Lampu yang sudah bertutup itu menandakan yang mereka wajib untuk masuk tidur pada waktu ini. "Good night, girls" suara Faira yang sayup-sayup kedengaran itu membuatkan mata Naura membesar.
Dia memandang rakan-rakannya. Dia berdiam diri sebentar sehingga dirasakan rakan-rakannya itu sudah masuk tidur. Selepas 15 minit termenung, Naura berdiri. Kenapa 15 minit?
Dia pernah terbaca fakta yang manusia normal akan tertidur selepas 15 minit tanpa pergerakan. Tapi, Naura tidak pasti tentang fakta itu. Cuba sahaja kan? Naura bergerak kearah Aisyah.
Dia melambai dihadapan gadis itu. Apabila tiada tanda-tanda Aisyah masih tersedar, dia beralih pula ke rakannya yang lain. Apabila dipastikan mereka semua sudah tertidur, dia baring dikatilnya semula.
Telefonnya dihidupkan kemudian, salah satu nota yang tersimpan ditelefonnya dibuka. Tertulis sesuatu disitu membuatkan dia mengerutkan keningnya. Menyesal tak praktis dulu ayat ni.
Boleh dikatakan jampi untuk menjadi halimunan.
Dia mesti mengucapkan ayat itu dalam keadaan menutup mata. Mulutnya berkumat-kamit berlatih ayat itu. Telefon itu disimpan didalam poketnya. Matanya ditutup dan dia menuturkan kata-kata itu.
"Azada kadavza le expelianus." Lama dia memejamkan mata, tapi seperti tiada ada yang berlaku. Dia membuka mata. Dia duduk dikatilnya. "Eh, tiada jadi apa-apa pun."
Telefon yang diletakkan didalam poketnya itu diambil. Dibaca kembali ayat itu. "Betul lah." Naura mengeluh kecil. Botol air yang terletak disisinya dipandang. Ketika tangannya mencapai botol air itu, dia mengerutkan dahinya.
Kenapa tembus?
Lama dia memandang botol itu sebelum tersenyum lebar. "Yes! Jadi!" Naura tersenyum lebar. Terus sahaja dia tidak jadi untuk meminum air. Dia berdiri dihadapan pintu yang tertutup rapi itu.
Ketika dia mahu memulas tombol pintu itu, terus sahaja tangannya tembus kesebelah. Terbuka mulutnya sambil dia ketawa. "Oh my god, canggih gila!" Naura memandang dua orang lelaki yang menjaga dihadapan biliknya.
Mulutnya yang terbuka ditutup menggunakan tapak tangan. "Serius la diorang jaga setiap malam? Kalau Syafikah tahu ni, mesti heboh." Naura bertepuk tangan kemudian terus sahaja dia berjalan kearah peta sekolah mereka.
Jujur dia katakan, sejak dari hari pertama sekolah dia langsung tidak ingat jalan disekolah ini. Semua tempat pun dia hanya ikut Aryan sahaja. Satu-satunya tempat yang dia arif hanyalah tandas.
Satu keping gambar diambil kemudian dia berjalan lagi. Telefonnya dilihat. Berdasarkan buku ajaib yang dijumpainya itu, dia perlu ke bilik bersiram untuk mencari kunci itu
Dia berjalan lagi. Nota yang ada ditelefonnya itu dibuka. "Carilah tempat itu, dan dapatkan kunci disitu, dimana cahaya menyinar." Naura mengerutkan keningnya.
"Kenapa tak pergi terus bilik larangan tu? Bukannya orang nampak pun." Naura berjalan kearah kamar bacaan 1. Nafas ditarik panjang. Tangannya menolak pintu itu tapi terus sahaja dia tertolak kebelakang.
Mukanya berubah keruh. "Aduh, sakit punggung aku." Naura mencebik. "Kenapa tak boleh tolak pintu ni." Naura berdiri kemudian berjalan mengikut peta ditelefonnya itu. "Naura, kamu tidak boleh terus masuk kesana. Bilik itu sudah dikawal dengan jampi yang berkuasa. Dan, kamu memerlukan kunci itu, Naura."
Suara seseorang membuatkan dia memandang sekeliling. Weh, dia bukan ke halimunan sekarang? Naura mengosok lengannya kemudian terus sahaja dia berjalan mengikut peta yang baru sahaja digambarnya itu.
Tangga menuju kebawah itu dipandangnya. "Ke.. kenapa seram betul ni?" Lama dipandangnya tangga itu sebelum dihidupkan lampu dari telefonnya. Naura menelan liur, dia berjalan ditangga itu dengam berhati-hati.
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...