Naura memandang geram kearah Mira dan Ikha yang seronok sahaja berbaring dikatilnya. Baru sahaja dia masuk kedalam bilik air sebentar, dua gadis itu sudah meneroka biliknya.
Naura bercekak pinggang dihadapan dua gadis itu. "Kata nak buat projek" punggung dilabuhkan dikatil. Mira berduduk dari perbaringan kemudian memandang kearah Naura.
Dia memegang bahu Naura seperti ada wasiat yang perlu disampaikan. "Naura, benda tu kita buat kejap lagi." Naura hanya memutarkan matanya kemudian berbaring disebelah Ikha. Telefon ditangan Ikha diambil.
Ketawa kecil dia melihat apa yang ada di skrin telefon itu. "Seriuslah, kau berminat dengan mamat ni?" Naura mengembalikan telefon Ikha kepada pemiliknya. Geli hatinya bila teringat akan rakan sekelasnya yang mulut becok itu.
Ikha mencebik apabila Naura mempertikaikan buah hatinya. "Dia memang nampak macam mereng sikit, tapi itu lah yang buat aku suka dia" Tersenyum-senyum Ikha bercerita. Naura memutarkan matanya.
Mira pula berpura-pura muntah, geli mendengar kata-kata Ikha itu. "Kau Mira? Dah lima tahun kau sekolah kat sekolah tu, takde yang berminat ke?" Naura menjongketkan keningnya. Berwajah nakal memandang kearah Mira.
Gadis itu mengeleng-geleng sambil jarinya bergerak kekiri dan kekanan. "Perasaan waktu sekolah ni cuma cinta monyet je. Tiada yang kekal, kalau ada pun tu diorang cukup setia dengan pasangan masing-masing"
Ikha memutarkan matanya. "Jadi Ir..." belum lagi habis Ikha berkata, Mira sudah menutup mulutnya. Perlahan-lahan mulut itu dibuka. "Itu kisah lama, jadi lupakan" Naura hanya mengeleng-geleng dengan perangai mereka berdua.
Macam-macam.
"Tapikan, dah lama aku tak nampak Bella dengan kawan-kawan dia tu? Biasanya ada je tayang muka kat kawasan umum." Ikha turut mengangguk dengan kata-kata Mira itu. Siapa yang tidak pelik, orang yang selalu sahaja menyapa kornea mata sudah tiada.
Naura tersenyum kecil sambil membelek telefon yang diberikan oleh Aryan itu. "Tak tahu, mungkin pindah sekolah kot" tercengang Mira dan Ikha dengan kata-kata Naura itu. "Kau biar betul?"
Naura menjongketkan bahunya. "Tak tahu, aku teka je" Mira hanya mengangguk-angguk tapi Ikha pula memandang kearah Naura seperti ada sesuatu yang gadis itu tidak ceritakan.
Baru sahaja dia mahu membuka mulut, ketukan pintu membuat mereka menoleh. "Rara, mari makan. Bawa kawan-kawan sekali." Sarah tersenyum memandang mereka. Naura hanya mengangguk kemudian berdiri.
"Jom, makan" Mira dan Ikha hanya mengangguk. "Cantik mama Naura, patut dia pun cantik" Ikha mengangguk, setuju dengan pernyataan Mira. "Nampak muda" Mira mengangguk.
"Apa lagi yang korang borakkan tu? Cepatlah, aku lapar dah ni" Naura yang sudah mahu melangkah turun memandang kearah dua gadis itu. Terkedek-kedek mereka berdua berlari. "Segan lah nak jumpa parents kau"
Naura memutarkan matanya. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Mira dengan Ikha? Segan? Simpang malaikat maut. Dia duduk dihadapan Sarah dan Mira pula duduk disebelahnya.
Ikha mengambil tempat disebelah Sarah. Mukhriz memandang kearah mereka sambil tersenyum. Mereka mula menikmati makanan yang ada diatas meja. Banyak yang Mira dan Ikha bualkan ketika itu.
Sarah dan Mukhriz juga turut melayan dua gadis itu. "Sedap mama Naura masak, macam kat restoran lima bintang" mereka berempat ketawa kecil membuatkan Naura berdiri. "Naura dah siap"
Dia berjalan kearah dapur untuk mencuci tangan. Kemudian terus sahaja dia masuk kedalam bilik. Jujur dia katakan yanh dia masih tak selesa bila orang kata Sarah itu ialah ibunya. Apabila bunyi pintu kedengaran, dia menoleh.
Ikah dan Mira tersenyum kearahnya. Naura berdiri dari duduknya kemudian menuju ke meja belajarnya. "Jom buat projek tu" mereka mengangguk kemudian terus mengeluarkan buku mereka.
🖤
Selepas beberapa jam, Naura memandang kearah rakannya yang sudah berada diatas katil. Dia tergelak kecil apabila suara Ikha yang berdengkur diatas katil. Dia ketawa kecil, penat sangat tu. Jam ditelefonnya dilihat. 0231.
Selepas menyedari sudah pukul berapa baru dia berasa mengantuk, tetapi projeknya itu perlu dibuat 'final touch' dahulu. Perlahan dia menulis laporan di kertas kajang. Telefonnya yang bergetar membuatkan dia menoleh.
Nombor telefon yang tertulis nama 'Aryan Hensem' itu terpapar. Naura pelik sendiri. Sejak bila dia save number Aryan ni? Tapi, tangannya masih lagi menjawab panggilan itu. "Hello"
"Eh, masih bangun" Naura ketawa kecil. Telefonnya diletakkan disebelah kiri. Tangannya yang kanan pula menulis laporan. "Yup, nak siapkan projek ni punya pasal lah" Kedengaran Aryan ketawa disebalik talian disana.
"Sama lah kat sini" Naura menguap kecil kemudian laporan itu diletakkan titik sebagai penamat. Dia bergerak ke katil kemudian baring disebelah Mira. "Asal call hah? Buang tabiat?" Kedengaran lagi Aryan ketawa disana.
"Saja, rindu" Naura mengerutkan keningnya. Dia tak salah dengar kan tadi? Korang tak salah baca ke? "Apa kau cakap tadi? Ulang balik." Aryan berpura-pura menguap disana membuatkan Naura mencarut sedikit.
"Aku dah siap buat, assalamualaikum" Naura memutarkan matanya tapi tetap juga dia menjawab salam itu kemudian panggilan ditamatkan. Mira yang sudah terbuka matanya itu tersenyum senget.
"Good night abe Aryan" Mira mengajuk membuatkan Naura memutarkan matanya. "Dia yang tetiba call eh, kau tidur sana" Terus sahaja dia tidur membelakangkan Mira. Malu!
🖤
Naura memandang kosong kearah Mira dan Ikha yang sedang bersiap untuk ke sekolah. Mereka berdua sudah lengkap berbaju sukan mengikut rumah sukan masing-masing.
Dia mengeliat kecil kemudian duduk sambil memandang kearah mereka. "Kena pergi ke? Hari ni Sabtu kut." Laju sahaja Ikha mengangguk. "Wajib" Naura mengeluh kecil kemudian memandang mereka dengan muka seposen.
"Kalau aku tak pergi boleh tak?" Bibirnya dicebikkan membuatkan Mira berjalan mendekatinya. "Kau tahu tak yang sekarang ni kita tingkatan 5, jadi kita kena pergi hari ni supaya ada jawatan dalam rumah sukan tu."
Dia berjalan menghampiri cermin kemudian rambutnya disanggul. "Benda ni penting supaya kita dapat markah. Lagipun, inikan mesyuarat rumah sukan je, kejap je ni. Lepas tu balik" Mira masih lagi tidak putus asa memujuk Naura.
Naura mengeluh kecil kemudian berdiri. "Yelah, yelah. Aku nak mandi lah ni." Mira tersenyum lebar kemudian rambutnya dikemaskan lagi. "Aku rasa rambut aku dah panjang lah" Ikha memandang kearah Mira.
"Biasa je aku tengok" Mira memutarkan mata kemudian dia beralih kepada Naura yang sudah keluar dari tandas. Kain segi tiga yang berwarna merah jambu diangkatnya tinggi. "Siapa punya gantung-gantung kat cermin tandas aku ni hah?"
Mengekek Mira ketawa memandang Ikha yang berlari mendapatkan kain segi tiga itu daripada Naura yang juga turut berlari. "Weh!! Naura!! Aku lupa ambil balik"
Bergema suara mereka didalam rumah banglo itu. Naura berlari sehingga ke luar bilik. Nasib ketika itu Mukhriz dan Sarah sudah berangkat ke kerja. Memang hari itu, mereka bertiga pergi kesekolah menggunakan uber.
Naura terbaring penat diatas katilnya sambil memegang perut yang sakit akibat berlari sambil ketawa. Ikha pula berwajah merah memasukkan kain itu kedalam bakul plastik yang dibawanya.
Apabila Naura terpandang Mira yang masih lagi ketawa, dia menyambung lagi tawanya yang masih tersisa.
Just a great morning with new best friend.
🖤
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...