
Ikha menjongketkan bahunya. "Just asking" aku ketawa kecil kemudian berdehem. "Tak lah lama sangat, aku pernah jumpa dia sebelum masuk sekolah ni." Jawabku membuatkan mereka hanya mengangguk.
Salah satu meja yang ada dikantin Mira duduk. "Korang beli makanan, aku tunggu kat sini" ujarnya membuatkan Ikha melastik dahinya kuat. Aku memandang semua orang yang turut memandang kearah aku.
Aku berbisik dengan Ikha. "Jangan cakap ini atas sebab yang sama." ujarku membuatkan Ikha ketawa. "Malangnya, ya." Jawabnya dan terus berjalan mendahului aku.
Baru sahaja aku mahu mengikut langkahnya, baju aku ditarik dari belakang membuatkan aku terdorong mengikut daya tarikan itu. Seorang gadis yang hanya membiarkan sahaja rambutnya terlepas dan dua orang gadis berada ditepinya menyapa pandangan aku.
Aku menjongketkan sebelah kening sambil mengosok bahu aku. Sebelah kening terangkat. "Yes?" Soalku membuatkan dia mendecit. "Siapa kau?" Soalnya membuatkan bibir aku menguntum senyuman senget.
"Macam ni ke cara kau sapa orang lain? No manners." Dan oleh sebab itu aku boleh lihat gadis itu merengus geram. Baru sahaja dia mahu membalas, Mira datang dan terus berdiri dihadapan aku.
"Kau tak perlu tahu kut dia siapa. She is not your problem" ujarnya seakan mencabar. Gadis itu menjongketkan keningnya kemudian memandang kearah aku. "Wow? Baru masuk sekolah ni, tapi dah ada penyelamat. How lucky you are!"
Ikha juga turut berdiri dihadapan aku. "Blah lah, Bella. Kau takde urusan pun dengan kami. So, get out." Gadis yang dipanggil Bella itu tersenyum sinis kemudian beredar dari situ. Sempat lagi dia menghantar satu pandangan membunuh. Mira pula terus sahaja menarik aku duduk ditempat kami tadi.
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...