26

36 11 0
                                    

Mereka semua keluar dari kelas itu sambil berbual bising. Semua pun lega dapat jawab semua soalan dengan baik. Ada juga yang sedang berbincang tentang soalan yang mereka tidak dapat jawap.

Naura pula hanya meregangkan tubuhnya. Matanya juga sudah layu, kerana menghabiskan masanya selama 2 jam untuk memandang kertas yang mungkin setebal cintaku padamu.

SIS MEROYAN

Dia memandang rakan-rakannya yang berbual disatu penjuru. Biarpun tulangnya seperti sudah terpatah 1000, tapi tetap juga dia melangkah kearah rakan-rakan tercinta. "Soalan nombor 71 aku ada stuck sikit. Confuse dengan nombor 6 ke 9 tu."

Suara Mikael itu membuatkan laju sahaja tangan Faira menampar kepalanya. "Kepala kau." Mikael ketawa dengan lawaknya sendiri. Mereka yang lain tidak melayan tetapi berbual benda lain. Kemunculan Naura membuatkan Mirza tersenyum.

"Naura, ruang bacaan tu memang lenggang macam tu ke setiap hari? Kau kan selalu stay kat sana dengan Aryan." Naura yang masih terkejut hanya mengangguk. "Tak lah setiap hari, tapi waktu upacara ni berlangsung memang lenggang lerh. Mungkin makan sorok-sorok kot."

Mirza ketawa. "Ada-ada je kau ni Naura. Tapi, kalau aku nak join belajar kat sana okay tak?" Naura juga ketawa dengan soalan Mirza. Mereka yang lain sudah mulai bercerita topik yang berbeza. Mungkin bosan mendengar kata-kata dan tawa daripada Mirza dan Naura.

"Kau tanya macam ruang bacaan tu bapa aku yang punya. Tapi, sebenarnya tak boleh." Naura ketawa lagi membuatkan Mirza juga turut ketawa. Tak semena-mena kepala mereka berdua dihempuk oleh Faira yang dari tadi berasa geram.

"Korang gelak lagi, aku hempuk lagi kepala korang." Ujarnya berbaur amaran membuatkan Naura terangguk-angguk. Seram pula Faira hari ni. Period kot. Dia menepuk bahu Mirza apabila sudah ternampak kelibat Aryan bersama Hairil.

"Aku cau luk." Mirza hanya mengangguk kemudian dia mendengar perbualan rakan mereka yang lain. Naura pula berjalan menuju kearah Aryan. Dia pelik lah, mamat ni macam dah semakin rapat dengan Hairil.

Mungkin betul apa yang Mirza kata tadi.

Dia menepuk bahu Aryan dan Hairil serentak. "Korang berdua ni gay ke?" Aryan hanya memandang kearahnya dengan pandangan pelik. Hairil pula cuba untuk menahan tawanya daripada terlepas. "Apa kau merepek ni Naura?"

Soalan daripada Aryan itu membuatkan Naura mencebik. Hairil yang masih menahan tawa itu berdehem. "Aku pergi dulu." Terus sahaja dia beredar dari situ tapi tawanya pula yang terlepas. Bukan alang-alang kelantangan suaranya.

Naura menarik lengan baju Aryan. "Jom, pergi ruang bacaan." Aryan pula hanya membiarkan tangan kecil itu menarik dirinya. Malas mahu bertengkar. Korang tak terkejut ke, ada orang muncul and tiba-tiba tanya yang korang ni gay.

Aryan mengeleng kecil. Risau dengan perangai yang semakin tak betul Naura ini. Mereka duduk ditempat biasa dan terus sahaja menyelak buku masing-masing. "Pelik lah." Suara Aryan yang tiba-tiba sahaja membuatkan Naura berpaling. "Apa yang pelik?"

Aryan juga turut memandang Naura. "Kau lah. Couple dengan Asyraf tapi selalu dengan aku. Bukanlah aku tak nak dengan kau, tapi tak ke pelik tu?" Naura terdiam sebentar. Seketika, dia menampar dahinya sendiri. "Astaghfirullah, aku lupa!"

Aryan mengerutkan keningnya. "Apa yang kau lupa?" Naura mengeluh kecil. "Sepatutnya waktu kita belajar tadi, aku patut rehat dengan Asyraf." Aryan mencebik. Soalannya hanya dibiar sahaja. Mereka diam lagi membuatkan kawasan itu sunyi seketika.

Kadang-kadang hanya suara pengawas ruang bacaan itu sahaja yang sayup-sayup kedengaran. "Naura." Aryan memanggil. Tapi matanya masih terkunci pada buku Romeo and Juliet yang masih belum habis dibacanya. Menghayati betul mamat ni.

PLASTIC MEMORIES Where stories live. Discover now