Inai yang sudah kering dijari dipandang. Matanya dikalihkan, memandang wajah yang diconteng oleh Mak Andam. Tersenyum-senyum wanita itu. Mulutnya tidak habis-habis memuji kecantikan Naura.
"Cantik betul kulit kamu ni Naura. Saya tak perlu nak pakaikan make up tebal, kamu dah semula jadi cantik. Kalau tak perlu make up pun cantik. Tapi, ni hari penting kamu kan." Mulutnya masih tidak habis lagi membebel.
Naura pula hanya tersengih. Tangannya diramas untuk menghilangkan kegusaran didalam hati. Bunyi deringan telefon membuatkan Naura memandang kearah telefon miliknya. Panggilan dijawab.
"Hey." Naura senyum.
"Hai. Kenapa call ni?"
"Aku nervous lah. Kau tak nervous ke?" Naura ketawa kecil.
"Nah, I'm okay. Kau ni, relax lah sikit." Naura mengenggam tangannya. Dia ni pun gemuruh nak gila, tapi dia mestilah redakan hati Aryan kan. Ye lah, dia duduk aje nanti. Aryan pula kena ucap akad nikah.
"Eleh kau, sembang lebih. Nanti aku gak yang kena akad nikah tau." Naura tergelak. Geez, dia memang lah.
"Whatever, husband to be. Meet you later." Dan panggilan terus dimatikannya. Matanya terarah kearah Mak Andam yang sudah berwajah geram. "Siapa suruh Naura jawab call tu?" Naura sengih. Pipi Mak Andam diciumnya sekilas.
"Alah, lek ar. Naura usik sikit aje. Dah,dah. Mak Andam pergi turun, Naura nak rehatkan leher. Sakit tau tunggu Mak Andam touch up." Wanita itu hanya memandang Naura bersama keluhan dibibir. "Apa nak jadi lah dengan budak zaman sekarang. Tradisi nenek moyang langsung tak diguna, agaknya semakin lama tradisi ni semakin hilang ditelan zaman."
Sambil mengemas bibirnya membebel panjang membuatkan Naura tergelak halus. Dia duduk diatas katil. Mahu saja dia baring, tapi dia sudah siap berpakaian, takut pula kusut. Baru sahaja dia mahu melelapkan matanya, satu suara kedengaran.
"Bagus Naura, kau dah hampir dengan kejayaan. Pastikan musuh kau mati selepas ini Naura."
Naura memandang sekeliling. Nafasnya dirombak pantas. Geez, aku tak nak lah buat benda ni lagi. Tak ada faedah untuk dirinya langsung. Pintu yang terbuka membuatkan dia menoleh pantas. Sarah tersenyum nipis.
"Aryan dah sampai."
Memori tentnag suara itu terus hilang. Diganti dengan pelbagai 'overthinking' yang teruk. Semua bermain didalam otak, 'boleh ke dia kahwin?' 'Betul ke keputusan ni?' 'Kalau Aryan tergagap macam mana?' 'Sebenarnya, mana satu yang ada dulu? Ayam ke telur?'
Tidak sedar, dia sudah duduk dimana semua perempuan ditepinya. Apabila mata bertembung dengan Ain, dia menguntum senyum. Belakang Aryan dipandang dengan penuh rasa teruja bercampur dengan gelisah.
Geez, kenapa dia masih terfikir tentang ayam dan telur? Baru sahaja dia mahu fokus keacara perkahwinan ini, kepalanya terfikir pula tentang bentuk bumi. Sama ada sfera ataupun flat. Geez stop it brain!
Melihat Aryan yang sudah berada dihadapannya, Naura membuat muka blur. Aryan tersenyum. "Don't make that face Naura. Aku gigit kau." Naura membulatkan matanya. Dah siap keakad nikah? Argh, stupid brain!
"Rara, hulur tangan kat Aryan tu hah. Berkerak nanti dia tunggu kat sana." Teguran dari Sarah membuatkan Naura tersengih. Ibu, you make me shy! Naura menghulurkan tangannya dan kamera tak henti-henti menangkap gambar.
Naura menyalam tangan Aryan. Kepala Aryan mendekati dahi Naura. Sebelum bibirnya melekap, sempat lagi dia berbisik. "You're mine, Naura Nabella."
🖤
Selepas sehari penat melayan tetamu, Naura terbaring dikatil. Aryan yang menanggalkan songkok itu dipandang. "Aryan, mari sini." Katilnya ditepuk. Dia juga sudah berduduk. Aryan menoleh kebelakang dengan senyuman nakal.
![](https://img.wattpad.com/cover/227923879-288-k511777.jpg)
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...