Aku membelek telefon aku yang sudah pecah skrinnya. Aku mengeluh kecil sambil memandang kearah Aryan yang menghulurkan tangannya. "Bagi phone kau" tanpa bunyi terus sahaja aku menghulurkan kepadanya.
Belum lagi dia bertanya, aku menjawab "258000" jawabku merujuk kepada password telefon aku. Aku menutup muka dimeja beralaskan lengan. Air mata jatuh membasahi lengan baju aku.
Itu ialah hadiah aku kerana mendapat keputusan yang baik ketika UPSR. Tapi yang buat aku sedih ialah telefon tu Mama yang hadiahkan. Dan sekarang disebabkan oleh kecuaian aku sendiri, hadiah Mama dah rosak.
Meja aku diketuk-ketuk membuatkan aku berdehem. "Letak je kat atas meja tu" ujarku dan aku boleh dengar bunyi barang diletakkan diatas meja. "Kau nangis ke?" Soalnya membuatkan aku mencarut didalam hati.
Aku hanya mendiamkan diri. Malas mahu membalas. Aku kekal begitu sehingga cikgu masuk. Tapi, ketika itu bukti yang aku menangis sudah hilang. Sebab aku bukannya nangis sangat pun.
Cuma aku rasa kehilangan je.
🖤
Aku balik kerumah dan terus masuk kedalam bilik. Aku perasan dari tadi Papa hanya memerhati aku yang hanya senyap didalam kereta. Aku mengeluh kecil kemudian terus baring dikatil dengan baju yang belum ditukar.
Peduli apa aku.
Aku mengeluarkan telefon samsung yang sudah kelihatan lama itu. Aku memandang kearahnya, telefon yang sudah memberikan aku pelbagai manfaat dan beribu memori. Aku mengeluh kecil, rasa sayang nak buang telefon ni.
Selama ni, sudah banyak telefon berjenama baru yang Papa mahu berikan pada aku. Tapi, laju saja aku tolak mentah-mentah. Bukan apa, tapi aku terlalh sayangkan telefon ni. Bagi aku, telefon ni buatkan au teringatkan Mama.
Mungkin aku patut gunakan sahaja sehingga telefon ini betul-betul rosak kot. Aku hanya mengeluh kemudian masuk kedalam bilik air untuk membersihkan tubuh. Aku terus menuju kepintu kemudian aku kunci.
Memang sekarang aku nak tidur dan tidak mahu diganggu oleh sesiapa. Emosi aku tidak menentu sekarang ini. Aku baring diatas katil sambil memandang kearah siling bilik aku. Memang ini ialah cara terbaik bagi aku untuk terlena.
Dan, perlahan-lahan helah ini berjaya.
Naureen hanya menunduk apabila barang-barang dilempar kearahnya. Pasu yang terisi dengan bunga tulip itu sedikit lagi terkena dengannya yang hanya berdiri kaku disitu.
Puan Emily menangis teresak-esak diatas kerusi itu. Memikirkan nasibnya yang malang. "Kamu mahu tahu apa sebabnya keluarga diraja itu tidak boleh menerima kau sebagai keluarga mereka?"
Puan Emily memandang kearah Naureen yang masih lagi menunduk. "Cakap Reen, cakap. Bonda tidak lahirkan anak yang bisu didalam rumah ini" tapi Naureen hanya mendiamkan diri. Langsung tiada tanda mahu menjawab.
"Kamu tahu apa sebab kita tinggal didalam hutan tebal ini, tapi masih dapat bertahan lama Naureen?" Soalnya agak mendesak. Perlahan Naureen mengeleng membuatkan Puan Emily ketawa besar.
Dia memandang tajam kearah Naureen. "Semua ini disebabkan kita ialah puak Rozazel, Reen. Puak yang sering bermusuhan dengan puak Versaile, Reen." Jawabnya membuatkan Naureen mendongak. Puan Emily tersenyum sinis.
"Mengapa? Terkejut? Malangnya itu ialah kebenaran Reen. Kita puak yang memiliki kuasa sakti dan puak yang dibenci. Kita dianggap sebagai pembawa malang kedunia mereka." Ujarnya geram. Naureen agak terkejut tentang pengakuan itu.
Jika benar dia adalah puak Rozazel, kenapa dia langsung tidak mempunyai kuasa sakti? Dia bukannya boleh mengerakkan barang dengan sendiri atau membaca fikiran orang lain. Dia juga tidak boleh mengeluarkan api atau ais menggunakan tangannya.
Puan Emily menangis dikerusi kemudian dia berdiri memandang serius kearah Naureen. "Reen, bonda rasakan yang kamu sudah tidak selamat." Ujarnya membuatkan Naureen menunduk kembali.
Satu buku tebal dikeluarkan olehnya kemudian diletak diatas meja itu. "Reel, bantu bonda ambilkan tanah suci." Ujarnya membuatkan Naureel hanya menurut. Tidak lama selepas itu, Naureel datang bersama segenggam tanah yang seakan berkilau.
Diberikan kepada Puan Emily dan mulut wanita itu berkumat kamit membaca sesuatu. Membuatkan semakin berkilau tanah itu digenggamannya. Wajah Naureen dipandangnya. "Mungkin selepas ini, hidupmu tidak akan sama seperti dahulu"
Tanah suci itu dibaling kepada Naureen. "Arghhh!!!" Naureen menjerit kuat kerana apabila tanah itu menyentuh kulitnya, terasa seperti disiat-siat dengan pisau tajam.
Aku terbangun apabila wajah risau Papa terhidang dihadapan aku sekarang. Aunty Sarah juga turut duduk disebelah aku, wajahnya jelas terpapar perasaan risau. "Rara okay tak?" Soalan dari Papa membuatkan aku mengerutkan dahi.
Aku nampak macam tak okay ke? "Rara okay jelah. Kenapa Papa dengan Aunty Sarah boleh masuk sini? Bukan Naura dah kunci ke pintu tadi?" Papa mengeluh kecil. "Lain kali jangan kunci pintu"
Aku mengerutkan dahiku lagi. Masih tidak mengerti dengan semua ini. "Tadi ibu dengar Rara jerit-jerit dalam bilik. Tapi, pintu pula kunci sebab tu ibu panggil Papa bawa kunci bilik." Terang Aunty Sarah.
"Ohh, takde pape lah. Cuma mimpi je, tak yah risau." Ujarku membuatkan Ibu memandang sayu kearahku. Papa pula masih dengan pandangan curiganya, faham dengan perangai aku yang suka menyorokkan sesuatu benda.
🖤
Aku duduk dikerusi sementara Papa dan Aunty Sarah berjoging ditaman ini. Aku hanya memandang kearah mereka yang bergelak tawa disana. Mahu juga aku menyertai mereka, tapi aku tiada mood nak joging sekarang ni.
Sia-sia je aku pakai baju joging ni, bukannya joging pun. Aku ketawa kecil sendiri. Rambut depan yang menutup dahi aku ditiup, panas. Baru sahaja aku mahu berdiri, aiskrim kon terhidang didepan mata aku.
Aunty Sarah tersenyum sambil ditangannya lagi satu juga turut memegang aiskrim. Aku tersenyum kecil. "Lepas joging terus makan aiskrim?" Aunty Sarah ketawa kecil sebelum mengangguk.
"Mengidam" aku hanya mengeleng sambil membuka kertas yang membalut aiskrim itu. "Thank you, Aunty" aku boleh lihat dia hanya mengangguk. Bila teringat akan kata-katanya sebentar tadi aku memandang kearahnya.
Dengan wajah polos aku bertanya "Aunty mengandung ke?" Perlahan dia memandang kearah aku sebelum mengangguk kecil dengan senyuman. "Rara tak suka ke?" Aku hanya diam tidak menjawab soalan itu.
Perlahan aku tersenyum kecil. "Kalau boleh Rara nak baby girl" Aiskrim yang hampir cair itu aku masukkan kedalam mulut. Tiba-tiba sahaja Aunty Sarah membawa aku kedalam pelukannya. "Thank you, Rara sebab terima Aunty dalam keluarga ni"
Aku hanya tersenyum kecil. Emosi ibu mengandung.
🖤
Little note : [ lepas ni I dah tak guna POV Naura ]
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...