41

32 11 0
                                    

Naura bergelut kasar dengan pengawal yang mencengkam erat lengannya itu. Didepan mereka, King Ryle, Aisyah, Mahmud dan Marlina berjalan bangga membuatkan perasaan geram didalam hati gadis itu semakin membara.

Pintu untuk dewan besar tu dibuka luas. Naura terkejut, takkan nak buka rahsianya disini. Naura memandang tajam Aisyah yang menoleh memandang kebelakang. Satu senyuman sinis dihadiahkan kepada Naura membuatkan gadis itu mencarut didalam hati.

Apabila masuk dikawasan itu, semua pelajar memandang kearahnya dengan pandangan pelik. Lagi-lagi bila didepan, sudah ada kerusi besi disediakan. Naura menarik nafas panjang. Apabila matanya bertentangan dengan Aryan yang memandang lama kearahnya, dia menutup mata.

Cuba untuk memasuki fikiran Aryan. "Mentague pishor." Aryan terkejut. Tiba-tiba sahaja kepalanya terasa mencengkam. Apabila King Ryle berjalan perlahan membuatkan peluangnya semakin besar.

"Aryan, apa-apa yang jadi dekat aku, jangan tunjukkan diri kau."

"Jangan biarkan orang tahu kau ialah Aiden. Dengar cakap aku Aryan."

Naura mengadu kesakitan apabila dia dilempar sahaja keatas kerusi besi itu. Dia menjeling tajam dua pengawal itu tapi tidak dipedulikan. Naura pandang King Ryle. Lelaki itu juga turut memandang kearahnya dengan pandangan yang penuh dengan rasa benci.

"Wahai seluruh warga Versailes. Lihatlah, pelajar yang membelot kita semua. Seperti yang kamu semua lihat, seorang pelajar yang bernama Naura Nabella ini melakukan kesalahan yang sangat besar."

Naura mencebik. Bagitahu jelah terus, nak bertapis-tapis bagai. Kau fikir ini rancangan teka teki? King Ryle memandang Naura yang berkumat kamit sahaja mulutnya. "Pelajar didepan kamu ini, telah melanggar peraturan penting istana ini. Dia telah mencerobohi kamar penyeksaan, kamar putera aiden dan kamar bacaan I."

"Tempat yang beta sendiri tidak pernah masuk, tapi dia sudah menceroboh tempat itu. Dan lebih teruk, dia ialah keturunan Naureen." Naura memutarkan matanya. "Itu sebab kau pengecut. Nak masuk dalam bilik tu pun takut." King Ryle menoleh. Memandang Naura dengan penuh rasa tercabar.

Pipi Naura dicengkam kasar. "Apa kau kata?" Naura ketawa besar. Dia tidak tahu apa yang merasukinya sehingga dia berasa berani sekarang. "Rupanya, bukan je pengecut. Pekak sekali. Macam mana lah tuanku boleh jadi raja? Rasuah eh?"

King Ryle merengus kasar membuatkan tangannya menampar Naura kuat. Terteleng ketepi gadis itu dibuatnya. Naura hanya ketawa. Bibirnya yang sudah berdarah itu dipandang. Dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka sudah mengikatnya dikerusi ini.

Damn chair.

"Tercabar?" King Ryle merengus geram kemudian berpaling dari Naura. Semua pelajar memandang kearahnya tidak percaya. Mungkin tidak percaya Naura ialah keturunan Naureen atau tidak percaya yang Naura sudah menghina Raja mereka.

Naura memutarkan matanya. Ada dia kisah? Kalau di Rozazel, pangkat dia sama je dengan King Ryle. Wajah Aisyah dipandangnya. Naura tersenyum sinis. "Puas buat benda macam ni kat aku?" Aisyah menoleh. Naura tersenyum sinis.

Sementara tunggu apa yang orang tua tu nak buat, baik dia cari fasal kejap. "Suka hati aku lah. Yang kau nak sebok apahal?" Naura menjongketkan bahunya. "Entah. Mungkin aku terkejut kot, kau ni hebat sangat jadi penipu."

"Aku tak tahu lah macam mana kau boleh jadi hipokrit. Depan lain belakang lain. Such a bitch." Naura tersenyum kemenangan apabila wajah Aisyah bertukar riak. "Kau jaga sikit mulut kau. Aku ni orang baik dalam cerita ni tau. Aku dah selamatkan kerajaan aku sendiri."

Dia tersenyum bangga. Senyuman Naura melebar. "Serius kau bangga dengan perbuatan kau? Jadi hipokrit? Kau rasa benda tu boleh dibanggakan?" Aisyah terdiam membuatkan Naura ketawa sinis. Semua orang memandang kearah mereka.

PLASTIC MEMORIES Where stories live. Discover now