Naura berwajah muram. Aryan yang berada dihadapannya itu dipandang tajam. Dari tadi, hanya lelaki itu menjadi tajuk perbualan mereka. Mukhriz yang hari itu tidak suka dengan Aryan pun dah boleh jadi best friend nampaknya.
Mukhriz ketawa. "Tengku masih tak balik outstation lagi?" Perlahan Aryan mengangguk. "Dah biasa dah, mak pun selalu ikut ayah pergi luar negara." Mukhriz mengangguk. "Dah biasa sendiri lah ni?"
Aryan tersenyum kecil sambil mengangguk. Mukhriz menyuap makanan kedalam mulutnya. "Rara, kenapa Papa kena pergi sekolah hari ni?" Soal Mukhriz kepada Naura yang dari tadi hanya diam sahaja.
Apabila namanya dipanggil, Naura memandang Mukhriz. Bahunya dijongketkan. "Tak tahu. Naura buat kes kot." Mukhriz memandang kearah Naura dengan pandang musykil. "Ancle"
Mukhriz memandang kearah Aryan. "Sebenarnya, hari ni ada majlis sikit. Tapi Aryan still tak tahu lah majlis apa." Mukhriz mengangguk. "Lah, kenapa tak bagitahu Papa?" Naura pula dipandangnya semula.
Naura menjongketkan bahunya. "Naura pun tak tahu benda ni." Mukhriz mengeleng sebelum Naura berdiri. "Naura dah siap" sempat lagi dia menjeling kearah Aryan yang tersenyum kearahnya.
Aryan juga turut berdiri. Tangan Mukhriz disalamnya hormat. "Jumpa lagi Ancle" Mukhriz mengangguk. "Dah, bawa kereta elok-elok. Kalau ada apa-apa jadi kat anak ancle, kamu yang ancle cari dulu"
Aryan menelan liurnya tapi apabila Mukhriz ketawa membuatkan Aryan juga ketawa kekok. "Ingat apa yang Ancle cakap" Aryan mengangguk. Naura yang baru keluar dari rumah itu berjalan menghampiri Mukhriz.
"Papa datang ke nanti?" Mukhriz mengurut dagunya. "Datang kot, Naura je kan satu-satunya anak Papa yang dah lahir. Lepas ni baru dua." Sarah yang ada dibelakangnya dipandang.
Naura mengangguk kemudian tangan itu disalamnya. Tangan Sarah juga disalam. "Bye Papa, bye Ibu" terus sahaja Naura masuk kedalam kereta Aryan. Mukhriz memandang kearah Sarah.
"Saya tak salah dengar kan tadi?" Sarah mengangguk. Air matanya menitis keluar. "Hey, hey kenapa nangis ni?" Sarah menyeka air matanya sendiri. "Saya terharu lah, Rara panggil saya Ibu"
Mukhriz tersenyum. Tubuh kecil isterinya itu dibawa kedalam pelukan. "Nanti siap, kita pergi sekolah Rara"
🖤
Naura menjeling tajam Aryan yang berjalan tenang disebelahnya. "Eh kau memang tak ada perasaan ke?" Aryan menoleh sebentar sambil tersenyum lebar sehingga menunjukkan gigi taringnya yang bertingkat.
Biarpun gigi taringnya itu tidak rata, tapi kelihatan... comel. Naura melawan pandangan Aryan. "Apa senyum-senyum, aku tengah marah ni" Aryan menutup senyumnya apabila seorang pelajar melalui mereka.
"Bukan lah aku nak temberang, tapi aku rasa Papa kau nak buat aku jadi menantu lah Rara." Naura menjeling Aryan tajam kemudian terus berjalan laju. Dia duduk disalah satu kerusi yang ada didalam dewan itu. Disebelahnya terdapat seorang gadis yang sopan bertudung.
Naura tersenyum nipis kearahnya kemudian memandang kehadapan semula. Apabila matanya bertembung dengan Aryan, lelaki itu hanya memandang kearahnya. Tiada reaksi. Naura menjelingnya kemudian memandang kearah lain.
Naura mengeluh. Kalau didewan atau ada majlis rasmi macam ni, mereka dilarang untuk bermain telefon. Naura mengeluh sambil memandang tetamu yang semakin lama, semakin banyak.
Apabila kelibat Mukhriz dan Sarah kelihatan, dia cuba untuk menyembunyikan dirinya. Tahu sangat apa yang akan Mukhriz lakukan. Mukhriz mengangkat kepalanya tinggi, mencari anak tunggalnya itu.
Apabila dia tidak menjumpai, mereka terus duduk dihadapan. Tempat yang sudah disediakan. Naura menghembuskan nafas lega. Tahu sangat apa yang mahu dilakukan oleh Mukhriz.
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...