Naura mengeluh penat. Dahinya yang penuh dengan peluh itu dilap. Sekitar dewan itu sudah penuh dengan hiasan. Sekali pandang memang seperti dewan yang kelihatan sangat mewah. Naura tersenyum puas, seperti apa yang dirancangnya.
Mereka yang lain turut terduduk disitu. Mira menepuk bahu Naura. "Weh, aku bangga lah. Aku dapat urus semua ni." Naura mengangguk. Mereka yang lain sudah mengeluarkan telefon untuk mengambar sekitar dewan itu.
Kemunculan Cikgu Fauziah membuatkan mereka semua yang berbaring terduduk. Cikgu Fauziah tersenyum ramah. "Wah, terbaik lah korang. Cikgu puas hati!" Semua pun sudah tersenyum bangga.
"Semua ni atas jasa Naura dengan Mira lah cikgu. Kalau cikgu suruh kami hias tanpa rancangan confirm kelaut semuanya." Mereka mengangguk. Cikgu Fauziah turut mengangguk. "Baiklah, sebagai ganti untuk kepenatan kamu selama 4 hari ini, kelas kamu esok akan dibatalkan."
"Kamu sahaja ya, pelajar lain akan terus belajar." Mereka mengangguk. Cikgu Fauziah menilik jam yang terlilit ditangannya. "Baiklah, sekarang sudah pukul 10 malam. Kamu semua boleh duduk disini dahulu. Pastikan pukul 11 sudah masuk kedalam bilik ya."
Mereka mengangguk. Pelajar yang lain sudah masuk kedalam bilik mereka. Ketika itu hanya mereka sembilan sahaja duduk disitu. "Weh, aku nak makan ayam goreng lah." Rungut Syafikah membuatkan mereka tergelak. "Banyaklah ayam kau, tunggu je esok."
Naura tergelak. "Aih, Hakim je yang tak ada kat sini. Kalau tak, boleh juga kita banggakan nama Coraźon." Mikael mengangguk. Setuju dengan kata-kata Aisyah. "Kenapa mamat tu hah? Gedik je aku tengok, macam dia ada benda tak puas hati dengan Naura."
Mereka semua memandang Naura. Naura yang sedang mendengar cerita mereka itu terkejut. Eh eh, borak-borak nama aku pula disebut. "Apa?" Mereka memandang Faira semula. "Kenapa pula kau kata macam tu?" Faira menjongketkan bahunya.
"Lepas dia selalu lepak dengan geng Asyraf tu, dah macam bodoh je aku tengok." Naura terdiam. Lama dah dia tak dengar nama itu. Jumpa apatah lagi. Dia terlalu sibuk kebelakangan ini.
"Naura." Panggilan dari Aryan membuatkan dia menoleh. "Kau tengok-tengokkan phone aku kejap. Aku nak ke tandas." Naura mengangguk. Pelik sungguh dia dengan lelaki itu. Selalu sangat pergi tandas.
"Naura." Sekali lagi namanya dipanggil membuatkan dia menoleh. "Kau masih lagi ke dengan Asyraf tu?" Soalan daripada Faira membuatkan Naura menjongketkan bahunya. "Entah, tapi aku ingat nak break lah dengan dia."
Hairil terdiam. Dari tadi dia hanya mendengar tanpa melihat mereka. Wajah Naura dipandangnya seperti mahu tembus. "Kenapa?" Naura menjongketkan bahu. "Aku rasa aku tak suka dia pun"
Mereka terdiam. "Tak suka?" Naura angguk. "Ya, aku rasa dari dulu aku bukannya suka dia. Aku cuma rasa berterima kasih kat dia sebab selamatkan aku." Naura mengeluh. "Tapi, aku salah sangka dengan perasaan aku sendiri. Aku fikir aku suka dia, tapi sebenarnya tak."
Kehadiran Aryan membuatkan dia menoleh. Telefon lelaki itu diserahkan kepadanya. "So, that mean kau tak suka dia dari awal lagi?" Naura angguk membuatkan Faira mengeleng. "Rupanya kau ni pemain hati lelaki pula kan." Bergema tawa mereka ketika itu.
Faira bertepuk tangan dengan Mikael. "Cun ayat kau!" Naura mencebik. "Mana la aku tahu, aku just ikut kata hati aku." Mereka terdiam. Aryan menghulurkan telefonnya. Telefon itu diambil kemudian dipandangnya apa yang ada diskrin.
Satu video.
"Video tu aku yang hantar kat Aryan, and aku rasa kau patut tengok kot." Naura menelan liur. Video itu kelihatan seperti seseorang yang dikenalinya. Butang play ditekan.
"Hai sayang, lama tak jumpa you." Suara lelaki kedengaran. Naura terdiam. Suara itu, dia kenal. Gelak tawa seorang wanita pula kedengaran. "You ni Asyraf, suka sangat buat macam tu. Malu lah I." Naura terdiam. "Sebab ni I suka you, Rina. Bukan macam Naura tu, jual mahal."
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...