14

47 10 0
                                    

Naura terbaring dikatil sambil membaca novel yang baru dibelinya. Dia bukanlah seorang yang suka membaca buku, tapi bila melibatkan novel terus sahaja minatnya berubah. Lagi seronok apabila cuti sekolah begini, banyak masa terluang.

Bunyi telefonnya membuatkan Naura meletakkan penanda buku dan mencari telefonnya yang sudah hilang. Diraba-raba sekitar katilnya itu sehingga dijumpai dilantai biliknya.

Panggilan dari Ikha itu dijawabnya. "Hello, Naura. Ingat tau esok." Naura tersenyum kecil dengan gelagat rakannya itu. "Yelah, Ikha. Asal gelabah sangat ni?" Kedengaran tawanya disana.

"Bukan gelabah, tapi mana tahu ini first and last kita jalan sesama." Naura pula tergelak dengan rakan yang baru dikenalinya itu. "Yelah Ikha. Aku ingat, esok pukul 12 kat Horizon Mall" Ikha ketawa kecil.

"By the way, aku bawa Mikael tau. And dia kata dia pun bawa kawan dia. Kalau nak, kau bawa lah siapa-siapa" Naura tersenyum senget. "Ni betul-betul first and last ke apa? Sekali dengan crush kau angkut"

Ikha ketawa. "Seperti yang aku kata, first and last" Naura tergeleng-geleng. "Yelah Ikha. First and last." Selepas beberapa minit mereka berbual, Naura tamatkan panggilan. Tangannya secara automatik menekan nombor Aryan untuk didail.

Dengan hanya beberapa deringan, terus sahaja lelaki itu menjawab panggilannya. "Hah, apa?" Naura menelan liurnya. Kasarnya.. "Esok kau free tak?" Lama orang disana terdiam membuatkan Naura melihat skrinnya. Masih dalam talian.

"Free, kenapa?" Naura tersenyum kecil apabila ada juga balasan daripada insan itu. "Ouh, esok aku nak bawa kau jalan. Bukan kita dua je tau, jam 12, Horizon Mall. Okay, bye" terus sahaja panggilan dimatinya.

Tidak mahu lagi lelaki itu menjawab. Habis kredit nanti. Whatsapp dari lelaki itu membuatkan dia memandang kearah telefon semula.

"Horizon Mall, pukul 12 kan? Okay."
~Aryan Hensem

Sempat lagi Naura memutarkan matanya, memandang kearah nama yang lelaki itu simpan didalam telefonnya.

"Ya, and see you tomorrow! Good night."
~Naura

Selepas membalas, Naura mengharapkan balasan dari lelaki itu tapi hampeh apabila hanya dua tanda berwarna biru sahaja dihadiahkan. Dasar mamat bluetick.

🖤

Kereta berhenti tepat dihadapan pintu masuk Horizon Mall itu. Naura memandang kearah lelaki yang bermain telefon itu. Apabila namanya dipanggil, dia menoleh kearah Mukhriz.

Mukhriz juga turut memandang Aryan yang berada diluar. "Itu ke kawan Rara?" Naura memandang Aryan sebentar kemudian memandang kearah Mukhriz semula sambil tersengih.

"Yes, salah satu." Berkali-kali dia memandang kearah Aryan apabila Mukhriz tidak henti-henti merenung lelaki itu. Mukhriz menyeluk poketnya kemudian satu botol kecil diberikan kepada Naura.

"Tu penyembur lada, kalau kawan Rara nak buat benda jahat kat Rara, sembur je dia" Naura ketawa kecil mendengar kata-kata Mukhriz itu. "Kawan Rara tu okay jelah" Mukhriz hanya mengendahkan Naura membuatkan Naura tersenyum kecil.

"Duit Rara cukup tak?" Naura mengurut pelipisnya kemudian menekan-nekan tapak tangannya seperti menekan kalkulator. "Sepertinya, Rara kekurangan.." belum lagi habis dia berkata-kata, dua keping not 100 sudah dihulurkan.

"Jangan boros" Naura tersenyum lebar kemudian terus sahaja dia mengambil duit itu dan dimasukkan kedalam begnya. Bibirnya ditekap menggunakan jari kemudian diletakkan dipipi Mukhriz.

"Ni yang Rara sayang Papa ni" Mukhriz memutarkan matanya. "Lepas kena bagi duit, baru sayang kan." Mukhriz berbunyi seakan merajuk membuatkan Naura ketawa. "Mengadalah Papa ni, okay lah Rara keluar dulu"

PLASTIC MEMORIES Where stories live. Discover now