Beberapa baju yang tergantung di almari miliknya disaterika. Esok mereka akan bertolak balik untuk bercuti dirumah masing-masing. Buku yang bertajuk Sumpahan Untuk Cinta itu juga turut dimasukkan kedalam beg sandang.
Esok dia tidak akan membawa bagasi tapi hanya membawa beg sandangnya sahaja. Cuti hanya seminggu lagipun banyak lagi bajunya dirumah. Buat apa nak bawa banyak-banyak?
Naura duduk diatas katilnya. Dia memandang rakan-rakannya yang sibuk mengemas. Kadang-kadang mulut juga turut sibuk berceloteh pelbagai masalah. "Tak suka lah aku kat King tu. Memaksa." Mira merengus.
"Kau tau, Yaya ex dia tu kata yang aku ni saja nak goda King. Aku bukan goda dia, dia yang tergoda." Mereka mengangguk. "Mira, lelaki macam King tu tak boleh jadikan suami. Suka seseorang hanya berlandaskan nafsu."
Ayat Aisyah membuatkan mereka mengangguk. "Aku setuju. Kau mesti pilih yang boleh terima segala kekurangan kau. Bukannya bila kekurangan kau tu dah tak ada, baru nak terhege-hegeh." Syafikah mengangguk.
Mira berwajah pelik. "Kenapa pula tiba-tiba cakap tentang suami pula ni? Siapa nak kahwin?" Faira ketawa. "Bukan nak kahwin, tapi tips untuk kau mana tahu nak kahwin beberapa tahun kehadapan." Terlepas juga tawa Naura yang sudah lama ditahan.
"Kalau korang nak tahu, Mira tu taknak kahwin tau." Semua mereka berwajah pelik. Mereka memandanga Mira yang sudah tersenyum angkuh. "Asal pula?" Baru sahaja Mira mahu menjawab, tapi Naura yang membuka mulut. "Dia kata nak capai dulu impian dia. Nak jadi peguam, travel dunia, dapat satu rumah, satu kereta dan macam-macam lagi baru kahwin."
Mereka mengeleng. "Tapi tak ada pun dia kata tak nak kahwin kan." Mira ketawa besar membuatkan Naura juga turut ketawa. "Yes, tapi salah satu impian dia tu nak kumpul lima bintang. Baru lengkap impian dia." Syafikah mengeleng sambil mengurut dahinya.
"Impian kau tu Mira, dah macam mustahil." Naura ketawa. "Itu lah maksud aku. Impian dah mustahil, macam mana dia nak kahwin?" Mereka bertiga yang baru faham maksud Naura itu ketawa. Naura juga turut ketawa bukan pasal impian Mira.
Tapi pasal kawannya itu. Aduhai, lambat betul nak tangkap lawak dia. Faira mengeluh. Baju yang dilipatnya dilempar kedalam beg. "Sebenarnya, aku malas nak balik ni." Naura berbaring dikatilnya. Game candy crush dimain.
"Asal? Tak rindu ke mak bapa?" Faira mengeluh. "Rindu tu, mestilah. Tapi, bosan lah kat rumah. Tak ada apa nak buat." Naura terdiam. Walaupun dia tak sabar nak balik rumah tapi apa yang Faira kata tu memang betul.
Kalau balik sana, tak ada apa nak buat.
Naura mengangguk dalam diam. Tapi tidak menjawab, fokusnya hanya kepada game sahaja. Aisyah mengangguk. "Kalau macam tu, jom lawat Coraźon waktu sampai sana nanti." Naura mendongak. Tertarik dengan perbincangan itu.
Melihat wajah serius Aisyah membuatkan dia sedikit ragu. "Bukan cuti ke?" Aisyah mengeleng. "Aku tanya adik aku, diorang tak cuti pun. Kita je cuti ni." Naura mengangguk. Aisyah memandang mereka semua meminta jawapan.
"Sebenarnya pergi sekolah tu tak best pun, tapi aku join." Aisyah tersenyum mendapat jawapan Syafikah. "Syafikah join, aku pun mestilah." Senyuman Aisyah semakin lebar. "Count me in."
Naura pula dipandang. Gadis itu seperti takut-takut mahu memberi keputusan. "Err aku tengok dulu lah. Aku tanya parents aku dulu. Mana tahu diorang dah ada rancangan." Aisyah mengangguk. Faham akan keputusan gadis itu.
"Okay, cun!"
🖤
Beg sandang berwarna hitam miliknya diletakkan diatas kerusi besi yang ada ditempat menunggu kereta api itu. Ada 30 minit lagi sebelum kereta api mulai bertolak. Mira yang ada disebelahnya ralit bermain telefon kerana disini ada line.
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...