39

32 11 0
                                    

Naura mengeleng-geleng kearah tujuh orang rakannya yang terduduk ditanah sambil menikmati beberapa plastik keropok. Mereka berbual sambil ketawa perlahan. Takut suara mereka kedengaran oleh guru-guru.

Naura duduk disebelah Mira. Keropok yang ada ditangan gadis itu dirampasnya. "Punya kurang ajar korang. Makan tak jemput." Beberapa biji keropok disumbat sekali gus didalam mulut. Mira memutarkan matanya.

"Kau juga yang kata tak nak lepak kejap. Nak tidur awal konon." Naura menjeling Mira sambil ditunjalnya kepala gadis itu. "Engkau dah lah masuk lambat. Kalau aku tutup je khemah tu, kau nak merempat kat mana?"

Mira mencebik. Keropok yang ada ditangan Naura dirampas semula. Naura menjeling Mira kemudian Hairil yang ada disebelahnya dipandang dan tanpa soal keropok ditangan lelaki itu dirampas. "Korang cerita apa ni?"

Aisyah duduk disebelah Syafikah. "Mengumpat korang." Naura menjeling Mikael membuatkan lelaki itu mengangkat kedua tangannya. "Lek arr, aku gurau je pun." Mereka ketawa sambil menutup mulut rapat. Bahaya betul bila ahli persatuan pak cik dan mak cik bawang dah bertambah.

Sajat pun tak boleh nak control you olls. Eh, tiber.

Mirza memandang botol mineral yang terisi setengah air kemudian dia tersenyum lebar. "Jom main truth or dare!" Rakannya itu dipandang dengan senyuman dan senyuman itu semakin lebar apabila anggukan diterima.

"Jom!" Naura tersenyum. Badannya ditegakkan. Dam, botol diputar oleh jejaka berkening tebal iaitu Mirza dan penutup botol itu berhenti menghadap Mira. Mirza tersenyum sinis. "Truth or dare, girl?" Mira mengerutkan keningnya.

Selepas beberapa minit termenung, "err aku nak truth kot." Mirza tersengih. "So, akhir-akhir ni aku tengok King macam berusaha betul nak kan kau. Tapi, kau langsung tak layan dia. So, soalan aku kau ni suka King ke tidak?"

Mira menarik nafas panjang sambil mengeleng. "Jujur dari lubuk hati aku. Tidak. Kalau dulu, boleh dipertimbangkan lagi, tapi sekarang sorry but no." Naura tersenyum lebar. Dia bertepuk tampar dengan Mira yang ada disebelahnya.

Mirza angguk. Kali ini, Mira pula memutarkan botol dan Luna menjadi sasaran kali ini. "So, Luna. Truth or dare?" Luna tersenyum. "Dare?" Mira mengetuk dagunya perlahan kemudian dia tersenyum jahat. "Kau ada six sense kan?" Luna angguk.

"Disini sudah semestinya ada makhluk lain selain kita, so aku nak kau tanya makhluk tu siapa yang dia paling geram antara kita dan kenapa." Luna mengangguk perlahan kemudian Faira dipandangnya. Atau sebenarnya belakang Faira.

Gadis itu menelan liur. Mana kau tak takut, bila orang yang ada six sense tengok belakang kau. Eh gila lah! Faira merenung Mira tajam. Tak guna punya perempuan! Luna tersenyum kebelakang Faira. "Awak dengar kan? Maafkan kami kerana mengganggu, tapi boleh tak beri pendapat?"

Naura mengosok lengannya. Tiba-tiba sahaja dia rasa seram sejuk. Tidak lama kemudian, Luna angguk dan tersenyum ramah. "Terima kasih awak." Kemudian pandangannya berubah kembali. "Dia kata dia geram dengan Hairil."

Naura memandang Hairil yang berada disebelahnya. "Kenapa?" Luna ketawa kecil. "Dia kata sebab Hairil hensem sangat." Laju sahaja Naura menutup mulutnya menahan ketawanya yang memang kuat kedengaran. Semua memandang kearah Hairil yang sudah berwajah pucat.

"Bodoh lah kau Mira!" Ketawa bergema lagi. Botol diserahkan kepada Luna, baru sahaja gadis itu mahu memutar, satu suara membuatkan mereka menoleh. "Korang tak tidur lagi?" Syafikah geleng. Eh eh laju.

"Tak, kitorang nak lepak kejap. Nak join?" Soalan dari Mirza itu membuatkan Aryan memandang kearah Naura yang langsung tidak menoleh kearahnya. Apabila gadis itu kelihatan seperti tidak kisah, dia mengangguk. "Boleh je."

PLASTIC MEMORIES Where stories live. Discover now