Pintu kayu itu diketuk. Marlina memandang dua kepala yang terjengul keluar dari pintu itu. Dia tersenyum ramah. "Masuk." Naura tersenyum kemudian terus sahaja mereka membuka besar pintu itu.
Mereka berdiri dihadapan Marlina yang sedang menikmati secawan teh. "Duduk." Seperti robot, mereka hanya mengikut arahan dari Marlina. Marlina berdehem. "Sebenarnya, cikgu agak berat hati nak bercerita dengan kamu."
Naura hampa tapi senyuman tetap dia ukirkan untuk wanita itu. "Tak apa cikgu, kami faham." Marlina tersenyum. "Tapi berjanji dengan cikgu yang kamu tidak akan beritahu sesiapa yang cikgu cerita benda ni kat kamu."
Naura mengangguk pantas. Aryan juga turut mengangguk. "So, soalan kamu tadi, kenapa mereka beri petunjuk sebegitu untuk orang yang berada dimasa depan kan?" Naura mengangguk.
Marlina tersenyum. "Sebenarnya, persoalan kamu itu membuatkan cikgu teringat tentang seorang lelaki yang hidup beratus tahun dahulu. Dia seorang keluarga diraja dan sangat bijak membuatkan dia terkenal disetiap pelosok kerajaan."
"Tapi, malangnya dia jatuh hati kepada seorang wanita yang bukan keluarga diraja dan dia juga seorang puak Rozazel." Naura mengeluarkan buku notanya. Menulis semua apa yang keluar dari mulut Marlina.
"Seperti orang bercinta, mereka berjumpa, bergelak tawa tapi semua itu hanya sementara. Apabila raja pada ketika itu tahu tentangnya. Mengikut apa yang cikgu tahu, mereka dihukum bunuh dan sebelum itu si jejaka sudah memberikan satu petunjuk kepada keturunannya yang bakal lahir."
"Cikgu pasti yang kamu tahu tentang sumpahan Naureen dan Aiden bukan? Mereka ialah keturunan itu, keturunan yang dimaksudkan. Apabila Naima dan Ahmad ini gagal menamatkan sumpahan itu, ianya masih lagi ada sehingga sekarang."
"Dan, apabila Naura bercakap tentang petunjuk itu, cikgu teringat tentang Ahmad. Dia ada menulis satu petunjuk diistana ini, tapi masih belum dijumpai. Cikgu tertanya, petunjuk yang kamu baca itu, adakah kamu dapat atau cuma kamu reka?"
Naura menelan liurnya. Dia tersenyum kekok. "Saya hentam je cikgu. Tiba-tiba itu terlintas dikepala saya." Marlina tersenyum. "Maaf ye, cikgu cuma tertanya. Apabila muncul lagi keturunan ini, ianya satu musibah kepada istana ini."
"Keturunan Aiden dan Naureen tidak boleh lahir lagi didunia ini. Jika sudah lahir, mereka perlu segera dihapuskan." Marlina tersenyum. Lebih kepada tersenyum seram. Aryan memandang kearah Marlina yang memandang kearah Naura seperti ingin menelannya.
Naura mengangguk. "Saya juga rasa begitu. Saya tidak mahu apa-apa terjadi kepada negara kita." Marlina tersenyum puas. Puas bila anak muridnya itu berkata sebegitu. Sekurangnya, dia pasti yang Naura bukan keturunan Naureen.
Aryan berdiri. "Kami keluar dulu ya cikgu, kami nak pergi ke ruang bacaan." Marlina mengangguk. Naura pula sudah mengemas barangnya dan turut berdiri. Tangan guru itu disalamnya. "Cikgu harap apa yang cikgu ceritakan dapat membantu kamu."
Naura dan Aryan mengangguk. Naura tersenyum kemudian mereka keluar dari bilik itu. Naura mengeluh apabila sudah berada diluar. "Aku je ke yang rasa aura bilik tu pelik?" Aryan mengeleng.
"Aku pun rasa. Macam yang didalam tu bukan Cikgu Mar." Naura mengangguk. Mereka beredar dari situ. Tidak mahu melayan perasaan takut itu.
Marlina memandang mereka dari cctv bersama satu senyuman sinis yang terlakar dibibirnya. "Memang aku bukan Marlina pun." Dia menarik mukanya. Lebih kepada menarik topeng yang melekat dimukanya.
Terserlah wajah bersih Tengku Mahmud disitu. Marlina yang baru keluar dari satu ruang tersorok disitu memandang lelaki itu. "Tuan dapat apa yang dimahukan?" Mahmud mengangguk. "Mereka bukan pasangannya setakat ini. Kita perhatikan saja tapi jangan terlalu kerap. Saya tidak rasa mereka orangnya."
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...