Naureen memandang empat lelaki yang sudah berwajah miang dihadapannya itu. "Agaknya bila tuanku mahu berikan dia ni kepada kita kan?" Naureen menjeling seorang lelaki yang mahu menyentuh pipinya.
Ketika tangan yang sudah kotor itu menyentuh mukanya, Naureen meludah muka lelaki itu. "Jahanam!" Liur yang berada ditangannya itu dilap dipakaiannya. Naureen bernafas kuat. Memandang lelaki itu dengan pandangan benci.
Lelaki yang juga turut tergantung tangannya dipandang. Lelaki itu mempunyai nasib yang sama sepertinya. Dia sudah lesu akibat dipukul berkali-kali oleh lelaki yang berdiri tegak dengan kayu ditangan itu.
Naureen mengalirkan air mata. "Aiden... Aiden.." panggilnya sayu tapi hanya gelakan sahaja yang diterimanya. "Aiden.. Aiden.." mereka ketawa lagi, lebih kuat berbanding sebelumnya. "Aiden kau nak nak mati dah, lepas ni kalau kau nak jadi lah isteri aku."
Naureen menjeling lelaki itu tajam. "Aku tak ingin bersuamikan lelaki jahanam seperti kau. Lelaki dayus!" Sekali sahaja, pipinya tampar kuat. Membuatkan darah dari mulutnya terpercik keluar.
Membuatkan luka yang ada didalam mulutnya yang belum sembuh, berdarah kembali.
Naura membuka matanya. Selepas sekian lama dia tidak mengalami mimpi itu, hari ini dia alami lagi. Naura mengurut dadanya. Dia nampak keadaan itu, tapi dia tidak boleh bertindak. Dia tidak boleh mengubah apa yang terjadi.
Naura mengeluh. Baru sahaja dia mahu masuk kedalam bilik air, bunyi telefon rumah membuatkan dia merengus. Laju sahaja kakinya berlari kebawah untuk menjawab panggilan itu. Telefon diangkat kemudian diletakkam ditelinga.
"Assalamualaikum, ini Dato' Mukhriz ke?" Naura mengeluh. Cari Papa rupanya. Kenapa tak call je Papa terus. "Walaikumsalam, bukan Dato' Mukhriz ada kat pejabat sekarang ni. Petang nanti dia balik." Naura menghembuskan nafasnya.
Kemudian dihidu membuatkan dahinya mengerut. Dia duduk disofa yang ada disebelah telefon rumah itu. Pagi itu, Mukhriz dan Sarah tiada dirumah. Semua pun sibuk dengan kerja masing-masing. "Ouh, maaf tanya. Ini orang gaji Dato' Mukhriz ke?"
Bergema tawa Naura dibuatnya. Selepas tawanya berhenti, dia menarik nafas panjang. Lawak lah. "Tak lah. Saya anak dia." Naura tersenyum lucu. "Lahh, Rara ke ni? Kenapa suara dah lain?" Naura terdiam. Eh, dia kenal?
"Err, siapa ni?" Naura menelan liurnya. Seram lah, orang kenal kau, kau tak kenal dia. "Amboi Rara, makcik sendiri pun dah lupa? Ni Mak Ngah lah, adik mak engko!" Naura membesarkan matanya. "Mak Ngah? Ya Allah, sorry mak ngah. Suara mak ngah macam anak dara lah."
Kedengaran gelak tawa wanita itu dari dalam panggilan. Mak Ngah, seorang wanita yang suka sangat membebel sama seperti mamanya. Sebenarnya, dia agak lupa bagaimana wajah Mak Ngah kerana kali terakhir dia berjumpa dengan Mak Ngah pun waktu dia berumur 7 tahun.
Tapi, dia masih tahu yang mamanya ada 5 orang adik beradik dikampung. Tapi, kampungnya itu jarang sangat dikunjungi. Kata arwah mamanya mereka tidak boleh selalu kesana atas sebab tertentu. Dan, kalau mereka melawat aki dan opahnya pun, papa tidak boleh ikut.
Dari dulu lagi Naura mahu bertanya sebabnya, tapi lupa. "Banyak lah anak dara engkau Rara. Ni hah, Rara tak sekolah ke apa? Tak silap mak ngah sekarang ni waktu sekolah kan?" Biarpun Naura tahu dia tidak kelihatan, tetap sahaja dia mengangguk.
Keropok yang dicapainya tadi dimasukkan kedalam mulut. Bagus lah tu Naura, tak berus gigi, tak cuci muka terus makan. "Rara cuti seminggu sebab Rara dah masuk VCH." Naura memandang bekas keropok itu.
Kerepek Pisang Mak Kiah.
Naura tersenyum. Sedap lah. "Kalau macam tu, marilah lawat Aki dengan Opah kat sini. Dia rindu dengan cucu sulung yang dah lama tak kesini tu." Membesar mata Naura. "Betul ni? Boleh ke? Papa kata dulu dia tak boleh nak bawa Naura balik kampung. Tak ada pas kata Papa."
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...