Mira menarik nafas panjang. Pintu ruang bacaan itu dipandangnya tanpa ada niat mahu membuka. Sebenarnya, dia betul-betul merasakan gementar untuk berhadapan dengan Naura kembali.
Selepas berbulan lamanya mereka tidak berbual, tapi tiba-tiba sahaja mereka perlu berganding bahu untuk menjalan satu tugas. Mahu saja dia biarkan Naura membuat kerja itu sendirian, tapi bila difikirkan balik dia seperti tidak amanah dengan tugas yang diberikan.
Lagipun, Seribu Satu Malam tu akan berlangsung dalam lima hari lagi. Dia takut Naura tidak boleh melakukannya sendirian. Dan, kalau semuanya tidak sempat disiapkan dia juga akan turut terlibat. Terpaksa juga dia campur tangan dalam hal ini.
Nafas panjang ditarik lagi sebelun dia menuturkan lafaz bismillah. Ruangan yang hanya dipenuhi buku itu dipandang. Sama seperti hari mereka pergi kesini. Lenggang dengan orang. Betul-betul kosong membuatkan senang sahaja dia menjumpai Naura yang duduk disuatu sudut.
Kelihatan gadis itu tekun melakar sesuatu dikertas lukisan. Dan itu membuatkan dia mengeluh. Naura sudah mula menyumbangkan tenaga, tapi dia disini masih lagi dengan perasaannya sendiri.
Kakinya melangkah kearah Naura. Sempat lagi dia melakarkan senyuman buat pengawas yang sentiasa berada disitu setiap hari. Kerusi dihadapan Naura ditarik membuatkan Naura mendongak.
Gadis itu memandang Mira kemudian senyuman dilemparkan. "Hey, duduklah." Mira mengangguk. Omg, awkward~~ Naura menyambung melakar dikertas putih itu. Mira pula seperti cacing kepanasan. "Lama tunggu?"
Naura mengangguk. "Lama juga lah, sejam macam tu. Kelas ciptaan keluar awal, sebab tu terlebih awal pula." Mira mengangguk. "Sorry buat kau tunggu lama." Naura tersenyum. "Sokay, kau tak salah pun. And, sementara tunggu kau aku dah..."
Begnya diselongkar kemudian satu fail berwarna biru dikeluarkan. "Aku dah ambil senarai yang perlu ada dalam dewan tu." Dua keping kertas diserahkan kepada Mira. "Kata cikgu semua benda ni wajib ada, so kena urus baik-baik ikut tempat dia."
"Cikgu juga kata, kita boleh tambah apa-apa je lagi kalau nak." Mira mengangguk. Kertas itu dibeleknya. Dia agak terpegun dengan Naura yang bersikap profesional, langsung tidak mencampur adukkan masalah mereka dalam kerjasama ini.
Naura membuang bekas pemadam yang ada dikertas itu. Dia memandang sebentar kemudian kertas itu diletakkan diatas meja. Sekeping lagi kertas dikeluarkan dari fail. "And, cikgu kata kita kena pilih tema dulu. Untuk memudahkan pelajar pilih baju yang sesuai."
Satu lagi keping kertas dikeluarkan. Mira sudah juling matanya memandang semua kertas itu. Kertas ditangannya, kertas didepannya dan kertas yang baru sahaja dikeluarkan. Melihat wajah Mira yang kelihatan pusing, Naura ketawa.
"Sorry, mesti kau confuse kan." Kertas yang sudah Mira letakkan diatas meja diambilnya. "Okay, kita mula dengan tema." Kertas yang lebih kecil tapi mempunyai banyak senarai itu diberikan. "Aku sudah senaraikan beberapa tema yang banyak orang suka, and kau fikir lah yang mana seronok."
Mira memandang senarai itu. Fuyoo, lama sangat ke masa dia tinggalkan Naura sampai senarai banyak macam ni dia boleh cari. Kerusi dirapatkan lagi dengan meja. "Okay, disini banyak sangat tema dan ada sesetengah yang aku tak faham. Masquerade ni apa?"
Naura menahan senyumnya. "Macam tema kostum cuma masquerade ni pakai topeng muka and baju yang sesuai. Sebenarnya, ini salah satu daripada pilihan aku." Mira mengangguk. "Then, kita pilih ni je lah. So, boleh juga jadi orang yang misteri pada malam itu."
Naura terdiam. Fikirannya menerawang jauh kearah rancangannya. Perlahan, senyumannya terukir. "Sure, then our theme is masquerade." Mira mengangguk. Selepas itu, satu lagi kertas dikeluarkan. "So, aku dah lukis bentuk dewan tu dan hiasan yang perlu ada. So, kau tengok-tengoklah. Mana tahu ada yang berkenan."
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...