Naura keluar dari dalam bilik selepas siap bersiap. Dia memandang kearah Mukhriz yang duduk diruang tamu bersama dengan Sarah. Mukhriz membelek tabletnya manakala Sarah pula membelek telefonnya.
Televisyen yang terpasang langsung tak dilihat. Naura mengambil alat kawalan jauh kemudian dia duduk dihadapan televisyen. "Eh, Naura. Mari la kita pergi." Naura menoleh kearah Sarah yang sudah mengemaskan dirinya itu.
Naura tersenyum kemudian dia juga turut berdiri. Baru sahaja dia mahu menyalam Mukhriz, lelaki itu sudah menegur tentang telefonnya. "Eh, Naura. Bila beli phone tu?" Naura tersengih.
"Hari tu Naura rosakkan phone Naura yang lama. So, kawan Naura yang baik tolong belikan. And dia bagi free, senang cerita ni hadiah lah." Mukhriz mengeluh kemudian mengangguk. "Yelah"
Naura memberikan 'flying kiss' kepada Papanya itu kemudian dia keluar dari rumah. Kasut converse hitam menjadi pilihannya. Dia berlari masuk kedalam kereta. Kelihatan Sarah sudah bersedia untuk bergerak.
Mereka keluar dari perkarangan rumah dan kereta itu mulai membelah jalan menuju ke destinasi mereka. "Aunty, kita nak pergi mana je ni?" Sarah tersenyum lebar. "Banyak kita nak buat hari ni, tapi jangan risau. Ibu belanja."
Naura tersenyum lebar. Siapa tak suka kena belanja kan? Dia mengeluarkan ibu jarinya sambil tersenyum lebar. Telefonnya dibuka membuatkan beberapa whatsapp masuk.
Dia hanya membaca dari notification, tetapi langsung tidak membalas. Malas sangat tu. Mereka berhenti disatu butik pakaian. Sarah tersenyum kearah Naura. "Tempat pertama kita"
Naura memandang kearah butik itu kemudian mengangguk kecil. Dia keluar dari kereta kemudian terus masuk kedalam kedai itu. Sarah masuk kedalam kemudian ditegur oleh salah seorang pekerja dibutik itu.
Seorang lelaki yang memakai pakaian seperti wanita itu menghampiri. Diwajahnya terpamer riak gembira. "Oh my god, baby Sarah dah datang balik lah. Kali ni you nak apa dari butik ni? I sebagai pekerja terlama disini bagi diskaun kat you"
Naura menahan senyum memandang lelaki dihadapannya ini. Sejak dia lahir, dia tidak pernah lagi berjumpa dengan makhluk dua alam seperti ini. Lelaki itu memandang kearahnya kemudian beralih kepada Sarah semula.
"Adik you ke ni? I tak pernah nampak pun." Sarah ketawa kecil sambil mengeleng. "Tak lah, ini anak aku lah" lelaki itu ketawa kecil tetapi bahu Sarah dipukulnya. "Lawak lah you ni, tak sampai satu tahun kahwin dah ada anak besar macam ni. Ke you mengandung sorok-sorok ni, tak pernah pun I nampak perut you besar."
Kali ini terlepas tawa dari Naura. Sarah juga ikut ketawa dengan gelagat kawannya itu. "Sayang, ini anak tiri aku lah. Kan suami aku tu dah ada anak dara dah." Tertawa lelaki itu dibuatnya. Dipukulnya lagi bahu Sarah.
Mulutnya ditutup ketika ketawa. "Oh my god, I lupa lah. Hai, panggil I, Sayang." Naura mengerutkan keningnya sambil tersenyum kecil. Sarah ketawa sambil mengeleng-geleng. "Jangan tertipu Rara, nama dia Faizal tu"
Tajam sahaja lelaki itu memandang kearah Sarah membuatkan wanita itu tersengih sambil membuat isyarat menzip mulutnya sendiri. Naura tersenyum sambil mengangguk. Sayang pun, sayang lah.
Sayang memandang kearah Naura. "You duduk kat sini ye, I bawa mummy you fitting baju. Duduk diam-diam tahu. Jangan lari, nanti penat kitorang nak cari budak hilang" sekali lagi Sarah ketawa sambil memukul bahu Sayang.
"Sayang, anak I dah 17 lah. You cakap macam dia baru 7 tahun" Sayang hanya mengangkat bahunya kemudian dia terus berjalan lenggang lenggok kedalam lagi butik itu. Sarah hanya mengeleng kemudian beg tangannya diletakkan disebelah Naura.
"Naura tunggu kejap ye." Naura membuat jari okay. "Kalau lama pun, Naura faham gak." Mereka ketawa lagi sekali kemudian Sarah terus mengikut langkah Sayang sebentar tadi.
Naura membuka telefonnya, membalas semua whatsapp yang dihantar kepadanya. "Hello, boleh tanya tak?" Suara seseorang membuatkan Naura menoleh. Dia memandang kearah punca suara itu kemudian tersenyum kecil.
"Ya?" Wanita yang agak berusia itu tersenyum. "Sayang ada kat mana sekarang?" Naura memandang kearah Sarah yang masih berada didalam. "Dia ada kat dalam, dengan customer" wanita itu mengangguk kemudian berjalan menuju ketempat Sarah dan Sayang pergi tadi.
Baru sahaja dia mahu membalas semua pesanan, pintu dibuka lagi membuatkan dia menoleh. Terserlah wajah kacak seorang lelaki yang agak dikenalinya. Naura tersenyum kecil. "Hairil"
Hairil memandang kearahnya kemudian sebelah tangan yang dimasukkan kedalam seluar itu dikeluarkan. Dia melambai kearah Naura. "Kau ada nampak tak mak aku masuk tadi?"
Naura memandang kearah wanita itu berjalan tadi kemudian mengangguk. "Yang pakai jubah maroon tu ke?" Hairil mengangguk membuatkan Naura menghulurkan jari telunjuknya kearah yang betul.
Hairil hanya mengangguk kemudian dia duduk dikerusi yang ada disebelah Naura. "Kau teman mak kau ke?" Hairil mengangguk kecil membuatkan Naura tertawa kecil. "Auw, so sweet!!"
Hairil ketawa kecil. "Aku kan manis sentiasa." Naura tersenyum. "Kau pun teman mak ke?" Naura hanya terdiam. Tidak angguk, tidak geleng. Kemunculan Sarah bersama baju ditangan membuatkan dia berdiri.
Naura tersenyum kearah Hairil. "Yes, with my mom" dia berdiri disebelah Sarah. Wanita itu turut memandang kearahnya. Hairil berdiri sambil tersenyum mesra. Sarah memandang kearah Hairil. "Kawan Rara ke?"
Perlahan Hairil angguk membuatkan Sarah tersenyum. "Kitorang terpaksa jalan dulu ye, jumpa lagi" Hairil hanya mengangguk kemudian duduk kembali ditempatnya. Naura mengejar Sarah yang sudah membuka pintu kereta.
Dia duduk disebelah wanita itu kemudian sambung membuka telefonnya. "Lepas ni kita enjoy!" Sarah tersenyum riang kemudian dia mulai menggerakkan kenderaan. Mereka mengelilingi satu bandar.
Bermula dari makan direstoran, kemudian mereka pergi bermain boling, selepas itu mereka pergi membeli baju di shopping komplex. Dan sekarang, mereka berada di tasik yang mempunyai taman disitu.
Naura ketawa sambil menjilat aiskrim yang hampir cair itu. "Papa Rara sampai terjatuh tau, nak kejar Ibu yang tengah merajuk" Sarah mengeleng-geleng. Berasa lucu dengan kenangan yang pernah dia lalui itu.
Mereka diam seketika sehingga Sarah memanggil Naura. Dia menoleh memandang kearah wanita yang sudah kelihatan serius itu. "Rara betul-betul maksudkan ke tadi tu?" Naura terdiam sebentar.
Mengingatkan apa yang sudah dia perkatakan hari ini. "Yang mana eh?" Sarah tersenyum kecil. "Yang kat butik tu" Naura tersenyum kecil apabila teringat semula. Dia mengangguk, mengiyakan.
Sarah tersenyum kecil sambil air matanya mengalir keluar. Tubuh Naura dibawa kedalam pelukan. "Thank you Rara" semakin kuat tangisannya membuatkan Naura berasa janggal.
Well, pregnant mommy.
Bunyi deringan telefon Sarah membuatkan pelukan terungkai. Panggilan itu dijawabnya. "Yee, kejap lagi kitorang balik" Sarah memandang kearah Naura. Dia membuat gerak mulut, 'papa' membuatkan Naura mengangguk.
Naura menadahkan tangannya meminta telefon itu. Apabila sudah diserahkan kepadanya, suara bising Papa sudah kedengaran. "Berapa lama lagi korang nak jalan tu?"
"Kejap lah Papa, kitorang enjoy dulu" kedengaran bunyi keluhan Mukhriz disana membuatkan Naura tersengih. "Kitorang balik lambat hari ni ye, jangan cari kitorang, Papa makan lah dulu"
Terus sahaja panggilan ditamatkan olehnya. Naura ketawa kemudian dia bertepuk tangan dengan Sarah. "Good Naura" Naura tersenyum sumbing. "Well I'm the baddast here"
🖤
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...