Naura terduduk dikerusi yang ada didalam ruang bacaan itu. Senyuman lebar terlakar dibibir apabila gambar yang ada didalam galeri telefonnya itu dipandang. Gambar adiknya, Nayla. Jujur dia katakan, dia tidak sabar nak tamat sekolah kerana dia mahu meluangkan masa bersama Nayla.
"Pelajar tahun akhir, sila berkumpul didewan besar. Saya ulangi, pelajar tahun akhir sila berkumpul didewan besar." Naura mengeluh. Telefonnya diletakkan didalam poket. Beg sandang disangkut dibahu.
Naura menguap kecil. Menunggu untuk pengetua sampai. Seperti biasa, hari ini dia keseorangan lagi. Rakan sebiliknya ada juga mempelawa untuk rehat bersama lagi, tapi dia tak suka orang yang 'lepas ludah jilat balik'.
Mahmud berdiri dihadapan. "Baiklah, hari ini saya nak beritahu kamu sesuatu." Dia berdehem. Satu keping kertas dikeluarkan. "Lusa, pada hari jumaat. Saya ingin memaklumkan bahawa kamu akan menyertai satu program yang pertama kali diadakan."
"Pada hari itu, kamu akan mendaki bukit dan berkhemah disana selama 3 hari 2 malam." Naura memandang kearah lelaki tua yang ada dihadapan itu. Dia sedikit berminat dengan info yang diberitahu itu. "Jadi, saya mahu semua pelajar menyertai program ini. Tiada alasan. Terima kasih."
Naura diam. Sepatutnya, dia ada lagi dua bulan untuk tamat belajar disini. Tapi, ikutkan perancangannya dia mahu mengetahui isi kamar bacaan I itu. Kamar larangan yang terakhir. Naura termenung sendiri. Memikirkan perancangan masanya.
Tepukan dibahunya membuatkan Naura terkejut. Dia menjeling kearah Mira yang tersengih memandangnya. Dada diurut perlahan. "Hah? Asal?" Mira tersenyum. "Sudah-sudah lah merajuk tu. Aku tak suka lah kau macam ni."
Naura senyum. "Siapa lah aku ni untuk disukai." Mira mencebik. Bahu Naura digoncangnya. "Alah Naura. Jom lah rehat dengan kami, kau tak kesian ke kat aku?" Naura memutar matanya. "Aku tak kesian pun kat engkau."
Dia berdiri. "Tapi, aku kesian kat makanan tu. Tak dapat masuk perut aku, jadi aku join lah korang." Mira tersenyum lebar sambil menepuk tangannya. Tubuh Naura dibawa kedalam pelukan. "Sebab ni aku sayang kau Naura, biarpun kau sempat lagi buat ayat coverline."
Naura ketawa. Mereka jalan beriringan ke ruang makan bersama. "Kau tahu, Ibu aku dah beranak." Mira membesarkan matanya. "Iye? Perempuan ke lelaki? Siapa nama dia? Bila dia lahir?" Naura mengetuk kepala Mira.
"Satu-satu lah setan."
🖤
Naura membetulkan beg sandang yang tersangkut dibahunya. "Baiklah pelajar. Sekarang, kita akan mula mendaki bukit untuk sampai kedestinasi kita. Perjalanan ini mungkin hanya mengambil masa sebanyak satu jam sahaja jika tiada masalah."
Seorang guru lelaki mula memberikan hujahnya. Tengku Raikal, salah seorang guru yang mempunyai banyak peminat disekolah ini kerana rupa parasnya. Dia juga seorang yang agak peramah dan baik hati membuatkan sesetengah guru juga menaruh hati kepadanya.
Naura menyeluk poketnya. Apabila menyedari telefon miliknya tiada didalam poket, Naura menepuk dahinya. "Weh Faira. Kau orang tunggu aku tau. Telefon aku tinggal kat bilik." Faira hanya mengangguk kerana gadis itu asyik melihat guru kacak yang berada dihadapan itu.
Naura berlari menuju kedalam bilik dan telefon yang elok terletak diatas katil itu diambil. Laju sahaja dia keluar kembali dan berlari keluar. Apabila sudah sampai diluar, kelihatan semua pelajar sudah bergerak dihadapan.
Naura menyumpah perlahan Faira. Dia dah bagitahu suruh tunggu. Sentuhan dibahunya membuatkan Naura membuka langkahnya, sedia untuk melakukan apa sahaja. Luna tersenyum nipis. "Maaf kejutkan awak." Naura tersenyum lega.
Dia mengangguk. "Tak apa, saya terkejut je tadi." Luna tersenyum kemudian dia memandang pelajar lain yang sudah bergerak. "Kita pergi sama-sama? Dia orang dah kat sana tu." Naura angguk. Dia membetulkan begnya.
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasía[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...