Naura berjalan perlahan menuju kedalam kelas. Hari ini sengaja dia mahu datang awal kesekolah dengan alasan hari ini dia bertugas penyapu kelas. Padahal, takde pun dia bertugas hari ni. Dia bertugas hari isnin, huhu.
Dia berjalan masuk dan Aryan sudah ada ditempat duduknya membaca novel kali ini. Naura ketawa kecil. Tidak pula dia tahu ada lelaki yang minat membaca novel. Dia meletakkan beg dikerusinya dan berputar menghadap Aryan.
"Tak tahu pula kau minat baca novel" berusaha dia sedaya upaya menahan tawa. Aryan mengerling kearahnya sebentar kemudian memandang kearah novelnya semula. "Kau tak cukup kenal aku"
Naura memutarkan matanya kemudian duduk menghadap depan. Buku novel yang sudah lama dibelinya tapi baru sekarang mahu dibaca itu dikeluarkan. Dia memandang kearah Aryan semula dan buku itu dilayangkan dihadapan Aryan.
"Aku pun ada juga" dia tersengih sendiri. Suka mengganggu lelaki yang seperti tiada perasaan itu. "Aku dah baca buku tu, sad ending" Aryan tersenyum kecil memandang wajah cemberut Naura.
Buku novel itu dihempuk dilengan lelaki itu. "Dah tu, kenapa nak bagitahu aku. Huahhh, spoiler detected" Naura merengus dan buku itu diletakkan didalam lokernya yang ada dibelakang kelas.
Ruang didalam kelas itu terlalu besar sehingga boleh menempatkan 20 loker disitu. Naura kembali duduk bersama buku sejarah pula ditangannya. "Ni, kau nak bagi spoiler?" Kecil besar kecil besar je Naura tengok Aryan ni.
Aryan mengeleng. "Kau baca jelah" Naura merengus geram kemudian buku itu diletakkan diatas meja. Sebenarnya saja je tu, bukannya dia mahu baca pun. Boleh dikatakan, dia tersangatlah malas pada pagi itu.
Aryan menghulurkan telefon yang berjenama Iphone kepada Naura. Naura menjongketkan keningnya, tidak faham dengan apa yang berlaku. "Kau anggap je aku ganti phone kau yang rosak tu"
Naura mengeleng laju. "Tak nak lah, aku boleh guna phone ni masih" telefon samsungnya dibawa keluar. Aryan memutarkan matanya kemudian merampas telefon samsung itu. Skrinnya ditekan-tekan.
"Nak buka password pun susah, boleh guna konon" telefon itu dibuka belakangnya untuk diambil kad sim yang terletak dibelakang. Kemudian dimasukkan kedalam Iphone yang dibelinya itu.
Iphone itu dihulurkan kepada Naura tapi hanya dilihatnya. "Aku tak reti lah nak guna Iphone ni" Aryan tersenyum kecil. "Then, aku akan ajar. Tu pun nak malu-malu" Naura memutarkan mata. "Siapa kata aku malu?"
Tersenyum senget Aryan dibuatnya. "Tak malu? Sekarang ada kita dua je dalam kelas ni, tak malu?" Naura menelan liurnya tapi wajah tetap dibekukan. "Cepatlah ajar" Aryan ketawa kecil dan terus sahaja dia menerangkan cara penggunaan telefon itu.
🖤
Keadaan kafeteria pada ketika itu kelihatan lenggang kerana kebanyakkan pelajar sudah mulai berlatih untuk hari sukan sekolah yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Naura memandang sekitar kafeteria itu.
Kitkat yang ada ditangannya dipatahkan kemudian kedua-duanya dimasukkan kedalam mulut. Tiada orang kan, buatlah aksi tak senonoh sikit. "Semua pun sibuk dengan sukan, selalunya siapa yang menang?" Satu lagi kitkat dipatahkan tapi kali ini dia makan dengan sopan.
Mira ketawa besar. "Mestilah rumah Rouge yang sentiasa didepan. Meninggalkan Bleu ditempat kedua." Naura tersenyum lebar. "Serius? Untunglah aku masuk rumah Rouge, tapi Rouge tu warna apa?"
Ikha menepuk dahinya. Mengalah dengan sikap Naura itu. "Rouge tu rumah merah, Bleu rumah biru, Vert rumah hijau dan last Violet rumah ungu" Naura mengangguk faham. Dia dan Mira ialah rumah Rouge manakala Ikha pula rumah Bleu.
Kebelakangan ini, selalu sahaja dia mendengar tentang pergaduhan budak junior atas sebab mengejek rumah sukan yang lain. Takpe, mungkin diorang belum matang. Masih lagi berfikiran kebudak-budakkan.
Kitkat yang terakhir Naura masukkan kedalam mulutnya. Baru sahaja dia mahu meminum air, kehadiran Bella, Jessica dan Kiesha membuatkan moodnya terbang melayang. Teringat tentang perbincangan mereka kelmarin.
Mesti diorang dah ada benda yang boleh digunakan untuk mengugutnya. Dalam diam, Naura membuka voice recorder. Dan tiga wajah itu dipandangnya. "Kalau nak cari gaduh Bella, tak yah lah." Ikha sudah memulakan peperangan.
Bella tersenyum manis. "Kami datang bukannya nak cari gaduh, tapi kami nak berdamai dengan Naura" wajah Naura dipandangnya. Naura hanya memandang kosong kearahnya. "Kami ada perbincangan sikit, tapi hanya melibatkan kami berempat sahaja"
Ikha mengetap bibirnya. Tidak suka dengan syarat yang dikenakan. Naura memandang kearah Ikha dan Mira kemudian dia mengangguk perlahan. "Aku pergi dulu" kelihatan dua rakannya itu tidak suka dengan keputusan yang dibuat.
Mira mengeluh sebelum mengangguk. Ikha pula dilihatnya. "Fine!" Naura tersenyum kecil kemudian mengikut jejak langkah tiga gadis dihadapannya itu. Mereka berhenti disatu lorong.
Mungkin port untuk tiga gadis itu melepak. Naura memandang kearah mereka. "Apa yang korang nak?" Bella tersenyum sumbing dan duduk di kotak yang ada disitu. "Aku nak kau tolong kami kenakan Aryan"
"Aku nak kau fitnah dia sampai dia dibuang sekolah" Naura menjongketkan keningnya. "Kalau aku taknak?" Ketawa dua gadis disebelahnya itu. "Kami bagitahu tentang keluarga kau. Mak mati, dan dapat mak tiri yang kaya? Wow, tak rasa ke bapa dia macam.." hujung ayat sengaja dipanjangkan.
Naura mengetap bibirnya kuat. Tangannya digenggam kuat. "Kau takde hak nak buat macam tu" tumbukan yang agak kuat dilayangkan pada pipi gadis yang berada ditengah itu.
Berkerut wajah Bella. Tangannya menyentuh pipi yang terasa pedih. "Kau, berani kau. Bagus kau ikut je cakap kitorang sebelum satu sekolah ni tahu" Naura ketawa sinis memandang kearah Kiesha.
Bella sudah terdiam. Sakit gigi mungkin. Naura mengeluarkan telefonnya dari poket. Perakam suara itu dimatikan. "Sikit je kau buka mulut, tersebar benda ni disatu sekolah. Atau mungkin, kau juga dibuang sekolah. Ops!"
Naura menutup mulutnya seakan dia sudah terlepas cakap. Dia tersenyum sinis. "Baik korang pindah sekolah sebelum dipindahkan sekolah. Cau luk sis." Dia terus beredar dari situ.
Tidak betah berlama-lama ditempat itu.
🖤
Naura berlari menuju ke dalam kelas. Baru sahaja dia mahu menaiki tangga, seorang pegawas berdiri dipintu pagar membuatkan Naura tersengih. "Boleh tak aku naik kejap?" Pengawas lelaki itu memandang tidak berkelip kearah Naura.
Perlahan dia geleng. Memuncung mulut Naura dibuatnya. Telapak tangan disatukan. "Please, barang aku tertinggal kat dalam kelas." Lelaki itu memandang Naura lama kemudian mengangguk.
"Boleh, kejap je" Naura tersenyum lebar. "Thank you!" Dia berlari naik keatas tapi ditahan lagi oleh lelaki itu. "Hairil" Naura tersenyum kecil. Lah, nak berkenalan rupanya. "Naura" dia terus berlari naik keatas.
Hairil tersenyum kecil. "Comel"
Naura berlari masuk dan barangnya yang tertinggal itu dilihat. "Aryan!" Jeritnya kemudian duduk disebelah lelaki itu. "Diorang dah cakap dengan aku!" Aryan menjongketkan keningnya.
Tidak faham dengan apa yang diperkatakan oleh Naura. "Apa yang kau nak cakap ni?" Naura mengeluh kecil. "Bella dah minta tolong kat aku" Aryan hanya mengangguk. "So, kau tolong?"
Laju sahaja kepala itu mengeleng. "Mestilah tak, kau gila. Dia suruh aku fitnah kau kot." Aryan hanya mengangguk kecil. "Bagus la tu" Naura memandang tidak percaya dengan lelaki yang ada dihadapannya ini.
"Itu je?" Aryan ketawa kecil. "Yelah, nak apa lagi" Naura merengus geram kemudian telefon yang sentiasa dipegangannya itu diketuk dikepala Aryan. "Sewel"
🖤
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...