35

33 10 0
                                    

Naura senyum nipis kearah Danial. "Err, kita berdua je ke?" Danial memandang kekiri dan kekanan. Perlahan dia angguk. "Nampaknya macam tu lah." Naura angguk. "Fikir Dania pun ikut sekali. Tadi pagi bukan main teruja."

Danial ketawa. "Macam kau tak biasa. Dia semua benda nak teruja. Dia kan masih sekolah, sebab tu tak boleh nak ikut." Naura angguk. Dia menjongketkan kedua-dua keningnya. "So, nak tunggu apa lagi?" Danial senyum.

"Nak tunggu kau ajak." Naura mengeleng kepalanya. "Mana je lah Dani. Jom." Danial mengaru kepalanya. "Err, Rara. Aki kata orang lain tak boleh nampak muka kau dulu." Mask hitam diserahkan membuatkan Naura tergelak kecil.

Mask itu diambil kemudian terus sahaja dipakai. "Cakap je la. Nak malu buat apa?" Danial ketawa. Rambutnya dikuak kebelakang membuatkan Naura terpukau sebentar. Naura mengeleng. Perasaan ini salah.

Itu keluarga kau lah Naura.

Danial tersenyum ceria. "Jom!" Tangannya dihulurkan. Naura mengangguk sambil tersenyum tangan itu disambut kemudian Aryan membaca satu ayat. Matanya ditutup. "Lupash tentior emor" Naura juga turut menutup matanya.

Tidak sampai sesaat, mereka sudah sampai disatu tempat yang mempunyai satu bangunan yang agak besar dan kelihatan moden. Danial mencuit bahu Naura. "Welcome to Rozazel Museum." Naura terangguk angguk.

Bibirnya yang mahu menguntum senyuman ditahan. "Well, not bad lah tempat kau bawa aku ni. Tapi, sebelum kita masuk, boleh kau beritahu aku apa isi muzium ni? Aku tak berapa minat bidang sejarah." Danial tersenyum. "Apa-apa pun, aku akan pastikan pandangan kau terhadap sejarah berubah."

Tangan Naura ditarik. Menuju kedalam muzium itu. Apabila pintu dibuka, mulut Naura ternganga besar. Nasib baik tertutup dengan mask, kalau tak confirm masuk lalat. "Dani, besarnya tugu aku!" Naura masih lagi tidak percaya.

Didepannya sekarang ialah satu tugu yang berwarna emas dan itu ialah wajahnya. Tapi, tugunya itu memakai pakaian seperti mahu pergi memburu. "Izin saya menjadi pemandu pelancong tuanku." Danial tertunduk sedikit.

"Silakan." Danial senyum. Tubuhnya ditegakkan kembali. "Baiklah, yang ada didepan kita ini ialah tugu Naureen. Ratu kerajaan Rozazel. Beliau ialah salah satunya waris kepada Emily, salah seorang rakyat Rozazel yang terselamat dipeperangan."

"Ketika peperangan besar diantara kaum Rozazel dan kaum Versaile, ramai yang terkorban dan mengikut sejarah hanya dua orang sahaja yang terselamat. Seorang wanita tua dan seorang wanita mengandung."

"Dan sudah semestinya wanita mengandung itu ialah Emily, ibu kepada Naureen. Ketika itu, Emily mengandungkan anak kembar ialah Naureen dan abangnya Naureel. Dan, yang membuatkan kisah ini semakin hebat ialah Naureen dan Naureel ialah anak kepada Raja kerajaan Rozazel pada ketika itu."

"Malangnya, nama raja itu langsung tidak diketahui kerana dia seakan tidak wujud sebagai raja dikerajaan itu." Naura terdiam. "Jadi, bukankah Naureen mempunyai abang. Kenapa bukan abangnya yang menjadi raja?"

Danial tersenyum. "Semua ini hanya ada satu sebab. Pemerintah Rozazel selamanya ialah wanita. Oleh itu, kajian mendapati ayah Naureen hanyalah raja sementara. Disebabkan oleh itu, Naureen diangkat menjadi ratu dikerajaan itu."

Naura mengangguk. Penerangan daripada Danial membuatkan cepat sahaja dia memahami sejarah. "Lihat, ini ialah buku diari Naureen. Dimana semua memorinya tersimpan disini. Sebenarnya, Naureen mempunyai satu keistimewaan yang sangat hebat."

Naura menjongketkan keningnya. Hanya memberi isyarat sahaja. "Rozazel terkenal kerana penggunaan magis secara terbuka. Dan, kaum rozazel hanya boleh membuat magis apabila membaca ayat yang tertentu. Tapi, Naureen pula boleh mengawal sendiri magisnya mengikut kehendak hatinya."

PLASTIC MEMORIES Where stories live. Discover now