Naura memandang manusia yang lalu lalang dihadapan ruang kecemasan itu. Tahun ini, dia tidak boleh mengikuti apa-apa acara kerana bertugas untuk Bulan Sabit Merah atau pun lebih pendek dipanggil BSM.
Naura sudah berdiri ditepi balapan, bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yang pengsan atau berlakunya kecemasan. Topi yang terletak dikepalanya itu dibetulkan, panas lah hari ini. Dia tersenyum kearah Mira yang berjalan mendekatinya.
Satu kon aiskrim diserahkan kepadanya. "Mesti kau penat kan, nah penyelamat kau belanja" Naura memutarkan matanya. "Banyaklah penyelamat kau sana" Mira ketawa kecil. Naura menjilat aiskrim yang pantas sahaja mencair itu itu sambil memandang sekelilingnya.
Banyak yang sedang berlatih dan sudah bertanding untuk Kejohanan Sukan Tahunan ini. Panggilan dari seseorang membuatkan dia menoleh. Aiskrim kon itu diserahkan kepada Mira. "Kau pegang dulu"
Mira hanya mengangguk kemudian laju saja Naura berlari kearah orang yang memanggilnya itu. Seorang lelaki terduduk sambil memegang kakinya. Naura memandang lama lelaki itu, nampak sangat dia kesakitan.
Dia bercangkung ditepi lelaki itu. "Kau okay tak?" Laju sahaja lelaki itu menggeleng. "Kaki aku sakit" Naura mengangguk kecil kemudian dia memandang sekeliling. "Hairil!! Hairil!!" Jeritnya sambil melambai ke seorang lelaki yang memakai baju merah putih, sama sepertinya.
"Kau angkat dia, bawa pergi pondok." Hairil hanya mengangguk kemudian terus sahaja dia mengangkat budak lelaki itu. "By the way, comel kau pakai topi hari ni" Hairil tersenyum kearah Naura.
Tercengang sebentar gadis itu kemudian mengangguk. "Thank you." Budak lelaki yang diangkat Hairil itu tersengih seperti kerang busuk. "Sempat lagi, bang" Hairil berdehem kecil tapi bibirnya terlakar senyuman manis.
"Kau diam, kalau tak aku baling kau di tanah" budak lelaki itu ketawa kecil tapi dia menurut kata-kata Hairil. Tak sia-sia dia kena baling nanti. Naura menuju kearah Mira yang memegang aiskrimnya.
Mira tersengih kecil. "Aku ada makan sikit aiskrim kau, dia cair betul dah." Naura memutarkan matanya kemudian mengambil aiskrim itu dari tangan Mira. "Tak tahu lah nak cakap terima kasih ke apa"
Mira ketawa kecil tapi mereka menoleh apabila suara mc kedengaran. "Acara seterusnya, larian lima ribu lelaki A akan berlangsung sebentar lagi. Pasukan BSMM sila ambil tempat." Aiskrim yang sudah habis itu diberikan kepada Mira.
"Tolong buang eh, love you" Naura ketawa kecil kemudian terus berlari ketempat yang sudah ditetapkan untuknya. Digarisan permulaan. Empat orang BSMM juga turut berada disitu. "Aku jaga rumah sukan Bleu. Tina, kau jaga rumah sukan Rouge. Kau, siapa nama kau ni, Qai jaga rumah sukan Vert. Naura jaga rumah sukan Violet. Okay?"
Naura mengangguk faham kemudian memandang kearah pelajar lelaki yang sudah sedia ditempat mereka. Tiba-tiba sahaja dia teringat tentang Aryan. "Aryan rumah apa eh?" Mungkin hanya dia sahaja yang mendengar suara itu.
Dari hari pertama sukan, dia langsung tak ada nampak Aryan. Mungkin sibuk menjaga sekolah kot, maklumlah ketua pengawas. Dia memandang kearah pelajar lelaki yang memakai baju sukan berwarna ungu.
Pelajar yang perlu dibantunya nanti. Pistol ditembak membuatkan semua pelari memecut dibalapan itu. Naura memandang kearah lelaki yang memakai baju ungu dia, dia cuma berlari perlahan, tidak seperti yang lain.
Bila lelaki itu mengangkat wajahnya, Naura tersenyum kecil, Aryan. Selepas beberapa pusingan, yang lain sudah mulai semput dan Aryan pula yang mulai memecut. Mereka yang lain sudah bersorak untuknya.
Eleh, tak ada kawan konon. Peminat ramai pula.
Aryan memecut sehingga kegarisan penamat dan ketika itulah semua bersorak riang. Naura berlari kearahnya dan menyerahkan tuala kering kepadanya. "Okay tak?" Aryan mengeluarkan ibu jarinya sambil tangannya mengelap peluh.
Naura tersenyum kecil. "Kaki aku jelah, ada sakit sikit" Naura memandang sekeliling tapi semua ahli BSMM sudah bersama dengan atlet mereka sendiri. "Boleh jalan tak?" Aryan mengangguk kecil.
"Boleh kot" Naura mengangguk kemudian dia menghulurkan tangannya kepada Aryan. "Jom, kita pergi pondok" Aryan mengangguk kemudian dia menyambut huluran itu.
Naura berjalan ditepi Aryan yang lambat berjalan itu. Belakang lelaki itu dipegangnya, takut gak dia jatuh nanti. Aryan ketawa secara tiba-tiba. Dia menoleh kearah Naura yang berada dibelakangnya.
"Aku tak rasa tangan kau tu membantu, Naura. Kalau kau peluk aku, mungkin membantu kot." Naura membesarkan matanya. Tidak percaya dengan apa yang baru keluar dari mulut lelaki itu.
Naura menolak tubuh Aryan membuatkan lelaki itu terjatuh. Nasib dah sampai kat pondok. Melihat Aryan mengerang kesakitan laju sahaja Naura mendekatinya kemudian dipukul bahu lelaki itu. "Lain kali, mulut tu jaga sikit"
Aryan ketawa kecil. "Terlepas" Naura memutarkan matanya kemudian dia berjumpa dengan orang yang bertugas dipondok itu untuk memberitahu tentang Aryan. "Kau duduk sini diam-diam"
Aryan memandang tubuh kecil yang menjauhinya itu. "Aku macam dah kenal kau lama Naura" sendirian dia berkata kemudian tersenyum senget sendiri. Dia mengeleng-geleng apabila merasakan dirinya seperti orang yang sudah angau.
🖤
Rumah itu bergegar kuat. Naureen memandang kearah Bondanya yang sudah memeluknya kuat. Naureel juga turut ada berdekatan dengannya. Pintu rumah mereka diketuk kuat membuatkan Nenek Lily membuka pintu itu.
"Apa hajatmu kemari?" Beberapa orang lelaki yang berbadan sasa, tiga orang wanita yang berwajah putih dan seorang lelali yang berbadan besar berada dihadapan rumah mereka.
Wanita yang memakai baju biru berkilau itu melangkah masuk kedalam rumah. "Kami sudah mendapat tanda yang Puteri kerajaan kami sudah dibangkitkan. Dimanakah dia sekarang?"
Naureen memandang Emily yang berdiri tegak. "Puteri kerajaanmu akan datang tiga hari lagi. Bolehkan engkau memberi masa kepada kami untuk bersamanya?" Wanita itu memandang tepat kearah Naureen.
"Adakah dia Puteri Rozazel?" Pandangannya beralih kepada Emily. Perlahan Emily mengangguk. "Keputusan ditangan tuan puteri, kami hanya menurut perintah" wanita itu menunduk dihadapan Naureen.
Naureen yang masih tidak faham tentang keadaan ini memandang kearah Emily. Emily pula memberi isyarat kepada Naureen agar setuju. Tangan wanita yang menunduk itu dihalakan kepada Emily membuatkan Emily berpaling dari Naureen.
"Maaf, tapi tiada hasutan dari pihak luar" Naureen mengeluh perlahan sebelum mengangguk. "Sila berikan saya sedikit masa, selepas tiga hari datang lah kemari kembali dan aku akan menyertaimu"
Wanita itu mengangguk kemudian mendongak kembali. "Patuh perintah, tuanku." Dia kemudian keluar dari rumah kemudian mulutnya berkumat kamit membaca sesuatu. Dalam sekelip mata, mereka semua hilang dari pandangan.
Jampi yang dikenakan terhadap Emily juga turut terbatal. Naureen menyilangkan tangannya kedada. "Bolehkah kamu memberitahu apa yang terjadi sebenarnya?" Emily mengeluh.
"Bangun Rara, pagi dah ni"
Naura membuka matanya laju. Terkejut memandang kearah Sarah yang sudah berada dihadapan mukanya. "Kata nak jalan hari ni" Naura tersenyum kecil. Baru dia ingat yang hari ini dia sudah berjanji dengan Sarah untuk menemaninya jalan.
Ditempat kerja Sarah, mereka akan membuat jamuan. Oleh sebab itu, Sarah mengajak Naura untuk menemaninya mencari baju. Naura mengangguk. "Aunty tunggu kejap, Naura pergi bersiap dulu"
Sarah mengangguk kemudian terus keluar dari bilik itu. Naura pula mengeluh, mengingatkan mimpinya itu. Dia sudah tidak berasa selesa dengan mimpi yang kerap dialaminya itu.
Dia memandang semula kearah pintu. Naura berdiri tegak kemudian beralih kepada almari bajunya. Satu persatu baju dilihat sehingga menemui baju yang sesuai untuknya hari ini.
Naura masuk kedalam bilik air untuk membersihkan tubuhnya. Sebenarnya, dia agak malas untuk berjalan hari ini, tapi Sarah sudah mengajaknya. Rezeki jangan ditolak.
🖤
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Viễn tưởng[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...