21

41 9 0
                                    

"Pada purnama ke13, mahukah dinda bersua muka untuk bercerita bersama patik? Kanda Halim sangat rindu kepadamu."

Naura memandang nota kecil itu dengan pandangan kosong. Terus sahaja nota itu direnyuknya dan dimasukkan kedalam beg sandangnya. Tidak lupa juga wajah menjengkelkan turut disertakan.

Ketibaan Aryan membuatkan dia tersenyum lega. "Dah, jom masuk dorm. Aku dah penat ni." Barangnya mula disusunkan kembali. Dan dimasukkan sedalam beg. Cuma buku bahasa itu sahaja dibawa menggunakan tangannya.

Dia tersenyum kepada pengawas yang mengecam kearahnya sejak tadi lagi. Lengannya yang dipegang membuatkan dia terhenti. Jantungnya sudah berombak kasar, apa kesalahannya?!

"Maaf, tapi sebab nak pinjam buku tu, kena tulis nama." Naura tersenyum nipis. Fikir apa je. Lengan baju Aryan ditariknya membuatkan lelaki itu menjongketkan keningnya. "Pen lah." Aryan mengeluh membuatkan pengawas yang menunggu disitu menyerahkan pen kepadanya.

Naura tersengih. Hakak ni pon, malu lah!

🖤

Naura terbaring dikatilnya. Sehari sahaja disekolah ini, penatnya sehingga ke tulang rusuk. "Naura, kau ambil ciptaan kan? Korang belajar apa je?" Lambat-lambat Naura mengangguk apabila mendengar soalan Faira itu.

"Kau tengok lah kat dalan beg aku, tak larat ni nak cerita." Laju sahaja gadis itu sudah berada disampingnya. Semua barangan Naura diselongkarnya. Sehingga kertas yang sudah dironyok itu dikeluarkan.

Faira memandang sebentar kearah Naura yang sudah menutup muka menggunakan buku tebal itu. Ronyokkan itu dibukanya. Tulisan yang ada didalam kertas itu dibaca. Tidak lama kemudian kedengaran tawanya diseluruh bilik itu

Naura membuka matanya. Rasanya tidak ada apa-apa kelakar yang ada didalam buku itu. "Omg, pada purnama ke 13, mahukah dinda hahahahahaha bersua muka untuk bercerita bersama patik? Kanda Halim sangat rindu kepadamu."

Terduduk Naura dibuatnya. Mukanya sudah merah seperti tomato membuatkan lagi galak Faira mengetawakannya. Syafikah mengambil kertas yang ada ditangan Faira akibat tertanya-tanya dengan isi kandung kertas itu.

Syafikah juga turut ketawa. Geli hati dengan ayat itu. Kertas itu diletak diatas meja kemudian dia membantu Faira untuk membuka muka Naura yang sudah ditutup dengan selimut itu.

Aisyah mengambil kertas itu kemudian dipandang penuh kusyuk kearah kertas itu seperti mahu membedah kertas yang seperti surat cinta itu. "Korang!" Panggilnya agak kuat agar mereka fokus kearahnya.

Mira yang fokus belajar itu juga turut memandang kearahnya. "Saya tak rasa ni surat cinta." Faira ketawa kecil. "Jadi kau rasa apa? Surat pelantikan jawatan Kanda Halim?" Sekali lagi galak tawa mereka ketika itu.

Aisyah mengeleng. "Bukan, saya rasa benda ni macam kuiz." Naura membuka mukanya. Memandang kearah Aisyah. Tidak puas hati, dia berjalan lagi menghampiri Aisyah dan duduk disebelahnya.

Nota itu turut dipandangnya. "Tengok ni, nombor 13, huruf S, U dan C dengan nama Halim ni ditulis dengan keadaan bold. Seperti ada sesuatu ingin diberitahu." Aisyah menilik semula kertas itu.

"Bukan tarikh atau surat dari Halim. Tapi dia mahukan sesuatu. Lihat ni, purnama ke13, bulan kita hingga disember je. Sah ini teka teki." Naura merampas semula kertas itu. Baru dirasanya kertas itu memberikan bantuan untuk misinya.

Pipi Aisyah dicubit sambil dia tersengih. "Thank you, Aisyah. Aku hargai pertolongan kau." Aisyah tersenyum kecil sambil mengangguk. "Harta karun ke tu? Aku pun nak tolong gak." Syafikah duduk disebelah Naura membuatkan Naura ketawa.

PLASTIC MEMORIES Where stories live. Discover now