Naura hanya memandang rakannya yang sedang memberikan makanan kepada gelandangan itu. Duit yang mereka rompak dari orang lain akan diderma kepada gelandangan.
Wajah ramah rakan-rakannya itu dipandang. Sekali pandang memang kelihatan seperti penyayang, tapi disebalik wajah itu ramai nyawa yang melayang. Naura mengeluh.
Dia juga turut berdiri dan botol mineral diberikan kepada gelandangan yang beratur untuk makanan. Kebiasaannya, hanya Anieq dan Adrian sahaja yang akan bertugas disini.
Tapi, kali ini dia mahu menyertai mereka untuk pertama kalinya. Selama 3 bulan mereka memberi makan ini, tidak pernah dia mencemar duli ke sini. Sebab itu lah, dua lelaki itu memandang pelik kearahnya dari tadi.
Seorang wanita yang agak tua tersenyum kearahnya. "Cantiknya adik. Anak dah berapa?" Naura tersengih sambil menghulurkan botol mineral kepadanya. Naura mengeleng kecil.
"Saya belum kahwin lagi makcik." Naura memandang seklias kearah Anieq yang menahan tawanya. Makcik itu mengangguk kecil. "Ouh, maaflah nak." Naura terangguk. "Tak apa."
Botol air diserahkan lagi kepada orang yang berada dibelakang. Senyuman yang terhias dibibir semakin mengendur apabila wajah perempuan yang berada dihadapannya itu dilihat.
Gadis itu memandang kearah Naura lama. Naura mengerutkan keningnya. "Aisyah?" Gadis itu diam. Dia memandang kebelakangnya kemudian terus sahaja dia maju kehadapan untuk mengambil makanan.
Naura masih lagi terdiam. Dia memandang Aisyah yang sudah duduk ditepi jalan sambil menikmati makanannya sendiri. Naura terduduk di kerusi yang ada disitu.
Anieq dan Adrian yang masih mengagihkan makanan itu dilihat sebelum dia berdiri semula. Tempat dimana Aisyah duduk ditujunya. "Eh, Rara. Kau nak ke mana tu?"
Naura menoleh. Wajah Adrian dipandang sebelum satu thumbs up diberikan kemudian terus sahaja dia menuju kearah Aisyah. Dia berdiri dihadapan Aisyah membuatkan gadis itu mendongak sebentar kemudian menyambung makannya.
Naura memandang kosong. Dia duduk disebelah Aisyah tetapi gadis itu hanya menghiraukannya. "Kau Aisyah kan?" Aisyah menoleh. Laju sahaja dia mengeleng.
Naura mengerutkan keningnya. "Jadi, siapa nama kau?" Aisyah memandang lama Naura sebelum menikmati makanannya semula. "Aku tak tahu." Naura terdiam.
Teruk sangat ke dia buat kat Aisyah sampai jadi macam tu? Perlahan dia berdiri semula dan kembali ketempat rakannya. Anieq yang sudah terduduk itu memandang pelik Naura.
Anieq meneguk air mineral. "Kau pergi mana Naura?" Naura menoleh sebentar. Memandang kearah Anieq lama. "Teruk sangat ke kesan lupa ingatan tu?" Anieq menjongketkan sebelah keningnya.
Adrian yang baru sampai itu menguak rambutnya kebelakang. "Itu lah kau. Aku suruh kau baca buku pasal Naureen tu, kau tak nak." Naura menjeling Adrian. "Bukan tak nak. Aku malas je."
Anieq meneguk lagi air. "Tak silap aku, kalau ingatan diorang akan hilang ikut apa yang kita nak lah." Naura mengangguk-angguk. Baru sahaja dia mahu menyoal, Anieq menambah lagi.
"Tapi untuk Ratu Rozazel, kalau kau marah sangat ingatan seseorang itu akan habis. Sekecil-kecil zarah pun tak akan tertinggal lagi." Naura terdiam. Patutlah Aisyah jadi macam tu.
Waktu dia padam ingatan gadis itu, dia betul-betul marah. Sebab tu jadi macam tu kut. "Tapi, kenapa kat Aryan, benda tu tak jadi? Kenapa dia masih ingat aku? Aku buang semua memori dia pasal aku kot."
Anieq tersenyum nakal. "Siapa Aryan tu, Ra?" Naura memutarkan matanya. "Tak payah acah tak tahu lah. Aku tahu kau dah siasat pasal dia kan?" Anieq ketawa kuat. Dia mengangguk kecil.
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...