Naura memandang pintu yang tertutup itu. Sudah lama dia berdiri disitu. Entah apa yang private sangat sampai dia tak boleh masuk. Jam yang terlilit dipergelangan tangannya dilihat. Sudah setengah jam dia berdiri diluar bilik pengetua ini.
Dia berlegar dihadapan bilik itu. Menci lah cemni.
Naura memandang chandelier besar yang berada diatas kepalanya. Chandelier itu hanya tergantung diatas menggunakan tali yang bersambung. Naura mengosok lengannya, seram pula kalau tiba-tiba chandelier itu jatuh.
Matanya beralih kepada talinya pula. Mata dia ni dah rabun ke apa? Kenapa dia nampak macam tali tu nak putus eh? Naura mengeleng sendiri. Pipinya ditampar perlahan. "Apa lah kau ni Naura, lain sangat imaginasi kau tu."
Tapi, matanya berubah kearah chandelier itu kembali. Dah lah besar. Dia memandang chandelier yang seperti semakin lama, semakin mendekatinya. Naura menjengketkan kakinya, seperti mahu melihat chandelier itu lebih dekat.
Naura terdiam.
Chandelier besar itu jatuh tepat kearahnya. Entah kenapa, sel-sel otaknya berhenti berfungsi diwaktu kecemasan ini. Otaknya sudah mengatakan untuk beredar dari situ, tapi saraf kakinya seperti tidak memberi tindak balas.
"Naura!" Apabila namanya dijerit, dia memandang kearah Asyraf yang berlari laju kearahnya. Keadaan mereka sekarang tidak ubah seperti didalam slow motion. Tarikan Asyraf membuatkan dia terduduk ditepi, sekali gus mengelakkan dirinya daripada terkena chandelier yang sudah pecah dihadapannya itu.
Chandelier yang sudah berkecai itu dipandangnya. Otaknya masih lagi tidak boleh memproses apa yang berlaku. "Naura, you okay?" Asyraf menyoal dengan nada risau. Naura menoleh kearahnya dan perlahan-lahan dia mengangguk.
Aryan yang terdengar bunyi sesuatu yang pecah keluar dari bilik itu. Kuat sangat bunyinya membuatkan Mahmud juga turut terkejut. Apabila pintu dibuka, benda pertama yang dilihatnya ialah Naura yang sudah terduduk dilantai.
Chandelier yang pecah dihadapannya cuma ditolak kasar. Kakinya berlari kearah Naura. Dia mencangkung dihadapan Naura. "Naura, kau okay?" Naura mengangguk. Tapi, mata Aryan berpindah kepada siku gadis itu.
Darah yang mengalir membuatkan Aryan mengeluh. Beg sandang gadis itu disangkut dibahunya. Tubuh gadis itu pula dicempungnya. Naura membesarkan matanya. "Oi, aku okay je lah. Turunkan aku!"
Aryan menjeling Naura yang diangkatnya itu. "Okay kau kata? Siku kau berdarah, kau kata okay?" Naura mengeluh. "Tapi, siku aku juga kan? Boleh je aku berjalan sendiri." Aryan mengeleng. "No, kau tak boleh."
Pintu bilik rawatan itu dibukanya. Naura diletak diatas kerusi yang ada disitu. Cikgu yang bertugas disitu pantas sahaja mengambil first aid kit. Perlahan-lahan dia mengubat sikut Naura.
Aryan memandang siku gadis itu yang sudah terbenam kaca didalamnya. Aryan hanya mengerut sakit apabila Naura menjerit kecil. Entah kenapa, dia juga boleh merasai kesakitan itu. "Kenapa kau ada kat sana? Suka sangat la tu tangan kau berdarah macam tu sekali kan?"
Naura menunduk. "Kau dah nampak benda tu nak jatuh, kenapa tak lari je?" Selepas cikgu itu siap merawat siku Naura, dia beredar dari situ. Nampaknya dua pelajar itu memerlukan masa sendirian.
"Kau tanya aku kenapa tak lari? Semua sebab kau!" Naura juga turut berdiri. "Aku tunggu kau kat luar sebab kau nak privasi dengan pengetua!" Jantungnya berdegup kencang. Marah sangat dia dengan lelaki itu.
"Mungkin kalau tak ada Asyraf, aku dah mati kat situ. Dah mati sebab nak hormat privasi kau!" Aryan terdiam. Dia tahu, dia sudah mengambil masa yang lama untuk berbincang dengan bapa saudaranya ataupun pengetua itu.
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...