19

37 9 0
                                    

Mereka berhenti disatu kawasan yang agak kosong tetapi dipenuhi dengan pakaian besi dibahagian tepi. Naura memandang pakaian besi itu kemudian tersenyum kecil.

They are my knight in a shining armour.

Naura berdehem. Seperti apa sahaja dia begitu. "Weh, kita nak ke mana ni? Beg aku dah lah berat, tapi masih tak berhenti jalan lagi." Suara seseorang membuatkan mereka yang berada didepan menoleh.

Faira menjongketkan kening. "Apa tengok-tengok? Betul lah." Naura yang masih menoleh kebelakang itu terlanggar tubuh Aryan yang tiba-tiba saja berhenti itu. Naura mengosok hidung.

Dia mencerlung tajam kearah Aryan. "Kenapa berhenti sini?" Bisiknya membuatkan Aryan menoleh. "Ikut apa yang cikgu cakap, kita kena tunggu sini." Naura mengangguk kemudian dia menoleh kebelakang.

"Aryan kata, kita kena tunggu kat sini dahulu." Mereka semua mengeluh kemudian ada diantara mereka terduduk dilantai yang berkilat itu. Pandangan Mira bertemu dengan Naura membuatkan gadis itu menjelingnya tajam.

Naura mengeluh kemudian memandang kearah Aryan semula. "Kita kena tunggu apa ni? Nak tunggu malaikat maut cabut nyawa ke apa? Penat dah ni!" Rengeknya membuatkan Aryan mengeluh.

Mulutnya didekatkan dengan telinga Naura. "Tunggu kejap baby, we need to wait someone." Naura memandang geram kearah Aryan dan dia menjarakkan diri dengan lelaki itu. Geli lahai bila kena macam tu.

Seorang lelaki yang mungkin seumur dengan mereka datang dengan jalannya yang kelihatan angkuh. Naura mendekati Aryan kembali. Mereka yang duduk, berdiri kembali. "Jadi, adakah ini pelajar dari Coraźon Highschool?"

Perlahan Aryan mengangguk. "Maafkan saya terlewat. Nama diberi, Farish Harris. Sila panggil saya dengan nama Farish. Dan, saya ialah ketua pengawas di Versaile Castle Highschool. Apabila kamu membuat onar disekolah ini, besar kemungkinan kamu akan berhadapan dengan saya."

"Selamat berkenalan" tangan dihulurkan kepada Aryan tapi lelaki itu hanya memandang. Mirza datang sebagai penyelamat mereka. "Mirza Azfran. Panggil Mirza je." Farish mengangguk kemudian dia berjalan menuju kesuatu ruangan.

"Kenapa tak sambut tangan dia tadi? Tak pasal-pasal kena report nanti." Aryan hanya menjongketkan bahunya. "Tak nak, tak suka." Naura mengeleng-geleng. Risau dengan perangai Aryan itu.

Dia berhenti didepan pintu besar itu. "Leave your bag in here. Jangan risau, takkan ada yang hilang kerana semua pelajar berada didewan besar sekarang. When I say all, that mean ALL." Naura meletakkan bagasi dan begnya ditepi pintu itu. Mereka yang lain juga turut melakukan sebegitu.

Mirza berbisik kepada Aisyah. "Kerek gila mamat tu." Gadis polos itu juga turut mengangguk. Tidak berminat dengan cara lelaki itu menyambut tetamu. Pintu besar itu terbuka membuatkan terhidangnya sebilangan pelajar yang sedang duduk tegak diatas kerusi mereka.

Naura menutup mulutnya. "Kenapa macam sekolah askar je ni?" Terus sahaja terlepas ayat itu dari mulutnya. Aisyah berjalan mendekati Naura. "Saya setuju. Seram sangat sekolah ni, rasa nak balik."

Naura ketawa kecil. Tidak dinafikan, itu juga perasaannya sekarang. Mereka berjalan sehingga kedepan. Seorang guru yang berwajah tegas itu memandang mereka dan dia tersenyum mesra.

Dia menunduk kearah mereka. Atau lebih baik lagi, kepada Aryan. Mereka semua berbaris dihadapan guru-guru yang duduk dihadapan itu. Naura berbisik kepada Aisyah yang berdiri disebelahnya.

"Kau rasa berapa bilangan pelajar kat sini ni?" Aisyah menoleh sebentar sebelum mulutnya berkumat kamit. Naura tergamam, takkan dia nak kira satu persatu. Tapi, jangkaannya itu meleset apabila Aisyah memandang kearahnya.

PLASTIC MEMORIES Where stories live. Discover now