Naura mencelik matanya. Bunyi bising membuatkan dia terbangun. Naura memandang kearah Faira yang kalut mencari beg sandangnya. "Weh, mana aku letak phone aku eh."
Dia berjalan kekiri dan kekanan. Mencari barangnya itu. Tanpa bunyi, Naura bangun dan terus mencapai tualanya yang tersidai disebelah katilnya. Dia bergerak kearah bilik air dan terus sahaja dia membersihkan dirinya.
Apabila dia keluar dari bilik air, Faira sudah terduduk dilantai. Seperti kaku ketika itu. Naura memandang Syafikah, meminta penjelasan. Terus sahaja gadis itu meletakkan jari telunjuknya dibibir.
"Dia tengah ulang tayang memori tu, nak ingat tempat dia letak beg." Naura ketawa kecil sambil mengangguk. Baju yang sudah tersangkut itu diambil. Baju long sleeve putih digandingkan bersama skirt panjang berwarna hitam.
Dia memandang kearah Mira. Dia sudah siap berpakaian dan sedang memakai jam tangan. Cara Mira pakai dilihatnya, baju dimasukkan kedalam skirt. Naura tersenyum dan dia juga turut berbuat sebegitu.
Aisyah yang sedang menyusun beg itu dilihatnya. Gadis itu pula ada memakai tudung tapi tudungnya dimasukkan kedalam baju. Cara pemakaian mereka ini ada didalam buku peraturan sekolah.
Etika pemakaian, nombor 5, muka surat 564. Naura memandang wajahnya disebalik cermin. Semuanya sudah nampak sempurna kecuali satu, tali leher. Dia tersenyum kemudian borang yang di isinya semalam diletakkan didalam beg.
Dia memandang kearah mereka berempat yang duduk diatas katil. "Dah siap?" Laju sahaja mereka mengangguk membuatkan Faira yang dekat dengan pintu mengetuk pintu dan pintu itu terbuka perlahan.
Naura memasukkan telefonnya kedalam poket yang ada didalam skirt itu. "Hai" Syafikah sudah mulai menegur rakan mereka yang lelaki. Mereka juga sudah siap diluar. Naura mendekati Aryan.
"Kau masuk kelas apa?" Aryan menoleh kearahnya sambil menyerahkan sekeping kertas. Apabila Naura memandang kertas itu dia tersenyum. "Kita sama lah semua. Classmate again!"
Aryan tersenyum. "Dah jodoh kot." Naura memutarkan matanya. "Takde kena mengena." Terus sahaja dia meninggalkan Aryan dan bergerak kearah Mirza pula. Setiap seorang disoalnya.
Yang perempuan tak perlu, semalam dah isi sama-sama buat apa nak tanya lagi. Nanti kena cakap buang tabiat pula. Naura berjalan disebelah Aisyah yang sibuk dengan borangnya dari tadi. Mungkin masih sangsi dengan pilihannya.
Mereka semua berjalan kearah wanita yang memberikan borang itu kepada mereka. Mereka berbaris mengikut urutan untuk mengambil tali leher masing-masing. Satu persatu mereka mengambil tali leher sehingga tiba giliran Naura.
Dia memberikan borang kepada wanita itu kemudian dipandangnya sebentar. Tiga tali leher berwarna hitam diberikan kepadanya. Jika dilihat sebelah mata sahaja, memang tidak tahu apa perbezaannya.
Tapi, dibawahnya ada kod yang berbeza pada setiap tali leher. Warna juga turut berbeza dan ada diberi penerangan pada jadual. Untuk kelas bahasa kena guna tali leher yang mempunyai warna merah gelap.
Untuk kelas pengiraan, kena pakai yang ada kod berwarna biru gelap. Dan untuk ciptaan pula berwarna hijau gelap. Naura memandang jadualnya, ketika itu dia perlu ke kelas bahasa. "Weh"
Mereka semua menoleh kearahnya yang masih memandang kearah jadual. "Siapa yang ambil kelas bahasa?" Dia mendongak kearah mereka. Memandang kearahnya sambil mengangkat jadual miliknya. "Just two of us?"
Mirza ketawa. "Yes, Naura. Kitorang tak minat lah bahasa ni. Aku tak tahu apa yang korang nak belajar di kelas tu, kalau nak belajar bahasa negara lain, boleh je google." Naura menjongketkan bahunya. "Tak feel lah kalau guna google."
YOU ARE READING
PLASTIC MEMORIES
Fantasy[Complete!] Sumpah yang dilafazkan suatu ketika dahulu menjadi fenomena apabila dua insan yang tertentu bertemu kembali. Tambahan pula dengan takdir mereka yang seakan memberi peluang untuk sumpahan itu ditamatkan, semua menjadi semakin rumit. Per...