49

38 10 0
                                    

"Tahniah Encik, Puan Naura mengandung 8 bulan." Doktor wanita itu tersenyum manis membuatkan Aryan menoleh memandang Naura yang juga turut terkejut.

Mereka memandang sesama sendiri. "Abang, saya nak jadi Mama ke?" Aryan tersenyum lebar. Dia tak salah dengar. "Yes, Sayang!" Tubuh Naura dibawa kedalam pelukan.

"We gonna be an awesome parents!!" Naura membalas pelukan itu. Air mata mengalir dari tubir matanya. "Abang, you gonna be Papa." Berita itu benar-benar membuatkan dia ingin meloncat gembira.

Pelukan dilepaskan dan mereka berdua memandang doktor yang dari tadi hanya memandang. "Terima kasih, doktor." Dia hanya mengangguk kemudian Naura dan Aryan keluar dari situ.

Mereka bertatapan lama sebelum Naura tergelak sendiri. "Bila abang tengok sayang macam tu, rasa nak gigit abang lah." Aryan tergelak. "Tak sangka kawan pertama bersamaan cinta pertama abang akan jadi ibu kepada anak abang."

Naura gelak. "Tak sangka budak nerd akan jadi ayah kepada anak si wanita cantik ini." Aryan mencebik membuatkan Naura tergelak. "Pembetulan, nerd yang hensem. Tapi, apa-apa pun, abang nak berterima kasih kat sayang sebab sanggup bawa anak abang dalam perut ni."

Perut Naura diusap membuatkan dia tertunduk malu. "Malu lah abang, kat public ni." Aryan senyum. "Kalau macam tu, jom balik rumah. Ni berita tergempar yang perlu dihebohkan." Naura angguk. Senyuman langsung tidak pudar dari bibirnya.

"Jom." Kaki mereka melangkah kearah kereta. Baru sahaja Naura mahu membuka pintu, matanya tertancap pada gerai yang menjual jeruk mangga. Naura memandang Aryan yang sudah berada didalam kereta.

"Abang tunggu kejap, saya nak beli mangga. Tunggu eh." Aryan mengeleng. "Awak tunggu dalam kereta, biar saya yang beli." Naura juga turut mengeleng. "No. Abang tunggu sini. Untuk 7 bulan yang akan datang, mesti abang sibuk tolong sayang. So, kali ni biar sayang yang pergi sana."

Lama Aryan memandang tajam kearah Naura tapi tetap juga dia mengangguk. Dia keluar dair kereta dan berdiri ditepi. "Abang tengok sayang dari sini. Pergi cepat, kalau lambat abang yang pergi sendiri." Naura ketawa tapi tetap sahaja dia mengangguk.

"Ai ai captain!" Tangan diletakkan didahi membuatkan Aryan tersenyum melihat gelagat isterinya itu. Sepanjang perjalanan ke gerai, matanya langsung tak lepas dari Naura. Melihat senyuman wanita itu apabila membeli mangga benar-benar membuatkan hatinya gembira.

Tak sangka, dijasad isterinya itu membawa lagi satu jasad kecil. Penampilan Naura yang sudah mengandung itu juga turut membuatkan hatinya berbunga-bunga. Ya Allah, sesungguhnya apa yang telah kau berikan ini membuatkan diriku bahagia.

Deringan telefon membuatkan dia tersentak. Telefon yang ada didalam poket diambil tapi mata tetap pada isterinya. "Hello." Tapi tiada sahutan. Dia berputar. Tubuh menyandar dikereta. "Salah nombor ke?"

Masih lagi tiada sahutan. Baru sahaja dia mahu menamatkan panggilan, suara mula kedengaran. "Kesian, kesian, kesian. Kesian kau ni, Tengku Aryan. Ataupun, boleh aku panggil Putera Aiden?" Dirinya mulai panas.

Badannya sudah berdiri tegak. "Siapa kau? Macam mana kau tahu pasal benda ni?!" Hilaian tawa kedengaran disitu. "Macam mana aku tahu bukan masalah kau Aryan. Tapi, aku rasa kau tak jaga isteri tercinta kau. Ehem, ataupun aku nak panggil Naureen."

Aryan mula tersedar. Dia memandang kearah gerai jeruk yang dikunjungi isterinya tadi. Apabila kelibat isterinya tiada, dia berlari kearah gerai itu. "Kau! Apa kau buat dengan isteri aku hah?!" Makcik yang menjual disitu terkejut.

Dadanya diusap perlahan tapi Aryan hanya menjeling. Dia tak kisah lah makcik tu terkejut ke apa? Sekarang, isteri dia kena culik, tahu tak?! "HAHAHAHA!! Baru nak gelabah? Maaf Aryan, aku dah culik isteri kau." Aryan mengosok rambutnya kasar.

PLASTIC MEMORIES Where stories live. Discover now