31

35 11 0
                                    

Mira memandang penampilannya didalam cermin. Sekali imbas itu seperti bukan dirinya. Tapi, dua kali imbas itu memang dirinya yang sudah dihias oleh jari jemari Faira, Syafikah, Naura dan Aisyah. Empat gadis itu telah membuatkan dirinya sebegini.

Matanya terbuka. Wajah empat rakan sebiliknya itu sudah terpampang dihadapan. "Korang apahal? Mimpi apa bangun awal ni?" Aisyah ketawa kecil. "Kita mestilah jalankan misi Tundukkan King. So, perkara pertama ialah semangat!"

Tubuh Mira ditarik mereka supaya bangun dari katil. "Pergi mandi, kita belajar hari ni." Mira mengeluh. "Semalam aku dah study sampai pukul 2 pagi. Tak cukup lagi ke study tu?" Faira mengeleng. "Nope, dan kau cepat bangun!"

Terus sahaja Mira menuju kedalam bilik air dengan malasnya. Sempat lagi dia terlelap tapi dikejutkan oleh Naura dengan mengetuk pintu bilik mandi berkali-kali. Mira keluar dari bilik air dengan memakai baju tshirt dan seluar track.

Faira memandang sambil mengeleng. Baju uniform sekolah diserahkan kepada Mira membuatkan dia tercengang. "Seriuslah? Hari ni cuti kot, aku nak rehat! Tak nak keluar!" Mira sudah merungut tapi melihat wajah bengis empat gadis itu membuatkan dia menurut sahaja.

Dia keluar dari bilik persalinan dengan baju sekolah. Ketika itu, baru dia perasan yang bajunya sudah licin disebabkan oleh saterika. Siapa lagi rajin yang rajin sangat nak iron baju waktu cuti ni. "Siapa yang iron baju aku ni?"

Faira mengangkat tangannya kemudian terus sahaja dia melangkah kearah Mira. Penampilan gadis itu dipandangnya. "Kan cantik kalau macam ni. Biarpun material baju ni tak perlu nak iron, tapi you tetap kena iron tau. Supaya lebih kemas sebegini."

Mira ketawa kecil. Dah mula mood gedik Faira ni.

Syafikah pula menarik tangan gadis itu. Beberapa botol yang tidak dikenalpasti apa dikeluarkan. "Okay Mira, sekarang you kena tenang je sementara I buat rawatan spa kat muka you. Sabar okay." Mira hanya menurut.

Dia tahu yang ibu Syafikah ialah seorang mengusaha spa, jadi tidak mustahil untuk anaknya pun mahir dalam bidang itu. "Mira, you kena jaga muka tau. Jenis kulit you ni senang berminyak, so you kena sentiasa cuci muka dengan cara yang betul."

Mira hanya mengangguk. Matanya sudah mulai memberat kerana urutan Syafikah. Mak ai, selesanya. "And, you kena pakai pencuci muka yang sesuai supaya muka you tak semakin teruk. Actually muka you flawless, just sedikit berminyak je."

Mira pula hanya diam. Dia betul-betul mengantuk sekarang ini. Lama-kelamaan, dia terlelap ketika Syafikah membebel. "Mira, Mira." Panggilan Syafikah tapi tiada balasan. Syafikah tersenyum apabila kawannya turut tertidur.

"Bosan sangat ke aku bebel." Bebelnya sendiri tapi tangan tetap bekerja. Mask muka diletakkan dimuka Mira kemudian timun yang diminta dari ruang makan diletak dimata Mira. Ketika menunggu untuk dibuka, Syafikah menilik jenama produknya.

Apabila telefonnya berbunyi, mereka semua terbangun. Mira pula terus sahaja terduduk membuatkan mereka ketawa. Sepanjang hari itu, mereka hanya mendandan Mira sahaja.

Aisyah memegang bahu Mira. "It's okay Mira. Kau dah nampak lebih baik sekarang. Dah, jom masuk kelas." Mereka mengangguk. Mira pula menarik nafasnya panjang kemudian dia mengangguk sambil satu senyuman terlakar dibibirnya. "Kejap, kita kelas pengiraan kan?"

Soalan dari Naura membuatkan mereka mengangguk. "Okay, korang pergi dulu. Aku nak jumpa Aryan." Naura mengenyit mata kepada mereka semua kemudian terus keluar dari bilik itu sambil menyadang begnya.

"Korang tak pelik ke Naura tu. Tak pernah teruja nak jumpa Aryan sampai macam tu." Mereka bertiga ketawa kerana tahu apa niat sebenar Naura. Naura mencari Aryan. Selepas menjumpai entiti itu, terus sahaja dia menarik lengan lelaki itu.

PLASTIC MEMORIES Where stories live. Discover now