Dua hari sebelumnya....
Naura tersenyum kearah pengawas yang selalu saja ada didalam ruang bacaan ini. "Hai Naura. Sorang je hari ni?" Naura tersenyum nipis sambil mengangguk perlahan. "Macam tu lah ceritanya." Pengawas itu tersenyum.
Satu buku lukisan diserahkan kepada Naura. Naura mengerutkan keningnya. "Apa ni?" Pengawas itu ataupun Farah ketawa. "Untuk kau lah. Dah pergi sana." Naura mencebik. Sekitar ruang bacaan itu dipandang.
"Aik, mana semua orang? Kenapa kosong je ni?" Farah menjongketkan bahunya. "Mana lah aku tahu, aku jaga ruang bacaan ni je. Bukannya jaga orang yang datang sini." Naura menjeling gadis itu kemudian terus sahaja dia duduk ditempat biasa.
Begnya diletakkan diatas meja kemudian buku lukisan itu dibuka. Tertulis satu nama yang dihias cantik membuatkan dirinya tersenyum. Nama panjangnya ditulis cantik membuatkan hatinya berbunga-bunga.
Siapa lagi yang jadi secret admirer dia ni.
Muka surat kedua dibuka. Satu lukisan yang kelihatan 3D itu dipandang. Tulisan yang ada ditepi lukisan itu dibacanya. 'Ingat tak? Kesian aku tengok kau waktu tu. Cuak sangat dompet tertinggal.' Naura berdehem. Persekitaran didalam ruang bacaan itu ditinjau sebelum dia tersenyum. Lukisan satu tin cola dan kitkat itu dipandang.
"Kira sekali" kedengaran suara yang agak serak. Tanpa fikir masak-masak terus sahaja aku menoleh memandang kearahnya.
Seorang lelaki yang memakai cap 'cool' berwarna hitam, berbaju tshirt dark blue dan berseluar jeans menyapa kornea mata aku. Dia juga turut memandang kearah aku sekilas. Selepas dia mendapat baki, terus sahaja dia melangkah keluar.
Aku mengambil aiskrim dan cola aku kemudian tersenyum kearah kakak itu. Aku juga turut keluar dari kedai untuk mengejar lelaki itu. Mestilah kena ucap terima kasih kan. Dah dia tolong.
Tapi, nasib menyebelahi aku apabila lelaki itu berdiri diluar sambil memandang hujan yang turun dengan lebatnya diluar. Aku berdehem kecil. "Terima kasih" ujarku sambil mengangkat plastik yang aku bawa.
Naura tergelak kecil. Muka surat seterusnya dibuka. Dia tersenyum lagi, lukisan wajahnya yang bergaun putih itu dipandang. Perjumpaan kali kedua mereka ketika dimajlis perkahwinan Mukhriz.
"Auch" aduhku sakit. Sakit tahu, dia siku perut aku weh. "Aduh, takde mata ke" marahku sambil menyapu . Alah, tak kotor pun, saje je tu. Kepala aku dongakkan memandang orang yang suka sahaja melanggar aku yang besar-besar disitu.
Tapi apabila melihat wajahnya, membesar mata aku. Seperti aku pernah berjumpa dengannya. Tapi dimana? Tapi, aku pasti aku pernah terlihat wajahnya. Tangannya melambai-lambai dihadapan aku. "Hey!"
Apabila tersedar, aku tersenyum kekok. "Budak kitkat" tegurnya membuatkan aku menjongketkan sebelah kening.
Naura menyelak muka surat seterusnya. Mesti Aryan yang beri dia buku lukisan ni. Lukisan selepas itu membuatkan dia tersenyum lebar. Terfikir juga, macam mana Aryan boleh ingat wajahnya begini. Lukisan ketika pertama kali dia berjumpa dengan Aryan disekolah.
Kata-kata dari cikgu membuatkan aku menoleh memandang lelaki yang bernama Aryan itu. Lelaki yang membuatkan idea aku terbang sebentar tadi. Aku memandang kearahnya membuatkan dia memandang kearah aku kembali.
"Murid baru ke duduk sebelah saya tu cikgu?" Soalnya membuatkan Cikgu Maz mengangguk. "Ye, baru je masuk tadi. Waktu pelantikan kamu." Dia hanya mengangguk.
Cikgu Maz turut mengangguk membuatkan aku menoleh kearahnya yang berjalan mendekati aku. Seperti aku pernah lihat wajah ini. "Budak kitkat?" Soalnya membuatkan aku tergamam.
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...