Laptop dimasukkan kedalam beg. Kemudian dua pasang kasut dimasukkan kedalam bagasi. Dia membuka semula tempat dia meletakkan semua bajunya. Ditiliknya semula kemudian dia tersenyum lebar kerana berpuas hati.
Satu bagasi dan satu beg sandang sudah cukup baginya. Telefon, earphone, powerbank, cas telefon dan dompet kecilnya diletakkan diatas meja. Esok baru dia akan masukkan kedalam beg sandangnya.
Sebab semua peralatan dia kena cas penuh malam ini, supaya esok tidak juga dia kelam kabut. Naura turun kebawah dan kelihatan Aryan bersama dengan Mukhriz dan Sarah diruang tamu.
Sarah yang ternampak kelibat Naura itu tersenyum. "Eh, Rara. Jom kita borak-borak." Naura tersenyum sambil mengangguk. Dia duduk disebelah Sarah. Aryan dipandangnya membuatkan Aryan mengenyit mata kepadanya.
Naura menjulingkan matanya membuatkan Mukhriz berdehem. "Ehem, main mata pula." Aryan ketawa kecil. "Dah sedia esok?" Soal Mukhris kepada Aryan yang duduk disebelahnya.
Malam ini, Aryan akan menumpang dirumah mereka kerana Tengku Mustapa dan isterinya, Tengku Rozita akan pergi ke London pada malam ini, sebab itu mereka meminta pertolongan dari Mukhriz.
Aryan mengangguk. "Nervous sikit. Tapi, kena mesti cari pengalaman kan?" Mukhriz mengangguk kemudian memandang kearah Naura yang bercakap dengan perut Sarah itu.
Kandungan yang ada didalan perut Sarah itu sudah masuk 3 bulan. Maknanya, Sarah akan melahirkan ketika Naura masih lagi disekolah itu. Aryan pula hanya memandang kearah Naura.
"Nanti mesti Rara tak dapat jumpa baby waktu dia lahir kan. Kesian kat baby, tak dapat jumpa kakak dia." Naura berwajah sedih membuatkan Sarah mencubit pipinya. "Nanti, boleh je kita video call."
Naura tersenyum kemudian memeluk tubuh Sarah. Sekarang ini, dia sudah betul-betul boleh menerima wanita itu sebagai ibunya. Sebagai ahli keluarga mereka. "Nanti Rara rindu lah kat Ibu dengan Papa."
Mukhriz ketawa. "Kata rindu ibu dengan papa, tapi peluk ibu je. Tak aci la macam ni." Mukhriz berwajah merajuk membuatkan Naura berlari kesebelah Mukhriz kemudian tubuh sasa itu dipeluknya.
"Okay, okay. Sayang papa." Aryan yang berada disebelah Mukhriz hanya memandang sahaja keluarga itu. Dia juga mahu menghadapi situasi sebegitu. Mukhriz memandang kearah Aryan kemudian tubuh Aryan juga turut dipeluknya.
Dia faham perasaan Aryan. Kerana dulu dia pun sebegitu, dengan Ayahnya yang sibuk mengusahakan syarikat yang baru sahaja dibina, sudah semestinya tiada masa untuk bersama dengan keluarga.
Sebab itu, kalau boleh dia tidak mahu anak rakannya itu merasa sebegitu. Dia mahu berikan kasih sayang kepada anak rakannya itu. Dia tidak mahu ada lagi orang lain merasakan kekurangan kasih sayang.
Sarah yang memandang keadaan itu tersenyum kecil. Secara sorok-sorok dia mengambil gambar mereka. Dia tersenyum memandang gambar itu. Terus sahaja air matanya jatuh apabila teringat tentang Abi dan Abang Angahnya yang sudah lama meninggalkannya didunia ini.
Mereka kekal begitu sehingga Naura menegur. "Hm, bau lah pula ketiak Papa." Terus sahaja dia berlari kearah Sarah semula. Bergema tawa mereka ketika itu. Seperti keluarga bahagia yang sudah lengkap.
🖤
Naura mengeluarkan bagasi dan beg sandangnya dari kereta. Aryan yang sedang berborak dengan Mukhriz itu dipandangnya. Dia pandang pula Sarah yang sedang berjalan sambil memegang perutnya itu.
Beg sandangnya diperiksa semula, mana tahu ada yang tertinggal. Dia berjalan kearah Sarah. "Ibu jaga diri tau, jaga adik Rara kat sini ni." Perut Sarah dipegangnya. Sarah mengangguk. "Ye, Rara tu yang jaga diri. Ibu masih ragu-ragu lagi nak lepas Rara kat sekolah tu."
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...