46

38 12 0
                                    

Brek tangan kereta itu ditarik. Matanya tertancap pada beberapa orang manusia yang sedang berkelah ditepi pantai itu. Dia masih lagi ragu-ragu sama ada mahu menyertai mereka ataupun tidak. Cincin yang tersarung ditangannya itu dipandang.

Patut ke dia pakai cincin ni? Deringan telefon membuatkan dia tersentak. Panggilan dari Mira itu dijawab pantas. "Hello."

"Hah, hello. Kau kat mana dah ni? Jangan lambat sangat, banyak aktiviti kita kena buat ni." Wanita yang bercakap didalam telefon itu Naura pandang. "Ye, ye. Kejap lah. Tak sabar lah kau ni." Kedengaran tawa Mira didalam talian.

"Cepat kau. Kalau tak, aku ketuk guna penyepit ditangan aku ni hah." Naura juga turut ketawa. "Yelah. Bye!" Panggilan ditamatkan. Nafas ditarik panjang dan satu senyuman terukir dibibir. Baru sahaja dia mahu membuka pintu kereta, sebuah kereta diparking disebelahnya membuatkan dia terkejut.

Melihat orang yang keluar dari kereta itu, dia tersenyum kecil. Aryan. Mira tak cakap pun yang Aryan pun ikut sekali. Tunangnya itu dipandang dari dalam kereta. Jujur dia katakan, Aryan sudah berubah kepada yang lebih baik.

Sekarang, dia sudah mulai bercakap dengan orang lain. Biasanya bisu aje, dan dia yang menjadi teman lelaki itu berbicara. Senyuman lebar terlakar dibibir. Dengan yakinnya, pintu kereta dibuka lebar membuatkan mereka semua menoleh kearahnya.

Melihat kehadiran Naura, mereka semua seakan terkejut dan tergamam. Cuma Aryan dan Mira sahaja berwajah tenang. Faira berlari laju kearah Naura. Begitu juga Syafikah. "WEHHHH!!!! NAURA!!!" Mereka memeluk Naura erat.

Tergelak gadis itu dibuatnya. "Korang dah kenapa? Macam dah lama tak jumpa aku aje." Laju sahaja kepalanya diketuk menggunakan bekas tupperware yang ada ditangan Syafikah. "Memang lama pun bangang. Engkau fikir 12 tahun tu masa yang singkat ke?"

Naura tersengih. Kepalanya yang diketuk itu digosok perlahan. "Lek arr. Kita bincang benda ni elok-elok." Dia berjalan beriringan dengan Faira dan Syafikah yang mengepitnya ditengah. Faira kembali kepada tugasnya untuk membakar ayam.

"Kau Mira, kenapa tak teruja jumpa dengan Naura ni? Takkan korang gaduh kut?" Mira dan Naura memandang antara satu sama lain kemudian ketawa besar. "Apa lah kau ni, Mira yang suruh aku dtanag sini. Kitorang dah jumpa hari tu."

Faira memandang tajam Mira. "Kau perempuan, bukannya nak roger kat aku yang Naura dah muncul kembali." Mira hanya menjongketkan bahunya. "Dia yang nak bagi korang suprise." Naura hanya tersenyum. Apabila matanya bertemu dengan mata Aryan, lelaki itu mengeyit mata kearahnya.

"Hai Naura!" Mirza menegur dengan wajah ceria. Lelaki yang bermulut kepoh itu benar-benar berubah. Dulu, dia pakai cermin mata untuk melihat dengan jelas tapi sekarang dia masih lagi bercermin mata. Tapi kelihatan lebih berfesyen.

"Hai, hidup lagi rupanya." Mirza menjeling tajam membuatkan mereka yang lain ketawa. "Mulut engkau, tak berubah ek." Naura juga turut ketawa. Bahu Mirza ditumbuknya. "Kau ni, takkan dah cepat koyak?" Mereka ketawa lagi membuatkan Mirza mencubit pipi Naura.

"Eeeee geramnya aku dengan kau ni." Naura mencebik sambil mengosok pipinya. "Dah lah kau. Excuse me, aku nak tolong boleh tak?" Serentak itu, laju sahaja satu plastik hitam dihulurkan kepadanya. "Kau bagi roti ni kat Hairil. Lepas tu, kau tolong dia buat sandwich."

Naura mencebik. "Alah, aku acah aje tu. Aku tak maksudkan pun nak tolong." Wajah Mikael dipandang sayu tapi lelaki itu hanya membiarkan sahaja Naura dengan cebikan dibibirnya. Apabila semua juga sibuk dengan kerja masing-masing, Naura merungut perlahan.

Kaki melangkah kearah Hairil yang bersendirian disatu tempat. Lelaki itu menoleh, memandang kearah Naura lama. "Hey, kau okay tak?" Hairil mengangguk. "Okay. Terkejut aje kau datang. Tak perasan pun tadi."

PLASTIC MEMORIES Where stories live. Discover now