04

67 10 0
                                    

Rambut panjangku, aku ikat kuda. Baju uniform sekolah yang sudah tersarung ditubuh aku kemaskan lagi dannn siap! Aku tersenyum lega apabila aku sudah kelihatan kemas. Beg yang ada diatas meja belajar aku ambil.

Aku turun kebawah dimana mereka semua sudah mulai bersarapan. Aku meletakkan beg disebelah tempat aku duduk kemudian sekeping roti bakar aku ambil. "Rara, hari ni Ibu yang hantar Rara eh" ujar Papa membuatkan aku hanya mengangguk.

Selepas menghabiskan sekeping roti dan secawan nescafe aku bergerak menuju ke rak kasut. Kasut sekolah aku yang berwarna hitam diambil. Sekejap saja, kaki aku sudah tersarung didalam kasut itu.

Papa yang juga mahu bergerak ke pejabat aku tuju sebelum tangannya aku ambil kemudian disalam. Papa tersenyum kemudian ubun-ubun aku diciumnya. "Belajar baik-baik eh. Jangan nakal-nakal kat sekolah baru."

Aku memutarkan mata aku. "Pa, Rara dah 17 tahun dah pun. Papa nasihat macam Rara 7 tahun." Papa ketawa kecil mendengar bebelan aku itu. Aku masuk kedalam kereta milik Aunty Sarah.

Kelihatan wanita itu sedang bermain dengan telefonnya. Melihat aku sudah masuk kedalam kereta, dia tersenyum kearah aku kemudian telefon itu disimpannya. "Jom" ujarnya sambil memakai tali pinggang keledar.

Aku juga turut memakainya dan sepanjang perjalanan itu kami hanya senyap. Perjalanan kesekolah baru aku ni sepertinya lebih jauh apabila bersama dengan Aunty Sarah. Kekok giler weh.

"Mama Rara mesti cantik kan?" Soalnya tiba-tiba membuatkan aku menoleh. Dia juga turut menoleh kearah aku sekilas. Perlahan aku angguk. "Bagi Rara, memang mama lah wanita paling cantik yang Rara pernah jumpa"

"Biarpun sekejap" sambungku tetapi lebih perlahan. Aunty Sarah tersenyum hambar. "Rara masih tak boleh terima ibu jadi keluarga Rara ke?" Soalnya membuatkan aku terdiam sebentar.

Aku mengeluh kecil. "Rara dah terima Aunty jadi keluarga Rara dari awal lagi. Tapi, Rara cuma tak boleh terima Aunty jadi Mama Rara. Bagi Rara, tiada siapa yang boleh ganti Mama Rara. Termasuk Aunty."

Aku boleh lihat satu senyuman terbit dibibir wanita itu. "Takpa, ibu bukannya nak ganti tempat Mama Rara, cuma ibu nak bagi Rara kasih sayang seorang ibu. You know, that what your father want me to do"

Aku hanya diam. Tidak tahu mahu membalas apa lagi. Dan aku juga malas mahu berbalas kata dengan wanita itu. Aunty Sarah berhenti dihadapan pagar yang 5 kali lebih tinggi, dan 10 kali lebih lebar daripada kereta ini

Dipagar itu, mempunyai satu logo besar yang membentuk huruf C. Aunty Sarah memasukkan kad didalam satu mesin kemudian pagar itu perlahan-lahan terbuka dengan sendirinya. Aku agak terkejut dengan sekolah ini.

Boleh dikatakan, jakun. Aku memandang Aunty Sarah yang sudah berhenti dihadapan satu ruang yang agak luas. Diatasnya tertulis 'Welcome to Coraźon Highschool'. Aku membuka tali pinggang keledar kemudian beg sekolah, aku sangkut dibelakang.

"Lepas ni, Rara pergi pejabat guru and jumpa dengan Cikgu Farah" ujarnya sambil membaca didalam telefonnya. "And lepas tu, Cikgu Farah tu akan bawa Rara pergi kelas" ujarnya kemudian telefon diletakkan kembali.

Mungkin membaca maklumat yang baru dia beritahu sebentar tadi. Aku hanya mengangguk dan baru sahaja aku mahu keluar, Aunty Sarah memanggil aku sekali lagi. "Nanti balik ibu ambil Rara eh. Nanti ibu call." Aku hanya mengangguk faham kemudian terus keluar dari kereta.

Baru sahaja mahu menutup pintu, aku menoleh kearahnya. "Thank you hantar Rara" ujarku kemudian terus menutup pintu itu. Tanpa menoleh, aku terus sahaja berjalan mengikut petunjuk arah yang ada disana.

Pejabat guru, tingkat 2. Aku hanya menggunakan tangga untuk menuju ke pejabat guru itu. Sampai disatu koridor, aku berjalan perlahan untuk mencari destinasi aku. Nampak saja tempat yang betul, terus sahaja aku tersenyum.

Pintu itu aku ketuk kemudian tombol pintunya aku pulas. Beberapa orang guru memandang kearah aku membuatkan aku tersenyum. "Err, Cikgu Farah ada?" Soalku membuatkan mereka menoleh sesama sendiri.

"Murid baru eh?" Soal seorang guru wanita membuatkan aku mengangguk laju. "Ouh, Cikgu Farah bukan kat sini. Dia kat pejabat guru 2." Aku tersenyum kekok apabila sedar yang aku sudah melakukan kesilapan pertama disekolah ini. "Terima kasih cikgu"

Dia hanya mengangguk kemudian, aku terus menutup pintu itu. Yelah, ada tertulis 'bilik pejabat guru I' disitu. Aku menampar dahiku kemudian teruskan berjalan sehingga terjumpa dengan 'bilik pejabat guru II'.

Berkali-kali aku baca sehingga aku dapat pastikan itu ialah bilik yang betul kemudian baru aku buka. Seperti tadi, semua guru memandang kearah aku. Aku tersenyum ikhlas kearah mereka. "Cikgu Farah ada?" Soalku membuatkan seorang guru berdiri. Dia memakai cermin matanya kemudian memandang kearah aku.

"Naura Nabella?" Aku mengangguk kecil membuatkan dia tersenyum. "Sini" ujarnya membuatkan aku bergerak kearahnya. Guru yang lain juga sudah membuat kerja mereka sendiri. "Lambat kamu ya"

Aku tersenyum kecil. "Sesat kejap cikgu" dia hanya mengeleng-geleng kemudian satu tag diberikan kepada aku. "Jaga benda ni baik-baik. Kalau hilang kena denda tahu. And, dikelas tu kamu ambil aliran sastera. So, sekarang kita pergi kelas kamu."

Aku hanya mengangguk sebelum tag itu aku sangkut dileher. Kami berjalan menuju kesatu arah yang kelihatan lebih mengelirukan bagi aku. Sekolah lama aku pun, tak ada lah sampai macam ni sekali.

Aku berjalan mengikut langkah Cikgu Farah yang berada dihadapan aku sehingga kami sampai disatu kawasan yang kelihatan sungguh menenangkan. Dua bangunan mengelilingi satu taman yang ditumbuhi dengan pokok yang dijaga rapi.

Aku sedikit terpesona dengan pemandangan itu sehingga terlupa akan kewujudan Cikgu Farah. Laju sahaja aku mengikut langkahnya kembali dan kami berhenti didepan kelas yang pintunya tertutup.

Cikgu Farah menekan loceng yang ada diluar kelas itu kemudian pintu terbuka dengan sendirinya. "Maaf ya cikgu" ujar Cikgu Farah kepada guru yang ada didalam itu. Guru itu hanya mengangguk membuatkan Cikgu Farah memandang seisi kelas.

"So, seperti yang kamu tahu. Ni budak baru yang masuk kelas kamu hari ni. Nama dia Naura Nabella, so tak perlu sibuk-sibuk tanya nama dia lagi" ujar Cikgu Farah agak tegas. Aku menelan liur dengan cara Cikgu Farah bercakap. Garang bak hang.

"Naura, kamu duduk kat belakang Mira. Kat sebelah kamu tu ada orang, jadi jangan nak buat dua meja tu jadi tempat kamu eh." Ujarnya membuatkan aku hanya mengangguk. Aku menoleh memandang mereka semua dan aku tersenyum apabila seorang gadis mengangkat tangannya.

Aku berjalan kearahnya sambil tersenyum. "Mira eh?" Soalku dan dia hanya mengangguk. "Selamat berkenalan, Naura." Ujarnya membuatkan aku tersenyum. "Jadi, itu sahaja. Terima kasih cikgu." Ujar Cikgu Farah kepada guru tadi dan terus keluar.

Aku memandang kearah meja yang ada disebelah aku. Kosong tapi ada beg disitu. Aku hanya menjongketkan bahu kemudian terus memandang kehadapan. "Psst, psst"

Panggil seseorang dari tepi membuatkan aku menoleh. Seorang gadis yang berpipi tembam tapi mempunyai badan yang kecil tersenyum kearah aku. Tangannya dihulurkan. "Nama aku Zulaikha, boleh panggil Ikha"

Aku tersenyum kecil kemudian menyambut hulurannya itu. "Naura" jawabku membuatkan dia tersenyum. Dia memandang kehadapan semula membuatkan aku juga turut melakukan sebegitu.

Aku lihat sekeliling dan sepertinya mereka mengeluarkan buku untuk menyalin sesuatu yang aku tidak tahu. "Naura, salin soalan didepan dan buat karangan kamu sendiri" ujar Cikgu yang ada didepan membuatkan aku hanya mengangguk.

"By the way nama cikgu, Cikgu Mazni." Sambungnya dan aku hanya mengangguk lagi. Selepas menyalin soalan dari depan, terus sahaja aku memulakan untuk membuat karangan. Senyap giler yoo kelas ni.

🖤

PLASTIC MEMORIES Where stories live. Discover now