Naura berjalan tenang bersama Aryan disebelahnya. Dia tahu yang perjumpaan pada petang ini tentang kes pecah masuk kamar larangan itu. Gambar yang diambilnya sudah dipindahkan kedalam laptop dan disorokkan didalam fail yang tidak mencurigakan.
Dan semua yang ada kena mengena dengannya turut dipindahkan kedalam laptop.
Tapi, bulu romanya merinding apabila dia teringat tentang tulisan yang ada didinding kamar itu. 'Tunggulah pembalasan dari keturunan kami.' Dan dari situ dia dapat tafsirkan yang tulisan itu diperbuat daripada darah dan itu ditulis salah seorang daripada mereka.
Naureen ataupun Aiden.
Mereka masuk kedalam dewan. Ketika itu, wajah bengis Tengku Mahmud terhias diwajah itu. Wajah yang betul-betul marah disebabkan oleh kes teruk sebegitu. Naura duduk disebelah Aryan. Dia perasan yang semua orang ada disitu ketika itu.
Termasuk tukang sapu sekolah ini. Mikrofon diserahkan kepada Tengku Mahmud. "Saya kecewa!!" Jeritannya bergema didewan itu. Naura memandang sekeliling. Semua sudah berwajah takut. Kenapa mahu takut? Bukannya mereka yang buat salah.
Dia yang bersalah.
"Saya sudah tegaskan yang kamar penyeksaan tempat larangan! Kenapa masih ada yang ingkar arahan saya?!" Semua sudah menunduk. Naura juga terpaksa menunduk. "Satu persatu pelajar serahkan telefon kamu didalam kotak itu. Pastikan tulis nama kamu disitu. Saya tidak mahu ada yang ingkar. Biarpun kamu ada 10 telefon, masukkan semua disitu!"
Naura terdiam. Disebabkan dia cuai, terpaksa semua orang terlibat dalam hal ini. Kenapalah dia tidak tutup semula pintu itu. "Sejak sekolah ini dibuka, tidak pernah ada kes sebegini. Saya pelik dengan kamu semua. Pintu itu memerlukan kunci khas untuk dibuka, tapi kunci itu sudah lama dihapuskan."
Mahmud mengurut dahinya. "Kunci itu sudah dihapuskan, tapi kamu masih boleh buka?!" Naura terdiam. Kunci kecil yang tergantung ditelefonnya itu dipandang. Kunci yang sudah dia tukar kepada bentuk lain.
"Saya tidak faham, mengikut cctv itu ialah wajah seorang pelakon negara luar. Tapi kenapa boleh ada disini. Dia bukan juga pelawat kesini." Mahmud memandang semua pelajar yang ada disitu. "Cikgu nak tanya, adakah kamu kenal pelajar atau sesiapa sahaja yang berwajah seakan Zul Ariffin?"
Semua diam.
Naura menunduk. Cuba menahan tawanya. "Sudah, serahkan sahaja telefon kamu." Ujarnya sebagai penamat. Dia betul-betul penat ketika itu. Kes itu sungguh berat dan sudah sampai kepada Raja Ryle. Sebentar lagi, pasti dia akan disoal oleh pakciknya itu.
🖤
Raja Ryle berduduk angkuh didepan itu. Semua mereka memandang gerun kearahnya. Tangan disilangkan didada. "Macam mana semua ini boleh berlaku?" Mahmud berduduk tegak. "Semua ini berlaku ketika kita semua berada didewan." Raja Ryle mengeluh.
"Perkara ini seperti sudah dirancang. Kerana satu bukti pun tidak tertinggal. Bilik yang tiada kunci sudah terbuka. Seakan dia mempunyai kunci itu." Mahmud menunduk. "Padahal, kunci itu sudah dimusnahkan." Raja Ryle terdiam. Dia mengurut dahinya.
"Sebenarnya, tidak." Semua yang berada dibilik mesyuarat itu menoleh. Mereka memandang Raja Ryle dengan pandangan keliru. "Maaf tuanku, tapi bukankah kunci itu sudah dimusnahkan selepas peristiwa tentang Raja Muda Ahmad?" Tengku Mustapa, ayah Aryan menyoal. Raja Ryle mengeleng.
"Berdasarkan hikayat lama, kunci itu akan muncul semula apabila keturunan Naureen lahir semula di dunia ini." Mereka terkedu. "Dan sebenarnya, kunci itu sudah pun dimusnahkan selepas kematian Naureen dan Aiden. Tapi, kunci itu muncul semula untuk Naima dan Ahmad."
Mahmud menunduk. "Maaf tuanku, dikamar penyeksaan itu ada tertulis sesuatu. Kenapa tidak dicuci sahaja?" Raja Ryle memandang tajam kearah Mahmud. "Kamu fikir, kerajaan tidak berusaha?" Mereka semua terdiam. "Kesan darah itu seakan kekal sehingga sumpahan itu tamat."
![](https://img.wattpad.com/cover/227923879-288-k511777.jpg)
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
خيال (فانتازيا)[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...