Rumah banglo yang tersergam indah itu dilihat sekilas sebelum dia keluar dari kereta dan pintu rumah itu dibukanya. Sebaik sahaja pintu dibuka, muncul raut wajah wanita yang agak berusia.
"Aryan!" Wanita itu membawa Aryan kedalam pelukannya. Aryan hanya tersenyum nipis. "Ummi apa khabar? Sihat?" Rozita mengangguk kecil. Anak lelakinya itu dibawa duduk diruang tamu.
Rozita tersenyum kecil. "Ummi ni, gitu-gitu je. Tak ada perubahan besar yang jadi pun." Aryan angguk kecil kemudian lama mereka diam sebelum Rozita menyentuh lembut bahu Aryan.
"Bagitahu Ummi. Apa yang buat Aryan macam ni? Ummi tak rasa sebab kerja kamu. Melukis tu salah satu cara kamu tenangkan diri kan? Takkan boleh buat stres?"
Aryan mengeluh. Wajah Rozita dipandangnya lama. "Naura dah balik." Rozita membesarkan matanya. Tidak percaya dengan berita yang baru diketahuinya itu. Tangan Aryan diambil.
"Jemput lah dia datang rumah. Suruh dia bawa keluarga dia sekali. Dah lama ummi tak jumpa mak dia." Aryan mengeluh kecil. Wajah umminya itu dipandang sebelum dia menunduk.
Satu senyuman tersunggih dibibir. "Tengok lah. Tadi pun waktu Aryan terserempak dengan dia, kelam-kabut." Rozita mengangguk membuatkan Aryan melihat bilik Abahnya itu.
Dia menoleh kearah Rozita. "Abah masih tak tahu kan?" Rozita mengangguk kecil. Satu senyuman diberikan kepada anak lelakinya itu. "Setakat ni belum lagi. Tapi, Abah ada bangkitkan isu Dato' Mukhriz."
"Ayah Naura kan?" Aryan angguk. "Abah kamu pelik kenapa Dato' Mukhriz tiba-tiba pindah sebelum kejadian di istana itu jadi." Aryan terdiam. Biarpun itu ialah sejarah buruk untuk Versailes.
Tapi, itu ialah salah satu dari memori yang dia tidak mahu lupa. Waktu dimana kali terakhir dia berjumpa dengan gadis pujaan hatinya itu. "Entah lah Ummi." Aryan mengeluh kecil.
Dia memandang kearah Rozita. "Aryan balik lah dulu Ummi. Dah lewat ni." Dia berdiri membuatkan Rozita juga turut berdiri. Berkerut keningnya melihat Aryan. "Kenapa tak tidur sini? Tidur lah kat sini"
Aryan tersengih. Tangan Rozita diambil dan disalamnya hormat. "Aryan nak buat sesuatu kat rumah." Kakinya disarung kedalam kasut. Rozita mengeluh tapi tetap tersenyum.
"Yelah."
🖤
Naura menyilangkan tangan di dadanya. "Siapa nama orang ni?" Dania menyelak kertas yang ada di tangannya. Satu persatu dilihat sebelum kertas itu diserahkan kepada Naura.
"Nama dia, Tengku Mustapa. Berumur 55 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki. Kesalahan, menerima rasuah untuk projek tertentu." Naura membesarkan matanya.
Gambar yang turut disertakan itu dipandang. Keluhan dilepaskan. "Ayah Aryan." Mereka menoleh. Sebelah kening dijongketkan. "Siapa Aryan?" Anieq memandang curiga kearah Naura.
Danial pula sudah mengeluh. Dia masih ingat Aryan tu. "Just nothing." Anieq masih lagi memandang Naura. "Kau tahu kan, kalau kau tak bagitahu boleh je aku siasat sendiri."
Naura merenung Anieq tajam. "Ish, masa silam aku je pun. Tak perlu nak ingat lagi." Anieq mengeluh kecil. "It's okay. Aku siasat sendiri." Naura merengus kemudian dia berdiri.
Barangnya dikemas. "Tak ada apa lagi kan? Kali ni Dania urus dia." Beg sandang disangkut dibahu. Baru sahaja dia mahu melangkah pergi, panggilan Dania membuatkan dia menoleh.
"Lunch?" Lama Naura termenung sebelum dia mengangguk. "Jangan lama. Aku nak ambil Nayla." Jam yang terlilit ditangannya ditilik. Dania mengangguk.
"Okay, cun!"
🖤
Mereka berhenti dihadapan satu restoran. Anieq memandang kedai yang ada disebelahnya. "Order kan aku dulu. Aku nak pergi kedai sebelah." Dania menoleh. Pandangannya juga terarah kepada kedai itu.
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasi[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...