Aku masih lagi berfikir peribahasa apa yang patut aku masukkan kedalam perenggan penutup karangan aku ini. Baru sahaja aku mahu menulis kerana idea sudah sampai tapi bunyi loceng membuatkan aku terhenti.
Aku mencarut didalam hati kerana idea aku itu seperti berlian tetapi terbang begitu sahaja. Tanpa membuang masa, aku masih lagi menunduk memikirkan apa peribahasa aku sebentar tadi yang sudah terbang melayang.
Aku tersenyum apabila ingatan aku pulih semula. Peribahasa 'bagai aur dengan tebing' menjadi pilihan aku untuk karangan tentang kerjasama sesama rakyat ini. "Cikgu dengar kamu dah jadi Ketua Pengawas kan Aryan. Tahniah ye"
Kata-kata dari cikgu membuatkan aku menoleh memandang lelaki yang bernama Aryan itu. Lelaki yang membuatkan idea aku terbang sebentar tadi. Aku memandang kearahnya membuatkan dia memandang kearah aku kembali.
"Murid baru ke duduk sebelah saya tu cikgu?" Soalnya membuatkan Cikgu Maz mengangguk. "Ye, baru je masuk tadi. Waktu pelantikan kamu." Dia hanya mengangguk.
Cikgu Maz turut mengangguk membuatkan aku menoleh kearahnya yang berjalan mendekati aku. Seperti aku pernah lihat wajah ini. Dia berhenti dihadapan aku membuatkan aku menelan liur.
Tiada riak wajah yang dipamerkan olehnya tapi aku boleh nampak wajahnya yang agak putih itu bertukar merah. Lama kami bertentangan mata sehingga aku tersenyum hingga menampakkan lesung pipit. "Hey" ujarku baru mengingat wajahnya. Lelaki yang tolong bayarkan kitkat aku !
Dia hanya tersenyum kemudian duduk disebelah aku. Aku juga turut berdiam diri tapi earphone aku masukkan kedalam telinga dan aku letak kepala diatas lenganku. Sebab cikgu dah bagi kebenaran, siapa yang dah siap boleh tidur.
Dan aku pula jenis yang tak tolak rezeki.
🖤
Mataku terbuka perlahan memandang kearah lelaki yang baru sahaja aku jumpa baru-baru ini. Dan, secara tidak sengaja dia sudah menjadi rakan sekelas aku. Benda ni langsung tidak terlintas difikiran aku.
Lama aku lihat lelaki yang berada dihadapan aku sekarang ini. Keningnya yang tebal, bulu matanya yang melentik dan rambut tebalnya yang berwarna coklat apabila terkena sinaran matahari itu membuatkan aku tersenyum kecil.
Aku mengangkat kepala aku apabila bunyi kerusi semakin kuat. Aku memandang kearah lelaki yang duduk disebelah aku ini. Dia masih lagi duduk ditempatnya sambil membaca buku yang agak tebal.
Mata aku beralih pula kepada Mira dan Ikha yang sudah tersenyum dihadapan aku. "Jom, rehat!" Ajak mereka membuatkan aku mengangguk. Meja itu aku kemaskan sebelum mengikut mereka dari belakang.
Sempat lagi aku menoleh kearah lelaki itu dan ketika itu mata kami bertaut erat. Dia memandang kearah aku seperti ada suatu rahsia diantara kami yang tersembunyi didalam dirinya. Aku berdehem dan memandang kehadapan semula.
Kitkat yang ada ditangan itu aku buka plastiknya. Kemudian aku patahkan dua seperti yang ada didalam iklan. Sudah menjadi tabiat aku untuk mematahkan kitkat sebelum memakannya.
Entah mengapa, tapi aku suka sangat kat kitkat ni. Aku seperti sudah ketagih dengan kitkat ni. Setiap hari, aku kena makan sekurangnya satu plastik kitkat. Pelik bukan? Bila teringat sesuatu, aku memandang kearah Ikha dan Mira yang sedang bergaduh tentang kelazatan menu mereka.
Mira mengatakan bahawa mee goreng seafood yang paling lazat pada hari itu, berbeza pula dengan Ikha yang mengatakan bahawa mee goreng ayam yang paling lazat. Aku mengerutkan dahi, bukankah kedua-duanya masih sama.
Masih juga mee goreng buatan kafeteria ini. Aku mengetuk meja itu menggunakan kuku aku yang tumpul ini membuatkan mereka berdua menoleh. "Kenapa Naura?". Aku tersenyum kecil. "Takde pape, cuma nak tanya sikit"
Tiba-tiba mereka memandang kearahku seperti tiada apa yang berlaku diantara mereka sebentar tadi. "Siapa duduk sebelah aku tadi? Kenapa aku rasa dia macam, pelik?" Soalku membuatkan mata mereka berdua membesar.
Ikha menarik aku mendekati mereka kemudian berbisik "kita kena cakap perlahan tentang benda tu". Aku hanya menjongketkan bahu, ikutkan sahaja apa yang mereka mahu.
Mira mula memandang sekeliling. "Nama dia, Tengku Aryan bin Tengku Mustapa. Bapa dia tu, pengeluar dana terbesar sekolah ni" ujarnya agak perlahan. Aku hanya mengangguk-angguk. "Macam yang kau cakap, ya dia pelik sikit" aku mengerutkan keningku.
"Macam mana pelik dia tu? Pelik yang tetiba hentak kepala kat dinding ke?" Laju sahaja mereka berdua geleng. "Taklah pelik sampai macam tu sekali, dia ni suka sangat bersendiri" jawab Ikha pula. Aku mengangguk faham.
"Kalau kau nak tahu, kau lah orang pertama yang duduk sebelah dia. Selama ni, tak pernah ada yang berani langsung. Kalau ada, diorang akan minta tukarkan tempat." Aku mengangguk membuatkan Ikha memandang kearah Mira. "Bukan sebab diorang tak suka duduk dengan dia. Siapa tak suka duduk sebelah mamat hensem?"
"Tapi, berdasarkan penyelidikan, dia ugut pelajar tu. Kalau diorang tak minta pindahkan tempat duduk dia akan buat sesuatu." Aku hanya mengangguk-angguk. Pelik tapi baik. "Tapi, dia bukan macam hero yang selalu ada dalam novel. Heronya dingin, beku tapi bila jumpa heroin terus lembut. No, dia bukan macam tu"
"Sebab?" Soalku agak mendesak. Ikha cerita separuh-separuh, aku tekanan tahu. "Sebab, dia belum jumpa jodoh" jawabnya membuatkan aku memutarkan mata. Ikha ketawa berdekah bersama Mira disebelahnya, kemudian mukanya berubah serius kembali.
"Tapi bahagian paling sedih ialah dia tiada kawan kat sekolah ni" ujarnya membuatkan aku terdiam seketika. "What? Tiada kawan? Tipulah, sekurang-kurangnya satu, mesti dia ada kawan punya"
Mira mengeleng. "No, semua orang pun mengelak dari dia. Boleh cakap sebab dia garang, tapi sebab utama ialah dia tidak mahu berkawan. Muka dia memang lah, hensem pandai bergaya dan terkenal, tapi dia tidak mahu ada kawan"
Aku sedikit terdiam dengan kata-kata mereka itu. Kenapa dia macam tu? Aku tahu, sekarang aku buat benda yang tak betul dengan mendengar tentang orang lain, dari mulut orang lain. Tapi, aku akan pastikan tentang hal ini.
Bunyi loceng membuatkan aku tersedar dari lamunan. Aku memasukkan baki kitkat kedalam mulut kemudian satu lagi plastik kitkat aku masukkan kedalam poket.
Kami kembali kedalam kelas dan aku masih nampak Aryan duduk disitu dengan bukunya sendiri. Sedikit demi sedikit aku mulai percaya dengan apa yang diceritakan oleh Ikha dan Mira. Dengan perwatakannya sebegini, boleh kata dia tak rehat tadi.
Aku duduk disebelahnya kemudian mencuri pandang kearah buku yang dibacanya. 'Mereka berlari masuk kedalam hutan' hanya ayat itu yang aku boleh baca sebelum Aryan menutupnya. "Tidak baik mencuri pandang hak milik orang lain"
Perlahan tetapi tegas suaranya membuatkan aku tersengih. Kitkat yang ada didalam poket, aku keluarkan. "Nah, makanlah. Aku terbeli lebih tadi." Kitkat itu aku tolak kepadanya. Lama dia memandang sambil menjongketkan keningnya.
Aku tersenyum kecil. "Anggap je sebagai tanda aku berterima kasih kau belanja aku hari tu"
🖤
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
פנטזיה[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...