16

41 11 0
                                    

"Okay, sampai sini je kelas kita. Jumpa lagi esok." Cikgu Nurul tersenyum nipis kemudian mengemas barangnya. "Terima kasih cikgu" Cikgu Nurul mengangguk kemudian keluar dari kelas.

Naura berpaling ke kiri dan ke kanan untuk meregangkan badannya. Apabila bertentang mata dengan Aryan, laju sahaja dia melarikan pandangan. Sejak peristiwa Ikha itu, Aryan sudah tidak berapa bercakap dengannya.

Mereka hanya akan bercakap apabila Naura menanyakan soalan yang tidak difahaminya.

Naura yang sudah siap mengemas itu berdiri. Mira yang berada dihadapannya juga turut berdiri. Apabila seisi kelas sudah keluar dari kelas, Naura memandang Mira yang masih mengemas.

Memang tabiat gadis itu, lambat mengemas barangnya. Biasanya, Ikha yang akan akan menemaninya. Sambil itu pasti mulut Ikha tidak berhenti membebel tentang kelambatan Mira mengemas barang.

Naura berhenti kemudian dia menoleh kebelakang. "Mira" panggilnya membuatkan Mira menoleh sebentar kemudian menyambung menyusun tapi dipercepatkan sedikit. "Mira"

Mira membaling bekas penselnya kedalam beg. Berang barangkali. "Apa kau nak?" Naura tersenyum nipis. "Aku nak minta maaf" Mira tertawa sinis. "Senangnya kau ucapkan kata-kata tu."

Dia mengangkat beg sandangnya. "Kau tak tahu apa yang aku rasa Naura" Naura tergamam dengan reaksi Mira itu. Dia mulutnya terbuka kecil, tidak percaya dengan perangai Mira yang satu ini.

"Aku tak tahu pula perangai kau macam ni, Mira" Mira yang baru sahaja mahu melangkah keluar dari kelas itu menoleh. Dia memandang kearah Naura. "Jadi? Perangai kau pula? Kalau aku tahu kau ni pembunuh, dari awal lagi aku tak tegur kau"

Naura mengenggam tangannya kuat. Dia melangkah mendekati Mira. "You never be like Ikha. Dia lagi baik dari kau. Kalau Ikha, aku tak rasa dia cakap macam ni." Naura tergelak. Sinis. "Aku bukan pembunuh Mira. Aku bukan."

Dia terus keluar dari kelas sambil menghentak pintu kuat. Geram. Dia betul-betul geram dengan perangai Mira sebegitu. Kakinya tidak terus melangkah keluar dari kawasan sekolah, tapi dia membelok ke suatu tempat.

Tempat melepaskan geram rasanya.

🖤

Rambut yang di ikat tinggi itu bergerak ke kiri dan ke kanan. Punching bag yang ada dihadapannya juga turut berbunyi dari tadi. Semua perasaan geramnya dilepaskan kepada punching bag itu.

Kesian punching bag itu, tak ada salah pun kena tumbuk. Tumbukan demi tumbukan dilepaskan. Entah berapa lama sudah dia berbuat sebegitu. Pelajar yang ada disana untuk berlatih turut memandang kearahnya yang sepertinya sudah sejam lebih membelasah punching bag itu.

Bunyi yang terhasil pun, bukan alang-alang. Bergema ruang yang agak besar itu. Sesiapa yang disana juga turut takut untuk menegur Naura.

Seram !

Selepas penat menggunakan lengannya, Naura menggunakan kakinya pula untuk membelasah punching bag itu. Biarpun tubuhnya sudah merasa penat, tapi hatinya masih sakit dikatakan sebagai pembunuh.

Dia bukan pembunuh !

Dia bukan pembunuh !

AKU BUKAN PEMBUNUH !

Satu sepakan yang kuat dilepaskan sehingga punching bag itu terdorong kebelakang. Tapi, yang peliknya benda tu berhenti disitu sahaja. Langsung tidak bergerak. Kepala seseorang yang tersembul keluar disebalik punching bag itu membuatkan Naura mengeluh.

Mikael tersenyum nipis. "Dah, dah lah tu Naura. Terseksa punching bag ni nanti." Naura merengus kemudian botol mineral yang ada berdekatan begnya diambil. "Aku dengar dah lama kau tumbuk benda tu, aku yang kat library pun boleh tahu berita ni"

PLASTIC MEMORIES Where stories live. Discover now