Naura memandang jalan yang diambil oleh Mukhriz. Ini bukannya jalan balik rumah. Ini macam jalan ke rumah Maimun sahaja, Mak Longnya itu. "Papa kita tak balik rumah ke?" Dia menyelit diantara tempat duduk Mukhriz dan Sarah.
Mukhriz menoleh. Dia tersenyum. "Ikut je lah. Macam tak biasa." Naura mencebik. Sarah pula dipandangnya. "Kita nak ke mana ni, Ibu?" Sarah menoleh. Wajahnya juga kelihatan binggung. Seperti tidak mengetahui apa-apa.
Sarah menjongketkan bahunya. "Ibu pun tak tahu. Papa Rara ni, suka betul macam ni." Mukhriz yang sedang memandu itu ketawa. "Tunggu jelah. Alahai dua orang ni. Tak pandai sabar." Naura menyandar dibelakang.
Dia mencebik. Sarah juga turut mencebik. Perutnya yang besar itu diusap. "Nanti baby jangan jadi macam Papa eh. Jahat betul Papa tu." Naura ketawa. Badan didekatkan dengan Sarah. Perut wanita itu dipegang. "Betul tu. Dengar cakap Ibu. Jangan macam Papa, jadi macam Kakak Rara. Baik, dengar kata, cantik pula tu."
Terlepas tawa Sarah dan Mukhriz serentak. Naura yang memegang perut Sarah juga boleh merasakan yang bayi didalam itu menendang dari dalam. Sarah ketawa. "Rasanya, baby tak setuju dengan Rara lah." Naura mencebik.
Dia mendekat lagi dengan perut Sarah. "Baby, jangan ikut Ibu juga. Ibu pun jahat macam Papa. Ikut perangai Kakak Rara je okay?" Naura berbisik tapi masih lagi didengari oleh Sarah. Wanita itu hanya tertawa kecil.
Mukhriz memberhentikan kereta membuatkan Naura mendongak. Rumah yang besar didepannya itu dipandang. Rumah siapa lagi ni. "Jom." Biarpun masih lagi blur, tetap sahaja Naura keluar dari kereta. Rumah itu dipandang pelik.
"Rumah bini Papa yang mana lagi ni?" Soalan yang keluar dari mulut Naura membuatkan Sarah merenung Mukhriz tajam. Mukhriz yang perasan tentang pandangan Sarah itu hanya menelan liur, tapi wajah isterinya itu langsung tidak dipandang.
Mukhriz tersenyum lebar apabila sepasang suami isteri keluar dari rumah itu. Naura mendekati Sarah, menjaga lah katakan. "Mukhriz! Sampai pun kau. Aku fikir kau tak datang." Mukhriz ketawa apabila suara lelaki itu menjengah telinga.
Tengku Mustapa, rakan bisnes terbesarnya pada ketika ini.
Mereka bersalaman. "Eh kau ni, takkan aku tak datang. Makan percuma!" Bergema tawa mereka ketika itu. Sarah pula bersalaman dengan isteri Mustapa. Begitu juga dengan Naura. Mukhriz dan Mustapa yang masih berbual diluar itu dipandang.
"Jemput masuk." Wanita itu tersenyum ramah. Tengku Rozita, isteri kepada Tengku Mustapa. Sarah mengangguk. Perlahan-lahan dia melangkah masuk kedalam rumah itu. Naura juga turut membantu Sarah.
Dilihatnya, ibunya itu seperti sudah tidak terdaya mahu berjalan. Tapi, masih degil nak jalan! Rozita tersenyum. "Kalau Mukhriz datang sini, memang mereka berdua begitu. Datang ada lah nak masuk kedalam dulu."
Sarah ketawa kecil. "Mukhriz memang macam tu, kalau jumpa kawan lama kat tepi jalan, kat sana juga diorang bercerita." Rozita turut ketawa. Kehadiran Mukhriz dan Mustapa meriuhkan lagi keadaan. Rozita memandang perut Sarah.
"Dah berapa bulan? Besar sangat ni." Sarah tersenyum. "Tengah tunggu due, tapi kaki ni gatal sangat nak berjalan juga." Rozita ketawa. Tingkat atas dipandangnya. "Mana anak bujang saya ni. Boleh juga kenalkam dekat anak dara awak tu."
Naura tersenyum kekok. Amboi, aku baru je datang rumah ni dah nak dijadikan menantu yee. "Abang, bawa dulu dia orang makan. Saya panggil anak awak tu dulu." Mustapa menoleh. Anggukan diberikan. "Mari lah kita makan. Banyak tu lauk kat atas meja."
Sarah dan Naura juga dipandang. "Sarah dengan Naura pun marilah." Mereka berdua mengangguk akur. Takkan nak geleng pula kan.
Naura dan Sarah memandang sesama sendiri. Kekok sangat sekarang ni. Nak nangessssss. Naura mendongak, Rozita yang baru sahaja turun diberikan senyuman. Dia duduk disebelah Mustapa. "Mana dia?"
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...