Hari ini berlangsung pernikahan Papa dengan Aunty Sarah. Ya, secara jujurnya aku belum lagi dapat menerima kedatangan Aunty Sarah dalam keluarga aku. Tapi, manusia boleh berubah kan? Biar masa saja yang menentukan.
Kelihatan Papa dan Aunty Sarah sedang beramah mesra dengan rakan-rakan mereka yang aku langsung tidak kenal. Dan, aku baru tahu yang sebenarnya Aunty Sarah tu orang kaya.
Dan hartanya pun tidak akan habis untuk tujuh keturunan lagi. Jadi, aku tak berapa risau lah yang Aunty Sarah ni nak kahwin dengan Papa sebab harta. Mana tahu dia nak rampas harta Papa. Yang macam cerita mak-mak tiri tu.
Aku memandang kearah baju kurung moden berwarna putih yang berada ditubuh aku. Lawa pula aku hari ini. Aku termenung sendiri sambil memandang baju aku sehinggakan aku tidak perasan yang aku sudah melanggar orang.
"Auch" aduhku sakit. Sakit tahu, dia siku perut aku weh. "Aduh, takde mata ke" marahku sambil menyapu punggung. Alah, tak kotor pun, saje je tu. Acah-acah supaya dapat attention. Kepala aku dongakkan memandang orang yang suka sahaja melanggar aku yang besar-besar disitu.
Tapi apabila melihat wajahnya, membesar mata aku. Seperti aku pernah berjumpa dengannya. Tapi dimana? Tapi, aku pasti aku pernah terlihat wajahnya. Tangannya melambai-lambai dihadapan aku. "Hey!"
Apabila tersedar, aku tersenyum kekok. "Budak kitkat" tegurnya membuatkan aku menjongketkan sebelah kening. Kenapa budak kitkat? Apabila sel-sel otak aku sudah berhubung dengan sempurna aku tersenyum lebar!
"Lah!! Kau rupanya! Aku baru ingat lah!" aku tersenyum lebar. Ya, orang yang tolong aku bayarkan aiskrim kitkat aku hari itu. Dia mengangguk kecil. "Naura!" Panggil Papa membuatkan aku menoleh.
"Okay, jumpa lagi. Bye!" Ujarku sambil melambai kearahnya dan berlari anak kearah Papa. Gila nak lari pecut pakai baju kurung ni?
🖤
Sampai sahaja dirumah, aku berlari masuk kedalam bilik untuk menukar baju aku. Rimas eee. Ketika aku berlari di tangga, panggilan Papa dari luar membuatkan aku menoleh. "Kamu nak ke mana tu? Temanlah Ibu kamu kat sini"
Aku memutarkan mata. Ibu? Please lah! Laju sahaja aku mengeleng. "Rara nak mandi, bye!" Jawabku kemudian terus berlari masuk kedalam bilik. Aku boleh bayangkan Papa sedang mengeleng-geleng sekarang.
Memikirkan nasibnya mendapat anak yang tak serupa bikin seperti aku. Tapi, ada aku kesah? Selepas sahaja membersihkan tubuh dan menukar kepada baju yang lebih selesa, aku baring dikatil kemudian termenung memandang kearah siling.
Lama aku termenung sehingga mataku yang ditumbuhi banyak bulu ini memberat. Perlahan-lahan aku berlayar kelautan mimpi.
Naureen menulis sesuatu didalam diari miliknya sambil memandang keluar tingkap. Dia tersenyum apabila teringat tentang memorinya kemudian sambung menulis lagi. "Reen!!"
Jeritan seseorang membuatkan dia tersentak. Tangannya menutup diari dan menyimpan pensel miliknya kemudian disorokkan dibawah katil. Kakinya berlari laju untuk berjumpa dengan bondanya.
"Ya, bonda? Apa yang Reen boleh bantu?" Soalnya sambil tersenyum. Lagaknya seperti gadis yang bakal dipinang sebentar lagi oleh Putera Raja. Puan Emily menyilangkan tangannya sambil memandang tajam kearah Naureen.
Naureen memandang abangnya yang berwajah kesal sambil membuat gerak mulut 'Bonda sudah tahu tentang perbuatanmu'. Naureen menelan liur kasar sambil tersengih memandang bondanya yang masih memandang tajam kearahnya.
Nenek Lily mengeleng-geleng dari dapur memandang lagak menantu dan cucunya itu. "Adakah kamu tahu kesalahanmu?" Soalnya membuatkan Naureen hanya tersengih. Puan Emily mengeluarkan kasut kulit yang selalu digunakan olehnya untuk keluar memburu.
Terdapat banyak lumpur ditapak kasut itu. "Boleh kamu terangkan kepada bonda?" Naureen hanya mengeluh dan hanya tunduk merenung lantai. "Bonda, Reen keluar malam cuma untuk me.." belum lagi Naureel menamatkan kata-katanya, Naureen menyampuk.
"Berjumpa dengan kekasih Naureen" sampuknya membuatkan mata Puan Emily membesar. Begitu juga dengan Naureel dan Nenek Lily. Naureen tersengih sambil mengaru rambutnya yang kemas diikat tocang.
Puan Emily mengeluh. "Kalau mahu berjumpa, bukan begini caranya. Naureen bawa dia berjumpa bonda, masalah sudah selesai. Tidak perlu lagi Naureen keluar lewat malam untuk berjumpa dengannya"
Naureen hanya mengangguk kemudian berputar untuk balik kedalam biliknya. Dia berlari laju kemudian terus membaling dirinya keatas katil. Dia merenung kearah siling.
Apa yang sudah dia lakukan?
Dia mengambil diari miliknya kemudian membaca semula apa yang telah dikarang. Dia memandang keluar tingkap dan bercakap sendirian. "Aku tahu siapa yang boleh bantu" ujarnya kemudian tersenyum kecil.
Mata aku terbuka secara mengejut. Jantung aku yang mengepam darah berdegup laju. Peluh yang merenek didahi aku lap. Berkerut dahi aku memikirkan mimpi itu. Kenapa sekarang, selalu sangat aku mimpi sebegitu?
Persekitarannya kelihatan lama dan seperti dizaman dahulu. Dan, orang yang aku mimpi itu ialah orang yang sama ketika mimpi aku ketika dihutan itu. Aku mengeluh kemudian mengeleng laju.
Itu cuma mimpi lah. Bilik air aku tuju untuk membersihkan muka. Penat sangat kot, sebab tu mimpi benda yang bukan-bukan.
🖤
Perut yang berkeroncong kuat membuatkan aku terpaksa turun kebawah. Dari tadi, aku langsung tak turun bawah sebab malas nak terserempak dengan Aunty Sarah. Biarpun Papa berkeras nak aku panggil Aunty Sarah dengan panggilan 'Ibu' tapi, blerr tak kuasa aku.
Tapi, masalahnya sekarang ni waktu makan dan sudah semestinya aku kena makan semeja bersama dengan Aunty Sarah. Kalau aku tak turun pula, nampaknya malam ni aku terpaksa puasa.
Aku mengeluh kecil kemudian terus mengatur langkah untuk turun kebawah. Kelihatan wanita itu tersenyum senang memandang kelibat aku. Papa juga turut tersenyum. Apa senyum-senyum nak kena kentut ke?
"Nasib baik Rara turun, kalau tak Papa habiskan semua lauk yang Mak Jah masak ni" aku hanya memutarkan mata kemudian duduk dihadapan Aunty Sarah. Pinggan dihulurkan kepada aku oleh Aunty Sarah dan aku hanya mengambilnya tanpa suara.
Pinggan yang sudah terisi dengan nasi itu aku tambah dengan ayam goreng dan sayur tumis yang dimasak oleh Mak Jah. Aku menadah tangan sementara Papa pula membaca doa makan.
Selepas mengaminkan, aku menyuap nasi kedalam mulut. Aku hanya kekal diam sementara Papa, Aunty Sarah dan Mak Jah pula berborak sakan. "Lagi dua hari Rara nak masuk sekolah kan?" Soal Aunty Sarah membuatkan aku mendongak memandangnya.
Perlahan aku angguk membuatkan dia tersenyum senang. Aku boleh lihat dari ekor mata yang Papa bertukar pandangan dengan Mak Jah. Oh, berkomplot yaa. "Nak Ibu hantarkan tak?"
Aku mengeluh kecil kemudian terus berdiri apabila sudah selesai menghabiskan nasi aku. "Eh, tak tambah lagi?" Soal Papa membuatkan aku mengeleng. Kemudian terus sahaja aku berjalan menuju kedapur untuk mencuci tangan.
Apabila aku melalui meja makan itu kembali, aku memandang Aunty Sarah yang menguis nasinya. Aku mengeluh kecil. "Kalau Aunty nak hantar, Rara tak kesah" jawabku kemudian terus naik keatas.
"Kan saya dah kata, kalau awak usaha lembut juga hati Rara tu" suara gembira Papa kedengaran. Aku hanya memutarkan mata kemudian terus masuk kedalam bilik. Buat apa lagi? Jadi jeruk lah!
🖤
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...